Qaseh mengerutkan wajah apabila terasa ada jari sasa yang bermain di ubun ubun kepalanya. Rasa geli, tetapi nyaman dalam masa yang sama.
Buat seketika, dia biarkan, sehinggalah dia dengan alunan merdu bacaan Al-Quran. Kurang jelas dan dia tidak pasti ayat apa kerana dia masih dalam tidurnya.
Tapi dia suka dengan bacaan itu. Kedengaran merdu walau sedikit pelat. Dia hendak buka mata, tapi dia terlalu ngantuk, sehinggalah akhirnya, dia dibuai alunan merdu bacaan ayat ayat suci Al-Quran itu dan terus lena dengan tidurnya. Rasanya itu cuma mimpi.
5.30 pagi...
Suasana di luar masih gelap. Jelas kelihatan gelapnya menerusi pintu gelangsar kaca balkoni bilik besar itu.
Qaseh masih lena dengan tidurnya. Dia mengiringkan badan ke kanan apabila terasa lenguh. Namun, matanya segera terbuka apabila dia rasa yang di sisi katilnya tidak kosong.
Ada susuk tubuh seseorang. Susuk tubuh yang dia seakan kenali. Nanti... Suaminya tidur atas katil? Bukan kah semalam...
Throwback...
Tok... Tok... Tok...Pintu diketuk oleh Edwis... Terus Qaseh bangun lalu membuka pintu biliknya. "Dhaffa dah tidur ke?" Soal Edwis bertanyakan anaknya.
Qaseh mengangguk. Dia meletakkan jari telunjuknya di bibir menyuruh Edwis diam supaya Dhaffa tidak terjaga.
Tidak lama kemudian, Qiura juga datang ke bilik adik kembarnya itu. "Dhaffa mana?" Soalnya.
"Dah tidur.." balas Edwis yang mendengar suara bisikan dari isterinya. Qiura senyum. Malah, Edwis juga begitu. Mereka senyum apabila nampak akan posisi tidur Dhaffa.
Si kecil itu tidur di atas lengan sasa Alexo. Alexo juga turut tertidur sama. Nyenyak sungguh mereka berdua.
Baru saja tidurnya dalam sepuluh minit tadi. Qaseh malas hendak kejutkan suaminya itu takut Dhaffa pula yang terjaga, jadi dia biarkan. Lagipun, nampak comel pula Alexo tidur bersama budak kecil itu sebegitu.
Edwis mendekati katil.. dia perlahan dan lembut angkat tubuh anaknya yang masih lembik dan kecil itu. Hoodie bercorakkan kartun haiwan haiwan yang dipakai anaknya dibetulkan. Dia kucup anaknya sebelum dia kembali dekati isterinya.
"Thank you Qaseh jaga si kecil ni.. tapi kan, pandai eh korang berdua jaga budak.. ni dah boleh ada anak dah ni.." usik kakak kembarnya itu.
Qaseh mula melemparkan wajah merahnya. "Ish kau ni, dah lah.. pergi sana.. bawa anak buah aku tidur." Kata Qaseh seraya dia tolak tubuh ramping kakaknya dengan manja.
Mereka cuma ketawa kecil. "Tu.. Fayyad dan tidur.. pergilah Join.." Abang iparnya pula mengusik. Qaseh menjegil mata. Ketawa Edwis dan Qiura. Setelah itu, barulah mereka berlalu pergi dari bilik Qaseh.
YOU ARE READING
QASEH'S AMORE ✓
Romantizm[The Pattenson Family Finale Series] Hubungan yang dulunya sentiasa baik tanpa salah faham mahupun selingkuhan, kini berubah setelah tiga tahun hubungan cinta mereka terjalin. Qaseh dan Alexo kini berhadapan dengan masalah utama dalam hubungan merek...