Firman mengusap lembut batu nisan di hadapannya. Dia baru sahaja selesai membacakan doa. Dah lama rasanya dia tak menziarahi kubur arwah ayah dan ibunya. Firman menarik nafas dalam. Rindu benar dia pada kedua orang tuanya ini.
" Ayah....Iman janji, Iman akan dapatkan balik rumah kita..." ujarnya lembut.
(Imbas Kembali)
Firman dan ayahnya kini berdiri di hadapan sebuah restoran yang sedang dalam proses ubahsuai. Firman melirik memandang ayahnya yang tersenyum puas. Firman turut mengukir senyum.
" Tahniah Ayah. Akhirnya tercapai juga impian Ayah nak ada Restoran sendiri." Sapa Firman. Ayahnya menoleh memandangnya dengan senyuman lebar yang masih belum lekang di bibirnya.
" Alhamdulillah. Akhirnya tercapai juga impian Ayah dan Arwah Ibu. Sayang, arwah ibu tak sempat nak tengok semua ni." Ujar ayahnya tenang. Firman lantas memaut bahu ayahnya.
" Arwah Ibu mesti bangga dengan ayah." Balas Firman. Kedua anak beranak ini tersenyum senang."
(beberapa bulan kemudian)
Firman memerhati ayahnya yang sedang duduk di kaunter sambil membuat kira-kira. Wajahnya kusut. Sesekali dia meraup wajahnya kasar. Firman lantas menghampiri ayahnya.
" Ayah okay?" soalnya. Ayahnya menoleh memandangnya.
" Entahlah Iman. Dah puas ayah kira. Masih tak cukup juga ni nak cover kos bulan ni." Keluh ayahnya. Firman turut risau. Keadaan restoran ini tidak berapa baik sejak belakangan ini. Pelanggan makin berkurang. Kos operasi masih tetap tinggi. Inipun sudah beberapa pekerja diberhentikan untuk mengurangkan kos operasi. Tapi masih tidak mencukupi. Pinjaman bank sudak tertunggak beberapa bulan. Sewa kedai ini juga sudah beberapa bulan tidak dibayar. Dia mahu menolong ayahnya. Tapi dia sendiri tidak mampu berbuat apa-apa.
(beberapa bulan kemudian)
Firman memerhati dari jauh. Tadi ada dua orang lelaki datang mencari ayahnya. Selepas seketika dia Nampak ayahnya membawa lelaki-lelaki tersebut ke belakang restoran. Kelihatan ayahnya seakan ketakutan dan Nampak seperti sedang merayu. ' Apa yang jadi? Siapa mereka?'
Seketika kemudian, dua orang lelaki itu beredar. Ayah Firman berjalan lesu kembali ke restoran. Terkejut dia apabila Nampak Firman berdiri di pintu belakang restoran.
"Ayah okay?" soal Firman.
"Ayah...ayah okay..." dalih ayahnya sebelum dia mengatur langkah kembali ke kaunter. Firman mengekorinya.
" Siapa dua orang tu Ayah?" soal Firman. Ayah Firman sedikit cemas.
" Ka...kawan lama ayah." Dalihnya. Firman curiga. Ayahnya menyembunyikan sesuatu. Hatinya jadi tak sedap. Apa yang sedang ayahnya sembunyikan ni?
~~~~~~~~~~~~~~
"Iman..." panggilan satu suara mengejutkan Firman dari lamunan. Dia menoleh ke arah suara itu. Kelihatan seorang lelaki berdiri di belakangnya.
" Pak Mid." Sebutnya teruja. Dia lantas menghulur tangan bersalam dengan lelaki separuh abad itu.
" Pak Mid apa khabar?" soal Firman ramah.
" Alhamdulillah. Sihat. Kamu sihat?" balas Pak Mid pula.
" Saya pun sihat, Alhamdulillah." Balas Firman.
YOU ARE READING
Desperate For Love
RomanceFirman masih duduk berlutut. Pandangannya dihala ke lantai. Rasa gerun dia ingin memandang mata dengan si ketua yang mungkin hanya setahun atau dua tahun lebih tua darinya. " Kau nak rumah ni?" soal si ketua. Firman mendongak sedikit. " Tolong tuan...