Qaseh's Amore: Chapter 50

5K 201 9
                                    

"Ahh!" Qaseh meronta dilepaskan sebaik mulutnya ditekup dengan kain hitam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Ahh!" Qaseh meronta dilepaskan sebaik mulutnya ditekup dengan kain hitam. Namun gagal. Dia cuba sedaya upaya untuk terus melawan. Namun, tiba tiba, dia rasakan ada alat tajam sedang diletakkan di lehernya yang berbalut dengan tudung jersey shawl.

"Qualsiasi rumore, sei morto .." (Any noise, you died..) menggeletar tubuhnya saat dia dengar suara itu. Suara yang sangat dia kenali. Kaku. Tubuhnya tidak bergerak walau sedikit. Perasaan takut menyelebungi diri.

Jejaka itu tarik dia ke dapur. Kawasan sekeliling dapur itu, gelap. Sepi. Semua lampu sudah dipadam sejak mereka selesai berbuka tadi. Lepas terawih bersama, tiada lagi yang singgah ke dapur. Selalunya begitu.

Qaseh mula rasa takut. Pisau yang diletakkan di lehernya oleh jejaka itu, buatkan dia perlu ikut kemana sahaja jejaka itu ingin bawanya.

Namun, saat jejaka itu tarik dia ke pintu belakang dapur, prang! Tidak sengaja dia tertepis gelas kaca yang terletak di kabinet sehingga menyebabkan bunyi kaca pecah bergema seluruh kawasan tingkat bawah yang sunyi itu.

Qaseh genggam sisi baju tidur yang dia kenakan. Rasa takutnya tidak tergambar. Dia tahu, bila bila masa saja, nyawanya boleh melayang.

"Ciò che vuoi? Come si entra qui?" (What you want? How you get in here?) Qaseh beranikan diri untuk terus menyoal dalam situasi genting itu.

"Sono felice che ti ricordi ancora di me Qaseh.. Come stai? O dovrei chiederti dei tuoi gemelli?" (I'm happy you still remember me Qaseh.. How are you? Or should I ask about your twins?) Jantung Qaseh berdetak laju. Jadi, betullah ini dia.

Bukankah Alexo cerita dia sudah dipenjarakan? Bagaimana dia di sini? "Lasciami andare. Non ho niente a che fare con te! Mi hai violentato un anno fa! Non è abbastanza?" (Let me go. I have nothing to do with you! You raped me a year ago! Is that not enough?) Qaseh mula rasa benci. Perasaan benci dan jijik dengan dirinya sendiri, mula hadir lagi setiap kali peristiwa itu berulang di mindanya.

"So che dovrei farlo fin dall'inizio, ma non lo faccio, quindi, cominciamo... Quale parte dovrei andare per prima per ucciderti?" (I know I should do it since first, but I don't, so, let's start.. Which part should I go first to kill you?) Jejaka itu gerakkan tangan sasanya dengan kasar meraba pinggang Qaseh. Qaseh berusaha untuk elak, namun, makin dia elak, makin Fernando mencuba cuba merabanya sehingga dia rasa trauma.

Namun, Qaseh tidak mahu biarkan dirinya terus diperkosa buat kali keduanya. Dia siku perut Fernando. Automatik jejaka itu tertunduk dan melepaskan pelukan kasarnya dari tubuh Qaseh.

Dengan peluang ini, dia lari ke arah suis lampu. Lampu dibuka. Sempat dia hendak bergerak kembali ke tangga untuk lari ke tingkat atas..

Plak..

Pintu belakang tiba tiba dibuka oleh Tuan Qiyran. Sejak bila pula ayahnya ada di belakang sana?

Tuan Qiyran dengar akan bunyi kaca pecah tadi, jadi, kerana itu, dia masuk ke dalam selepas mengambil angin malam di belakang rumah agam besar miliknya itu.

QASEH'S AMORE ✓Where stories live. Discover now