Bahagian 8

433 25 6
                                    


Uncle Ram mengekori rapat Eddy yang berjalan terhincut-hincut keluar dari banglo besar di pinggir ibu kota itu. Ada juga dia cuba mahu memapah Eddy, tapi Eddy enggan. Joe yang dari tadi sedia menunggu di kereta terlihat kehadiran Eddy dan Uncle Ram. Lanas dia segera membukakan pintu tempat duduk belakang kereta SUV tersebut. Uncle Ram membantu Eddy masuk ke dalam. Wajahnya muram. Ada kesan-kesan luka. Sesekali terdengar dia mendengus menahan sakit.

Uncle Ram bersimmpati. Ini bukan yang pertama. Sudah kerap kali. Semuanya angkara Jeff, bapa angkat Eddy. Uncle Ram tahu apa yang Jeff lakukan pada Eddy. Pernah juga dia melihat sendiri kejadian itu. Tapi tak ada apa yang mampu dia lakukan. Jeff terlalu berkuasa. Dia ketua pada organisasi ini. Dulu perkara sebegini lebih kerap, tapi sejak Jeff menumpukan cabang organisasi mereka di luar negara, hanya sesekali sahaja dia balik ke sini. Dan beginilah keadaan Eddy setiap kali Jeff balik. Cuma kali ini agak lain sedikit. Tak pernah keadaan Eddy sampai luka-luka begini. Seakan ada sesuatu yang berlaku.

" Tuan, kita jumpa Dr Sam dulu?" soal Uncle Ram sebaik dia masuk ke tempat duduk sebelah pemandu. Dia mencadangkan untuk Eddy bertemu denggan Dr Sam, doktor yang diupah khas untuk organisasi ini. Dia risau melihatkan keadaan Eddy yang begini.

" No....kita terus balik." sanggah Eddy.

" Tapi Tuan...."

" No....balik!!" ucap Eddy lagi tegas. Dia tak mahu kemana-mana. Dia mahu terus balik. Dalam fikirannya sekarang ini hanya Firman. Dia nak jumpa Firman. Sekarang.

" Baik Tuan." Uncle Ram akur. Dia kemudiannya pandang pada Joe di tempat duduk pemandu. Faham dengan apa yang diarahkan, Joe lantas memulakan perjalanan.

" Tuan Jeff dah tahu pasal Firman." ujar Eddy perlahan memecah kesunyian. Uncle Ram dan Joe terkejut. Uncle Ram lantas toleh ke belakang.

'Oh...jadi ini yang berlaku?' getus hatinya.

" Macam mana dia boleh tahu?" soal Uncle Ram sebelum dia berpaling pandang Joe. Dia pandang Joe tajam. Dia risau kalau Joe yang buka cerita. Tak ramai yang tahu pasal Firman. Joe jadi panik.

"Boss....bukan saya Boss. Saya tak pernah cerita apa-apa pada Tuan Jeff. Uncle....betul....bukan saya...." Joe panik. Bersungguh dia cuba nafikan.

" Joe..." panggil Eddy memintas. Joe diam dan sesekali dia kerling ke belakang dari cermin pandang belakang.

" Rileks....aku tahu bukan kau." balas Eddy tenang. Joe mula jadi tenang. Uncle Ram kembali pandang pada Eddy.

" Aku yakin dengan korang. Korang tak akan belot aku. Cuma aku yang bodoh. Aku yakin yang tak ada orang-orang lain yang kerja untuk Jeff kat luar sana." ujar Eddy kesal.

" Itu Jeff....dia ramai lagi budak yang kerja untuk dia." ujar Eddy lagi. Uncle Ram diam. Namun dia bersetuju. Dia kenal siapa Jeff. Dia tahu apa yang Jeff mampu buat.

" Jadi...sekarang macam mana Tuan?" soal Uncle Ram. Eddy diam. Dia lantas menarik nafas dalam.

" Entah....saya tak tahu." balasnya. Dia tak mampu nak berfikir masa ni. Dia hanya mahu jumpa Firman je sekarang. Dia mahu tatap wajah Firman puas-puas.


~~~~~~~~~~~~~~


Eddy pandang dirinya di cermin. Pandangan matanya menjalar dari hujung kepala sehingga ke bahagian wawah pusat yang terdedah. Bibirnya luka. Badannya penuh kesan calar. Ada juga kesan lecur. Dia tarik nafas dalam. Dia cuba menyentuh luka dibibirnya.

'SSsss...' dia mendesah pedih.

Fikirannya tiba-tiba melayang teringatkan Firman. Dia tersenyum sendiri. Risau betul Firman bila dia nampak keadaannya begini. Firman juga sempat mengubatkannya.

Desperate For LoveWhere stories live. Discover now