(3 Bulan Kemudian)
Firman merebahkan dirinya di atas katil bujang di dalam biliknya. Dia memandang ke siling sambil memandang kipas siling yang berpusing laju. Dia baru selesai membersihkan diri selepas seharian di luar. Dia pandang sekeliling ruang bilik yang baru tiga bulan dia huni. Dia kini kembali semula ke Kuala Lumpur. Dia masih bekerja sebagai guru di pusat tuisyen yang sama dan dalam masa yang sama dia memulakan proses 'job hunting'. Niatnya mahu memulakan hidup baru selepas segala huru hara dalam hidupnya berakhir. Dia kini menyewa bilik di sebuah rumah pangsa kos rendah di ibu kota. Bilik ini jauh beza jika nak dibandingkan dengan kondo rumah milik Eddy yang menjadi kediamannya dulu. Tapi kira boleh la ni jadi tempat dia berteduh.
'Mulai hari ini, kontrak kita saya tamatkan.
Semua hutang arwah ayah awak dulu kita anggap dah langsai.
Terima kasih atas semua yang awak dah buat pada saya sepanjang tempoh ini.'
Sebahagian isi surat dari Eddy dulu kembali terngiang dalam fikirannya. Dia menarik nafas dalam. Entahlah, dia masih keliru. Sudah tiga bulan perkara itu berlalu. Tapi dia masih terasa seakan ada yang belum selesai.
Firman pandang ke arah meja kecil di tepi katilnya. Laci di meja itu dibuka. Pandangannya lantas tertancap pada sebuah kotak bersaiz sebesar tapak tangan berwarna hitam. Dia pandang kotak itu lama sebelum dia ambil dan dia buka. Di dalamnya ada seutas jam tanggan mewah. Jam tangan pemberian Eddy. Firman menarik nafas dalam.
" Mana awak Eddy?" soalnya sendiri.
(Flash back)
Firman pandang keliling ruangan kedai jam mewah yang terletak di dalam sebuah pasaraya terkemuka di ibu kota. Eddy membawanya ke situ. Tak mahu bertanya banyak, Firman hanya mengikut. Mungkin Eddy nak beli jam angan lah tu agaknya.
" Iman." panggil Eddy mengejutkan Firman dari lamunan. Firman lantas mengalih pandang memandang Eddy.
" Ya..." jawanya ringkas.
" Yang ni okay?" soal Eddy sambil menunjukkan seutas jam tangan di atas meja pameran. Firman buang pandang ke arah jam tangan yang Eddy maksudkan.
" Cantik...." balas Firman ringkas.
" Cantik je?" balas Eddy. Firman tersengih. Jujurnya, dia sendiri tak pandai nak menilai barangan mewah sebegini. Yang dia tahu cuma harganya yang memang di luar jangkauannya.
" Saya sebenarnya, tak pandai sangat la tengok jam macam ni. Tapi, pada saya, kalau untuk awak, saya rasa yang ini lebih sesuai." ucap Firman sambil menunjuk seutas lagi jam tangan yang masih di dalam rak kaca. Eddy kemudiannya memberi isyarat kepada jurujual yang dari tadi menemani mereka untuk mengeluarkan jam yang dimaksudkan oleh Firman.
Eddy mencapai jam tangan itu dan dibeleknya.
" Kenapa awak kata yang ini lebih sesuai dengan saya?" soal Eddy.
" Hmmm...sebab yang ni nampak lebih simple dan elegant, tapi tetap nampak mewah. Sesuai dengan penampilan awak. " ujar Firman jujur. Eddy mengangguk.
" Okay, so....yang macam mana pulak yang sesuai untuk imej awak?" soal Eddy.
" Hmmm? Saya? Saya tak sesuai pun dengan jam-jam kat sini. Saya ni orang kampung je. Tak sesuai pakai jam mewah macam ni." Ujar Firman lagi jujur sambil disulam dengan tawa kecil.
YOU ARE READING
Desperate For Love
RomanceFirman masih duduk berlutut. Pandangannya dihala ke lantai. Rasa gerun dia ingin memandang mata dengan si ketua yang mungkin hanya setahun atau dua tahun lebih tua darinya. " Kau nak rumah ni?" soal si ketua. Firman mendongak sedikit. " Tolong tuan...