Qaseh's Amore: Chapter 41

3.1K 205 8
                                    

Alexo ketap rahangnya sekuat hati

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Alexo ketap rahangnya sekuat hati. Dalam dia tidak sedar, cawan kaca yang terisinya air kopi panas, dicengkam sekuatnya.

Prang!

Terkejut semua yang berada di meja makan. Termasuk Alexo sendiri. Dia tidak sangka bertapa kuatnya cengkamannya sehingga dia pecahkan cawan kaca itu dengan mudah.

Sudah berdarah tangannya akibat kaca, melecur lagi kerana kopi panas. Dia sendiri tidak sedar semua itu. Qaseh letak telefon yang menjadi tumpuan seketika tadi.

Dia laju berlari ke sinki manakan yang lain cuma memerhati. Tuala dibasahkan, dia balut tangan suaminya dengan tuala kecil itu, dia tarik suaminya dari dapur.

Alexo didudukkan di sofa ruang tamu. Dia ambil first aid kit, lalu kembali mendekatkan diri dengan suaminya. Punggung dilabuhkan. Dia ambil tangan Alexo dengan lembut dan perlahan.

Masing masing diam tanpa bicara kata. "Ahh.." sehinggalah Alexo mendesis sakit, barulah Qaseh angkat wajahnya, "Qaseh nak letak ubat dulu.." Balas isterinya. Lembut. Dengan senyuman.

Alexo terkejut. Bagaimana selepas artikel tadi, Qaseh boleh bercakap lembut dan senyum kepadanya? Siap balutkan tangannya yang tercedera.

Seusai itu, Qaseh simpan dan kemas semua ubat dan pembalut luka. Dia bangun, first aid kit dibawa sama, sebelah tangan lagi, memegang erat lengan suaminya. "Abang.. abang rehat lah kat atas. Qaseh hantar makanan nanti hmm?" Pujuknya.

Alexo masih tidak faham. Kenapa Qaseh layan dia baik? Bagaimana isterinya boleh layan dia sebegini selepas apa yang dia baca? Dia fikir Qaseh akan bencikan nya.

Alexo diam isterinya yang mula bergerak ke dapur untuk mengambil makanan buatnya cuma diperhatikan. "Qaseh! Daddy tak habis bincang lagi hal tadi.. duduk!" Tuan Qiyran mula dengan ketegasannya.

Qaseh tidak hiraukan. Dia laju ambil pinggan dan mula cedukan sarapan pagi buat suaminya. "Qaseh.." suara dari ibu mertuanya pula kedengaran seolah memberi isyarat untuk dia terus duduk di ruangan makan itu.

Namun, lagi juga tidak diendahkan. "Kurang ajar dah sekarang?" Bidas Puan Marsya. "Mommy! Qaseh tak pernah kurang ajar! Tapi bila semua kat sini benci suami Qaseh, logik ke Qaseh nak duduk sini, makan sama sama?" Dia menengking.

"Kami tak cakap kami benci." Tuan Qiyran bersuara. "Jadi? Kenapa semua pandang Fayyad macam tadi? Kenapa semua tunjuk yang korang benci dia?" Qaseh marah lagi.

"Qaseh, that article it's..." Kata kata dari Sir Anthony terpotong saat Qaseh bersuara lagi. "Sorry baba, I don't trust it. I've been wondering why lately Fayyad seem so different, but I guess I knows now." Dia bertutur lancar.

"Artikel tu? Apa motif orang yang keluarkannya? 2011? 13 tahun lepas, kenapa nak buka balik kisah lama? Kalau betul sekalipun suami Qaseh tu, pernah rogol adik sendiri, tak apa, Qaseh yakinkan hati, yang dia dah berubah. Sebab dia yang dulu, ialah Alexo, dia yang sekarang, ialah Al-Fayyad." Qaseh sambung lagi kata kata nya.

QASEH'S AMORE ✓Where stories live. Discover now