"Fathi?"
"Fathi? Rilassati Alex, niente di speciale in lui comunque... tu stai meglio..." (Relax Alex, nothing special about him anyway... you're better...)
Saja dia menenangkan diri dengan berkata begitu. Apa tidaknya, dia buka internet cari pasal 'Fathi Yasmin Dato' Faikh'.
Keluar penuh maklumat lengkap tentang status kehidupan Fathi. Berasal dari keluarga yang kaya raya, ibu bapa yang sempurna, kerja bagus. Pelajaran pun tinggi gunung. Apa yang paling penting dalam kes ini, Fathi beragama Islam.
Nak dibandingkan dengan dia? Yang...
Throwback...
"D'ora in poi, non osare mai più tornare qui Alexo Richard! Non ho un figlio come te!" (From now on, don't ever dare you come back here Alexo Richard! I don't have a son like you!)
Tengkingan yang cukup kuat menyebabkan seluruh rumah agam itu bergema dengan suara Lady Agnese Marcella. Segala barang Alexo dalam tiga beg yang berwarna hitam dan biru gelap dicampak ke hadapan island table yang sedang diduduk jejaka muda itu.
Jejaka muda yang dipanggil Alexo itu cuma diam. Rahangnya diketap sekuat mungkin. Perhatiannya ditumpukan seratus peratus pada Lasagna yang ada dalam pinggan kaca di hadapannya.
Dia mula mengambil sudu dan garfu. Lasagna di hadapan matanya mula disuap ke dalam mulut. Dengan tenang seolah tiada suara yang mengganggu sekelilingnya.
"Padrone, vi sta parlando Lady Agnese.. Potete smettere di mangiare e fare una bella chiacchierata?"(Young master, Lady Agnese is talking to you.. Can you stop eating and have a good conversation?) Suara pujukan dari cameriera Rosalina yang merupakan pembantu rumah agam tiga tingkat yang seluas padang bola itu.
Namun, Alexo masih tidak membalas. Dia malah tidak memberi sebarang reaksi. Dengan wajah yang sudah penuh dengan kesan bengkak dan lebam, dia segera tetap menyuap Lasagna itu dalam mulutnya.
Lasagna yang dimasak oleh cameriera Rosalina, satu satunya pembantu rumah yang masih sudi masakkan dia makanan lepas apa yang terjadi. Dua hari dia dibiarkan dalam lokap dan tidak makan apa apa, sungguh dia kelaparan.
Baru Lasagna itu hendak masuk ke dalam mulut buat kali ke tiga,
Prang!
Pecah pinggan kaca putih itu apabila Sir Anthony Revello tiba tiba datang melulu lalu menarik makanan yang sedang dimakan anak lelakinya itu lalu dihempas ke lantai.
Malah, Alexo tetap diam. Dia bagaikan mengetahui hal itu akan dilakukan oleh bapanya.
"So che lo farai baba.. Voglio solo dirti, ho davvero fame, non ho mangiato per due giorni, non puoi almeno lasciarmi finire il mio cibo?" (I know you'll do it baba.. I just want to say, I'm really hungry, I didn't eat for two days, can't you at least let me finish my food?) Kata kata yang tenang.
YOU ARE READING
QASEH'S AMORE ✓
Romance[The Pattenson Family Finale Series] Hubungan yang dulunya sentiasa baik tanpa salah faham mahupun selingkuhan, kini berubah setelah tiga tahun hubungan cinta mereka terjalin. Qaseh dan Alexo kini berhadapan dengan masalah utama dalam hubungan merek...