Qaseh's Amore: Chapter 26

2.9K 175 8
                                    

2

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

2.30 pagi...

    Jam dinding di balai polis itu tepat menunjukkan jam kini pukul 2.30 pagi. Alexo sangat mengantuk. Dia tersengguk-sengguk tidur di balik jeriji besi lokap itu.

      Tangannya masih bergari. Bibirnya yang luka kini kian membengkak. Tumbukan yang Sir Anthony Revello hadiahkan seketika tadi, cukup kuat.

      Kepalanya juga agak berpinar. Mungkin kerana kesan pukulan dari pakcik pakciknya tadi.

        Sebaik mayat Aviera Resa ditemui di tempat perlupusan sampah tadi, Alexo Richard orang pertama yang menjumpainya.

      Kawasan itu tidak jauh dari kawasan parti Fernando diadakan. Dia tahu ini kerja Fernando. Luluh hati, jiwa dan jantung melihat keadaan mayat adiknya.
    
        Dia pegang pisau yang masih menusuk dada adiknya. Tanpa dia sedar, dia lupa, dia tidak patut sentuh pisah itu. Itu yang buat dia jadi suspek utama.

       Dia juga hilang daya apabila melihat Aviera dalam keadaan begitu. Dia salah. Dia patut paksa Aviera keluar. Bukan duduk di luar kerana takut akan dibelasah oleh orang orang Fernando.

    Dia menyumpah seranah rakannya itu. Dia tahu ini kerja Fernando. Dia tahu Fernando yang rogol dan bunuh Aviera. Dia peluk tubuh adiknya yang sudah tidak kelihatan seperti manusia.

      Diselaputi darah. Luka, lebam. Semuanya bercampur gaul. Geli tak geli, itu tetap adiknya. Dia peluk Aviera. "I'm sorry... I'm sorry..." Tangisnya makin kuat.

       Dia tidak mampu duduk lagi, dia terbaring di sebelah jasad adiknya itu. Dia tahu ibu bapanya akan marah kerana dia gagal lindungi Aviera Resa. Satu satunya adik dan puteri bongsu keluarga mereka.

        Namun.. dia tidak duga pula. Polis? Ya. Siren polis kedengaran. Banyak orang juga mendekati kawasan itu. Dia duduk. Bajunya sudah berdarah. Pisau tadi, masih di tangan kanan nya. Segera dia lepaskan. Jangan dia yang dituduh pula.

       Namun, belum apa apa, dua orang polis separuh umur menggarinya kasar. Mereka siap menendang dia kebawah supaya dia melutut. Mayat Aviera sudah dibawa oleh beberapa ahli forensik.

        Dia cuba menerangkan, namun, tiada siapa dengar. Ibu bapanya mendekati, dia nak peluk Lady Agnese untuk lepaskan kesedihan mengenangkan adiknya yang sudah tiada, namun, penampar sulung ibunya dia makan.

      Tercengang dia. Mereka pun percaya dia bunuh Aviera? Ayahnya menarik dia. Sir Anthony Revello siap memukul bibir anak keduanya sehingga pecah berdarah.

    Tidak cukup itu, pakcik pakcik belah ibu mahupun ayahnya, semua mula menghentam dia dengan kasar.

        Dia luluh hati. Sampai hati semua buat dia begitu? Dia bahkan berlembut memujuk Aviera untuk keluar dari parti Fernando tadi.

      Di ruang yang agak gelap di balik bangunan sana, dia nampak susuk tubuh Fernando senyum sinis penuh benci sambil dia mengesat ngesat darah di tangannya.

QASEH'S AMORE ✓Where stories live. Discover now