Qaseh's Amore: Chapter 48

3.9K 220 18
                                    

      Anaknya? Budak-budak itu anaknya kah? Dia tilik wajah budak lelaki yang Qaseh panggil sebagai Fayyaz itu, wajahnya mirip Alexo

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

      Anaknya? Budak-budak itu anaknya kah? Dia tilik wajah budak lelaki yang Qaseh panggil sebagai Fayyaz itu, wajahnya mirip Alexo. Begitu juga yang seorang lagi. Wajah mereka jelas menunjukkan yang mereka kembar seiras.

          "Kita balik eh.. tok mommy and tok daddy dekat rumah.. kita balik jom." Dia sengaja kata begitu pada anak anaknya. Dia tidak mahu Alexo terus ekori dia.

          Namun itu tidak datangkan apa-apa kesan pada suaminya. "Sayang! Sayang!" Alexo berjaya tarik lengan Qaseh. "Lepaslah!" Malah, Qaseh menjerkah dia dengan kasar. Dia terkejut. Mengapa Qaseh layan dia begitu?

         Betulkah ini Qaseh pun? Dia keliru. Kenapa Qaseh begitu benci dia ni? "S..sayang betul betul hidup lagi?" Dalam tidak sedar dia ajukan soalan itu.

          Qaseh diam. Dia tarik anak anaknya ke belakang. Dia menjeling suaminya. "Lepas setahun, kenapa muncul balik?" Kasar. Begitu kasar cara percakapannya.

     Alexo keliru. Dia yang bagai kemurungan jiwa kerana hilang Qaseh, tetapi dilayan sebegini dengan isterinya itu?

     "Apa maksud sayang ni?" Soal Alexo. "Abang kan dah jijik dengan Qaseh. Abang tinggalkan Qaseh sebab Qaseh dah tak suci kan? Abang ingat, Qaseh minta ke kena rogol macam tu? Abang ingat, Qaseh nak ke?"

Zap.

    Terkejut Alexo. Mengapakah Qaseh boleh bertanggapan seperti itu pula ni? Siapa kata dia tinggalkan isterinya? Dia yang diberitahu isterinya itu sudah tiada setahun yang lalu.

      Dia cuba rapatkan kedudukan dengan isterinya. Namun Qaseh menjarak. Sekali dengan kedua budak lelaki kecil yang berada di kiri dan kanannya.

         Pergerakan comel yang mencuit hati oleh kedua budak lelaki itu, buatkan Alexo bertukar topik pemikiran. "Budak.. budak ni anak siapa?" Soal Alexo pula. Dalam hatinya, dia berharap yang Qaseh akan cakap kembar lelaki yang masih kecil itu, ialah anak mereka.

     "Anak saya. Dah lah, awak pergi. Jangan tunjuk muka awak dekat saya." Qaseh tolak troli yang terisinya beg pakaian, setelah itu, dia berlalu pergi bersama si pasangan kembar itu.

        Namun, Alexo tidak mengalah. Gila nak mengalah? Setahun kut. Setahun dia ingatkan isterinya sudah tiada lagi di dunia ini, bila dah jumpa tak akan nak sia siakan.

        Dia kejar Qaseh. Kedua pasangan kembar seiras itu, dia dukung sekaligus. Qaseh yang perasankan hal itu, berpaling. Terhenti langkahnya. "Eh, turunkan anak anak saya." Qaseh kedengaran serius. "Ni anak abang juga kan? Biarlah." Namun, Alexo buat tak endah dengan arahan isterinya.

       "Fayyaz dengan Fawwaz anak saya. Awak tak ada hak nak mengaku diorang anak awak. Turunkan diorang. Saya nak balik." Qaseh membebel. Namun, itu tiada hasil pun, suaminya itu tetap dengan pendiriannya.

        Dia cuma ambil Fayyaz dari dukungan Alexo, namun gagal saat dukungan Alexo menjadi semakin kuat pada Fayyaz.

      "Abang!" Qaseh naik geram. Merah wajahnya. Alexo buat tak endah. Selagi Qaseh tak nak jelaskan apa apa, dia tak akan ikut kata isterinya itu. "Fayyaz? Fawwaz?" Alexo sebut nama itu saat kedua pasangan kembar yang sedang didukungnya dipandang silih berganti.

QASEH'S AMORE ✓Where stories live. Discover now