Qaseh's Amore: Chapter 29

2.9K 203 8
                                    

      "Saya mengaku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

      "Saya mengaku. Saya salah. Saya buat keputusan melulu sebab risaukan keselamatan Qaseh. Tanpa saya sedar, saya dah mainkan dia. Lagi teruk, saya mainkan agama Islam.." Alexo mula meluahkan isi hatinya.

      "Saya tahu, semua akan marahkan saya.. tapi, saya minta satu je. Tolong jangan paksa saya pergi dari sini. Tujuan utama saya, untuk balik pada pangkuan isteri saya. Saya nak tebus kesalahan saya. Saya nak buktikan pada Qaseh, saya dah berubah."

        "Lima bulan, lima bulan Qaseh tak ada dengan saya, saya meronta. Saya betul betul menyesal. Saya juga tak ada niat nak malukan keluarga ni. Saya cuma nak Qaseh jadi isteri saya, tapi saya lupa yang saya belum layak untuk jadi suami perempuan sebaik dia." Alexo kekal berkata kata sambil dia masih menekap tisu di hidungnya yang masih mengalirkan darah.

       Tuan Qiyran senyap dengan tutur kata dari menantunya. Begitu juga yang lain. Sehinggalah Qiura yang membuka mulut untuk bersuara. "Awak cakap, awak ajak Qaseh kahwin masa dekat Milan sebab keselamatan dia kan?" Soalnya.

    Alexo mengangguk. "Jadi, awak tahu pasal kes, Qaseh kena rogol? Keselamatan yang awak maksudkan, jaga Qaseh dari perogol tu?" Soal Qiura lagi. Lagi sekali adik iparnya mengangguk. "Tapi Puan Qiura, Qaseh belum sempat pun kena rogol malam tu, saya dengan abang saya sempat datang.. dia ada send location sebelum dia cedera." Jelas Alexo.

      "Habis, kau memang dah jumpa anak aku sebelum kes tu?" Soal Tuan Qiyran pula. Takut takut Alexo mengangguk. "Then, who was the guy?" Soal Edwis pula.

      Alexo melepaskan keluhannya sebelum dia menjawab soalan itu. "Fernando. Nama dia Fernando. He was my friend.. old friend.." Mendengar nama itu, Edwis membulatkan biji mata.

        Fernando? Fernando pembantu barunya itukah? Dia mula rasa tidak hati. Sudahlah tadi Fernando ada tanya tentang Qaseh padanya. Jangan jangan... 

    "Fernando Fuince.." Alexo beri nama penuhnya. Barulah Edwis lega. Kerana, setahunya, nama perkerjanya, Fernando Adren.

       "Habis? Mana dia sekarang?" Puan Marsya menyoal. "Saya sendiri tak tahu.." balas Alexo. Dia ambil lagi sehelai tisu untuk tekap darah dari mulutnya pula.

     "Tapi, kenapa your old friend want to rape my daughter? Is he a psychopath or something? Is he sick? Or Qaseh did something?" Soal Tuan Qiyran bertubi tubi.

    Alexo geleng. Dia buka mulutnya seraya tisu yang penuh darah tadi dibuang seketika. "Dia ada masalah dengan saya." Balasnya. Dia tidak mahu disoal lebih mengenai itu. Dia tidak mahu kisah silamnya terbongkar di sini.

   "Ok.. apa kata sekarang, awak naik atas.. pergi pujuk Qaseh. Cakap perlahan lahan dengan dia. InshaAllah dia lembut hati nanti." Cadang Qiura.

      "Basuh dulu muka kau.. stop the bleeding.. letak ubat.. tuam dengan ais." Edwis pula bersuara. Tuan Qiyran diam walaupun dia punca Alexo cedera.

QASEH'S AMORE ✓Where stories live. Discover now