Qaseh's Amore: Chapter 7

3.4K 219 9
                                    

      "Qaseh! Mommy tak habis cakap lagi ni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

      "Qaseh! Mommy tak habis cakap lagi ni.. dengarlah dulu.." Tegur Puan Marsya.

          Namun, Qaseh sebaliknya terus berlalu menuju ke bilik. Panggilan dari semua yang ada di ruang tamu tidak dihiraukan sikit pun.

      Puan Marsya melepaskan keluhannya, dia menjeling sekilas anaknya yang sudah berlalu menaiki satu per satu anak tangga.

        "I'll talk to her sayang.." kata Tuan Qiyran seraya tangan isterinya diusap.

     BAM!

   Pintu bilik dia hempas sekuat hati, bilik itu juga dia kunci. Tidak mahu gangguan dari orang di luar yang tidak habis bertanya tentang tujuan sebenar dia ke Itali sehingga perlu menipu.

    Juga tentang pinangan Fathi. Dia nak terima ke tak? Entah? Tapi kalau terima, Alexo? Nanti.. bukan dia kata dia dah tamatkan hubungan merekakah?

      Dia rebah kan badan rampingnya itu di atas katil. Syiling putih biliknya itu ditenung lama.

    "Cosa voglio fare ora? Accetta Fathi?" (Apalah aku nak buat sekarang ni? Terima Fathi?) Qaseh menyoal diri.

     Dia menggeleng pula. "Finito? Parlare alla gente di Alexo?" (Habis? Bagitahu diorang pasal Alexo?)

   Lagi sekali dia gelengkan kepala. Dia mengiringkan badan ke sebelah kanan. Arah tingkap balkoni yang ada dalam biliknya.

    Tok.. tok..

    Tiba tiba kedengaran bunyi ketukan dari pintu gelangsar balkoni biliknya itu. Terkejut dia. Qaseh duduk dari baringnya.

    Jantungnya berdegup laju apabila perasan yang disebalik langsir putih pintu balkoni itu, ada bayang bayang susuk tubuh seseorang.

    Dengan segera, dia turun dari katil miliknya itu, pisau potong kertas yang ada dalam laci almarinya dia ambil.

    Segera pisau itu ditolak keluar. Dia mendekati pintu gelangsar itu. Langsir diselak, dia terus menurunkan pisau di tangannya.

    Alexo? Apa dia buat di sini? Macam mana dia boleh naik sampai sini?

    Qaseh membuka pintu gelangsar balkoni itu. Kelihatan Alexo sempat senyum polos padanya.

    "Awak gila ke? Kenapa awak kat sini? Macam mana awak boleh masuk sini? Eh, family saya kat bawah tahu? Tuan Edwis awak pun ada kat sini.. Kalau kantoi, macam mana?" Soal Qaseh bertubi tubi.

    "Saya nak jumpa awaklah. Saya call, tapi awak tak jawab kenapa?" Soal Alexo kembali.

    "Phone habis bateri." Jawab Qaseh.

    "Can I come in?" Minta Alexo pula.

   Qaseh masih teragak agak. Akhirnya dia benarkan saja. Lagipun, mustahil Alexo akan buat benda tidak senonoh padanya. Lagi lagi bila abang iparnya, Edwis ada di sini. Kalau kantoi, silap silap Alexo yang kena buang kerja.

QASEH'S AMORE ✓Where stories live. Discover now