Qaseh's Amore: Chapter 30

3.3K 212 8
                                    

Qaseh membuka matanya dengan perlahan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Qaseh membuka matanya dengan perlahan. Dia dengar azan asar sudah berkumandang dari telefon seseorang. Yang pasti, bukan telefonnya. Kerana dia belum cas telefonnya lagi, dan telefon itu memang tiada bateri.

      Sehinggalah dia perasan suaminya ada sedang tidur sambil kepala dilentokkan di birai katil. Dia lihat Alexo sedang genggam telefon di tangannya. Dari telefon Alexo kah laungan azan itu datang?

    Dia ambil telefon Alexo, betullah. Dia biarkan sehingga azan habis berkumandang. Dia perasan juga, di tangan kanan Alexo, suaminya itu memegang Al-Quran terjemahan kecil berwarna hijau.

     Terkejut dia. Biar benar Alexo ni? Dia betul betul sudah berubah kah? Dia dah terima Islam? Kerana Allah?

      Qaseh ingin kejut, tetapi tidak sampai hati bila lihat bertapa lenanya suaminya itu walaupun dalam keadaan tidur duduk. Lihat wajahnya yang luka dan bengkak itu pula, lagi lah buat Qaseh tidak mahu kejutnya.

     Marah marah juga, sayang tetap ada. Cuma dia rasa takut untuk beri suaminya itu peluang lagi. Dia perlahan sentuh rambut coklat cair milik suaminya yang mula jatuh turun ke dahi.

      Dia senyum. Kacak. Tidak pernah tak kacak walaupun hidung mancung dan bibir merahnya itu luka. Tercuit hatinya.

      Sehinggalah Alexo mula bergerak, Qaseh mula menjauhkan diri. Disaat mata suaminya terbuka dengan perlahan, dia turun dari katil segera menuju ke bilik air.

      Alexo masih terkebil-kebil melihat telatah kelam kabut isterinya. "Sayang.." panggilannya Qaseh tidak endahkan. Terus pintu bilik air ditutup rapat. 

    Alexo malah, ketawa kecil. Qaseh dah jual mahal, dia kena lah pandai tawar menawar.. Dia duduk di birai katil.

      Al-Quran di tangannya seketika tadi, dia tutup dan simpan di laci almari meja di sisi katil besar milik isterinya.

        Dia juga perasan yang sudah masuk waktu zohor apabila dia periksa telefonnya. Dia bangun apabila Qaseh keluar dari bilik air dengan keadaan anggota wuduknya basah.

     Dia dekati isterinya itu, "Qaseh... Jom solat sekali dengan abang.. abang ambil wuduk kejap ok?" Ajak Alexo.
  
      Qaseh tidak memberi sebarang jawapan, tetapi dia mempunyai banyak persoalan. Alexo? Suaminya itu? Ajak dia solat? Tapi, boleh percayakah ni? Dia masih ragu ragu.

      Selesai Qaseh bentang dua tikar sejadah dan sarung telekung di badannya, suaminya keluar dari bilik air. Semua anggota wuduknya lengkap terkena air. Qaseh agak kagum, sebelum ini, kalau hendak solat, Qaseh yang akan ingatkan Alexo cara cara mengambil wuduk. Tidak sangka pula dia sudah mahir sekarang. Apa yang jadi lima bulan lepas sebenarnya?

        Alexo mendekati beg pakaiannya sebelum dia mendekati isterinya. Dia keluarkan songkok dari dalam begnya itu. Dia raup sekilas rambutnya ke belakang sebelum songkok itu dikenakan pada kepalanya.

QASEH'S AMORE ✓Where stories live. Discover now