Qaseh's Amore: Chapter 20

3.1K 188 8
                                    

     "Lepaslah!" Qaseh menengking kuat suaminya yang masih mabuk itu apabila Alexo cuba tarik lengan mulusnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Lepaslah!" Qaseh menengking kuat suaminya yang masih mabuk itu apabila Alexo cuba tarik lengan mulusnya.

"Saya kata lepas, lepaslah!" Bergema suara Qaseh di ruangan lorong menuju ke bilik tidur utama yang besar tadi.

Alexo yang masih terhuyung-hayang, sebaliknya, senyum, nampak jelas kemabukan dia teruk.

Dia terus tarik Qaseh marapati tubuh kekarnya. "Qaseh, rilassati mi amor.. mi sto solo divertendo.. hai impiegato così tanto tempo a fare quelle cose di preghiera.. sono noioso.." (Qaseh, chill out mi amor.. I'm just having fun.. you took so long to done that prayers things.. I'm boring..)

Itu saja? Itu saja jawapan dia? Tiada sebarang kata maaf pun? Qaseh makin sakit hati.

Dia pukul dada bidang suaminya itu. Terasa perasaan benci makin membuak tatkala bau arak menusuk ke lubang hidungnya. "Awak ni, memang gila tahu? Awak tu Islam Fayyad! Islam! Dalam agama Islam, minum arak tu, haram! HARAM!" Qaseh menengking. Sengaja perkataan haram itu dia tekankan.

"Saya benci awak! Saya juga akan tetap dan terus benci awak kalau awak terus macam ni! Apa yang awak buat tadi, salah di sisi agama, Allah marah!" Tengking Qaseh lagi.

Alexo melepaskan tawa kecil. Kelihatan pipinya semakin memerah akibat kesan dari arak yang diminum terlalu banyak tadi.

"Allah? Awak percaya Allah?" Soalan yang baru saja dilontarkan oleh Alexo membuat telinga Qaseh panas mendengarnya. Jadi betullah? Alexo belum terima Islam seikhlasnya.

Qaseh menepis tubuh sasa itu. Wajah suaminya dia pandang dengan pandangan maut. Nak saja dia layangkan penampar di wajah itu. Berani Alexo soal begitu. Berani dia main dengan kewujudan Allah di hadapan Qaseh.

Air mata yang mengalir laju, dia kesat kasar. "Sekali lagi, sekali lagi saya dengar awak cakap atau soal saya benda bodoh macam tu, jangan terkejut kalau saya tampar awak!"

Seusai kasar bicara dilontarkan, dia berlalu pergi meninggalkan Alexo. Pintu biliknya dikunci erat. Tanda dia benar benar tidak mahu tidur sebilik mahupun sekatil dengan suami penipu dia tu.

Cahaya matahari di balik langsir mula mengejutkan Qaseh. Pada malam semalam, dia tertidur dalam keadaan tangisan masih basah di pipi. Bila bangun pagi ini, mata rasa sakit. Pipinya merah. Suara juga kedengaran agak berbeza akibat tangisannya yang tidak berhenti semalam.

Dia turun dari katil. Kedengaran keadaan di luar agak sunyi. Mana pula pergi suaminya? Tak habis minum lagikah?

Qaseh mengerling jam yang tergantung kemas di dinding. Jam pada ketika ini, tepat pukul 10.00 pagi.

Dia sudah terlepas subuh pun. Lekas dia ambil tuala dan menuju ke bilik mandi.

Selesai saja solat subuhnya diqada, dia perlahan membuka pintu dan mengatur langkah keluar.

QASEH'S AMORE ✓Where stories live. Discover now