Bahagian 6

384 27 2
                                    


Eddy merapikan dirinya dihadapan cermin. Dia baru sahaja selesai mandi. Sesekali dia melirik memandang jam di dinding. Hampir menunjukkan jam dua petang. Tadi dia tersedar dari lena sudahpun tengah hari. Harini tubuhnya dah berasa lebih sihat dari semalam.


" Awak pergilah tidur dalam bilik awak. Saya okay dah. Terima kasih sudi jaga saya." Ujar Eddy lembut. Firman pandang Eddy. Dia tahu Eddy dah makin baik. Tapi entah kenapa dia rasa berat nak tinggalkan Eddy sendiri. Eddy lantas meraut lembut wajah Firman. Firman hanya membiarkan.

" Saya okay. Awak dah cek sendiri tadi kan. Awak pergilah rehat. Dari awak balik kerja tadi, awak jaga saya. Buatkan bubur, suapkan saya, siap tuamkan saya lagi. Awak mesti penat kan. Awak rehatlah." Ujar Eddy memujuk. Firman melepaskan keluhan ringan.

" Okaylah...kalau dah awak cakap macam tu." Firman akur. Eddy tersenyum kecil. Firman lantas bangun dan mencapai dua mangkuk yang ada di meja sisi Eddy.

" Kalau awak nak apa-apa, panggil je saya." Ujar Firman.


Eddy teringatkan peristiwa malam tadi. Dia tersenyum sendiri. Rasa bahagia. Walaupun dia tahu, ini semua hanya sementara. Tapi, tak pelah. Inilah yang dia mahukan. Cukuplah buat sekadar merasa.

Eddy, kemudiannya mengatur langkah keluar dari bilik. Perutnya menjerit-jerit minta diisi. Pandangannya berkeliling mencari kelibat Firman. Tiada. Dia pandang ke arah bilik Firman. Kelihatan pintu biliknya sedikit terbuka.

Eddy mengatur langkah mendekat. Perlahan pintu yang sedikit renggang itu ditolak perlahan. Kelihatan Firman sedang duduk berteleku di lantai di atas tikar sejadah. Firman sedang solat. Entah kenapa, Eddy hanya diam disitu dan memerhati Firman solat. Timbul rasa tenang dalam dirinya. Namun, banyak pula persoalan yang timbul dalam dirinya.

" Awak..." panggil Firman lembut. Eddy tersentak dari lamunan.

" Awak dah bangun? Nak makan ke? Awak mesti lapar kan." Soal Firman sambil dia ligat mengemas semula sejadah yang dia gunakan. Eddy tersenyum padanya.

" Boleh saya masuk?" soal Eddy.

" Eh...masuklah....ni kan rumah awak." Balas Firman. Eddy masuk kemudiannya duduk di atas katil Firman. Firman hanya pandang tingkah dia.

" Boleh saya tanya?" soal Eddy. Firman hanya angguk.

" Awak rajin solat eh..." soal Eddy. Firman tersentak. Tak sangka pula Eddy akan tanya soal itu.

" Rajin?" soal Firman keliru yang kini mendekati Eddy dan duduk pula disebelahnya.

" Tak lah, maksud saya...saya selalu tengok awak solat." Ujar Eddy. Firman pandang Eddy. Rasa janggal dengan soalannya. Dia tak rasa dia 'rajin' pun. Dia hanya buat solat wajib. Solat sunat tu jarang-jarang sangat.

" Saya hanya buat solat fardhu je, yang lima kali sehari tu. Itu kan memang wajib. Saya tak rasa itu 'rajin' pun." Balas Firman. Eddy hanya mengangguk. Ada riak malu di wajahnya. Mungkin dia terasa bodoh dengan diri sendiri. Firman jadi serba salah. Mungkin dia masih belum faham Eddy sepenuhnya. Latar belakang mereka tidak sama. Apa yang 'biasa' pada Firman mungkin tidak pada Eddy.

" Kenapa awak solat?" soal Eddy lagi. Firman pandang Eddy. Tak tahu macam mana dia nak jawab soalan ni.

" Sorry...it's okay kalau awak tak nak jawab." Tambah Eddy sebaik melihat riaksi Firman. Firman tersenyum sedikit.

" Saya ni pun, tak la pandai sangat. Tapi, Ustaz saya dulu pernah bagitahu. Kita ni hamba. Hamba kepada Maha Pencipta. Kita solat bukan untuk Allah. Tanpa kita solat pun, Allah tu tetap yang paling berkuasa. Sebenarnya, tanpa kita wujud pun, Allah tu tetap ada. Allah tu tak terjejas walau sedikit pun. So, untuk apa kita solat? Kita solat sebagai tanda kita patuh pada Maha pencipta. Kita solat sebagai tanda syukur kepada Maha pemberi rezeki. Kita solat kerana hidup kita ni sangat bergantung pada Yang Maha Berkuasa. Kita solat untuk kita sebenarnya." Cerita Firman panjang Lebar. Eddy tekun mendengar.

Desperate For LoveWhere stories live. Discover now