Bahagian 11

197 15 2
                                    


Firman duduk diam di kerusi sebuah kafe di tengah ibu kota. Kafe ini agak tersorok. Namun suasananya cukup selesa dan tenang. Pengunjungnya juga tidak begitu ramai. Di hadapannya duduk seorang lelaki berbangsa india. Seseorang yang dah lama dia tak jumpa.

" Firman sihat?" soal lelaki itu.

" Saya sihat. Uncle sihat?" soal Firman kembali. Uncle Ram hanya tersenyum kelat. Firman pandang lagi sekeliling. Dia terpandang kelibat Joe yang berdiri di luar kafe. Tadi Joe yang bawanya kesini selepas diarahkan oleh Uncle Ram.

" Apa semua ni Uncle? apa yang jadi tadi? Eddy mana?" soal Firman bertubi-tubi. Dia betul-betul keliru dengan apa yang berlaku. Uncle Ram pandang Firman lama.

" Firman cari Eddy?" soal Uncle Ram. Firman diam seketika.

" Saya...cuba cari dia. Tapi saya tak tahu nak cari kat mana. Saya cari di kondo, tapi saya tak dibenarkan masuk. Dah beberapa kali juga saya ke sana, tapi saya langsung tak nampak kelibat dia. Kereta Uncle dan Joe pun saya tak pernah nampak dah kat situ. Saya tak tahu nak cari dimana lagi." luah Firman pada Uncle Ram. Ada nada kekesalan dalam kata-katanya. Kesal kerana dia baru tersedar sebenarnya dia langsung tak tahu apa-apa tentang Eddy.

" Kenapa Firman cari Eddy?" soal Uncle Ram lagi. Firman tersentak. Dia bungkam. Kenapa dia cari Eddy? Entah, dia tak ada jawapan untuk itu. Tapi hatinya benar-benar rindu. Dia rindu pada Eddy.

" Macam ni lah, biar Uncle explain pada Firman apa yang jadi tadi. Sebenarnya, Eddy yang suruh Uncle dan Joe perhatikan Firman. Sebab dia dah tahu perkara macam tadi akan berlaku. Eddy tak nak terjadi apa-apa pada Firman."

" Terjadi apa? Siapa yang kejar saya tadi tu?" soal Firman. Uncle Ram jeda seketika.

" The reason kenapa Eddy tiba-tiba tinggalkan Firman di kampung dulu, sebernarnya kerana Firman dah jadi target. The only way nak selamatkan Firman, nak elakkan Firman terlibat lebih jauh dalam dunia ni adalah dengan tinggalkan Firman. Eddy tak mahu Firman jadi mangsa sebab dia. Tapi dia tahu, risiko tetap ada. Sebab tu dia suruh Uncle Ram dan Joe ekori dan jaga Firman dari jauh. Dia tahu benda ni tak akan selesai dengan dia tinggalkan Firman. Apa yang jadi tadi bukti apa yang Eddy risaukan tu betul." terang Uncle Ram.

" Apa maksud Uncle saya dah jadi target? Saya tak faham."


~~~~~~~~~~~


Jeff berjalan perlahan menghampiri sebuah bilik yang bertutup. Di luar bilik, dua orang budak suruhannya berdiri berkawal. Ternyata sesuatu yang disembunyikan di dalam bilik itu amat berharga sehingga dikawal sebegitu.

Jeff memberikan isyarat pada salah seorang budak suruhannya itu sebelum budak suruhan itu memulas tombol pintu dan membukanya. Jeff berjalan perlahan masuk ke dalam ruangan bilik yang kelam itu sebelum pintu tadi kembali ditutup.

Perlahan Jeff mengatur langkah menghampiri sebuah katil bersaiz Queen di tengah-tengah ruangan bilik. Di atas katil itu terbaring kaku sekujur tubuh. Kedua-dua pasang tangan dan kakinya terikat di setiap penjuru katil. Jeff pandang tubuh lelaki bertelanjang itu sambil tersenyum sinis.

Dia duduk di birai katil sebelum dia membelai lembut wajah kacak lelaki itu.

" Eddy....Eddy my boy. Wake up. Daddy's here." ujar Jeff lembut. Eddy masih kaku tidak sedarkan diri.

" Eddy.....bangun sayang. Daddy datang ni." ujar Jeff lagi yang masih mengusap lembut wajah Eddy.

" Wake Up!!!!" jerkah Jeff sambil menampar kuat wajah Eddy. Eddy lantas tersedar dari lenanya. Dia mamai. Dia pandang keliling. Penglihatannya agak kabur. Tubuhnya masih lemah dan tak mampu bergerak akibat diikat.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 08 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Desperate For LoveWhere stories live. Discover now