A beautiful love story between
Alexo Richard D'Russo
(Al-Fayyad Richard D'Russo)
X
Qaseh Miranda PattensonQaseh's Amore
~Cintailah diriku kerana Allah~~~~~~~~~~~~~
Rome, Itali..
Yacht Dinner? Haha, ini benda biasa bagi Qaseh. Lebih dari ni dia sudah terima sejak tiga tahun bergelar teman wanita kepada Alexo Richard D'Russo.
Tak sia sia dia tipu daddy kata datang ke Itali untuk berjumpa Kristal berbincang mengenai kerja. Padahal, datang Itali dating dengan boyfriend. Alexo ada kerja. Dia datang ke Itali bersama Edwis. Atas urusan report hospital di Rome.
Wah! Bahagianya rasa. Susuk tubuh rampingnya yang tersarung cantik suit berwarna merah hati yang dipadankan dengan kemeja putih dalamnya itu cantik terletak di tubuhnya.
Disertai lagi dengan tudung shawl satin bercorak flora berwarna merah. Begitu juga kasut heels berwarna putihnya.
Pakaian itu sempurna padanya. Lengkap dan kemas. Dengan handbag Gucci yang tersandang cantik di bahu kanannya, dia melangkah ke arah Yacht mewah milik teman lelakinya itu.
"Da questa parte signora.." (This way madam..)" kedengaran seorang lelaki berbadan sasa yang mengenakan suit lengkap berwarna hitam. Selalunya, mereka yang mengenakan pakaian sebegini ialah anak anak buah Alexo.
Bukan anak anak buah dia pun sebenarnya, mereka semua bekerja untuk Tuan Edwis mereka, abang ipar kepada Qaseh, suami kakaknya. Tetapi, pangkat Alexo lebih tinggi berbanding yang lain. Dia merupakan bodyguard peribadi sekaligus merangkap orang kanan Edwis. Dengan kata lain, kiranya kalau tiada Edwis, dia layak ambil alih tugas tuannya itu.
"Grazie.." (Thank you..) ucap Qaseh sebaik lelaki itu selesai menunjukkan arah di mana Alexo berada.
Ya. Dia sedang duduk di hujung balkoni yacht miliknya, sedang menikmati suasana indah Rome Cruise Terminal, Banchina 25 itu.
YOU ARE READING
QASEH'S AMORE ✓
Romance[The Pattenson Family Finale Series] Hubungan yang dulunya sentiasa baik tanpa salah faham mahupun selingkuhan, kini berubah setelah tiga tahun hubungan cinta mereka terjalin. Qaseh dan Alexo kini berhadapan dengan masalah utama dalam hubungan merek...