KARINA POV
aku hanya duduk di katil sambil mengemas pakaian aku, aku perasan ada seorang remaja perempuan masuk dorm "kitaorang" dan terus menuju ke sebelah katil aku, mungkin inilah alya qistina tuaku menoleh ke arahnya
"Hai! Aku murid baru, nama aku afifah karina.. nama kau alya qistina kan? Aku ternampak kat loker kau"Dia hanya menoleh ke arah selama beberapa saat kemudian kembali sibuk mengemas beg sekolahnya, aku pelik dia ni sombong lah pula tapi aku tiba-tiba berminat nak berkawan dengan dia
"wei? kau taknak cakap dengan aku ke?" kenapalah dia ni diam je tak bercakap, ke dia bisu.. alamak aku salah bagi isyarat lah ni, adui karina
"Ooh kau bisu eh? Sorry weii.. ermm nama aku afifah karina" sambil menggunakan bahasa isyarat, aku sempat belajar bagaimana nak gunakan bahasa isyarat kat sekolah lama aku dahulu
"aku tak bisu"
terkejut aku mendengar suara dia, wah aku salah lagi ni.. aku takut dia rasa aku ni menyemak pula, tapi syukur lah dia boleh cakap takde lah aku nak susah pakai bahasa isyarat buat penat tangan aku jetapi aku pelik, alya ni memang jenis tak bercakap dengan orang ke dia memang sombong, sedang aku berfikir seorang gadis cantik berambut ikal mayang datang kepada ku dan berkata
"hai nama saya khayla, kawan satu dorm awak.. 4 angkasa.. nama awak siapa?""nama saya afifah karina, boleh panggil Karina" aku membalas soalan darinya "erm awak saya nak tanya, alya qistina tu memang sombong ke?" Aku bertanya kepadanya
"hm? Alya? Dia tak sombong, dia baik cuma dia pendiam.. dia pelajar top kat sekolah ni tau, pelajaran dia semua straight A tak pernah gagal satu pun, dia memang terkenal tapi dia tak suka tunjukkan diri dia sangat" jelas gadis itu, ooh pendiam.. akhirnya aku dah jumpa sahabat idaman aku, diam-diam si alya ni pandai rupanya
"oh yeke, saya ingatkan dia sombong hehe" aku menggaru kepala ku yang tidak gatal
"okay lah awak, saya nak pergi settlekan kemasukan pelajar baru, sebab saya pengawas bertugas" kata khayla, aku hanya mengangguk dan khayla segera keluar berjalan menuju ke dewan terbuka
aku melirik ke arah alya yang sedang sibuk menghabiskan masa membaca buku, mungkin dia suka membaca.. wahh aku betul-betul dah jumpa kawan idaman aku, dah lah pendiam, pandai, terkenal, suka baca buku pula
ALYA POV
apabila gadis bernama karina itu membuka mulut dan bertanya kepada khayla, aku hanya mendengar dan berdiam diri.. aku tak tahu lah karina ni busybody sangat, tapi biarlah dia asalkan dia tak kacau aku.. aku kembali fokus membaca buku fiksi kegemaran ku bertajuk sempurna.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..
.
.
.
.
.
.
.
.ALYA POV
Malam sudah menjelma, masa untuk semua pelajar ke dewan besar untuk waktu prep, seperti biasa aku duduk di meja paling belakang kerana tak ramai yang suka duduk di belakang, semuanya berebut duduk fi hadapan ataupun di tengah-tengah dewan kerana dekat dengan kipasSedang aku membaca, aku perasan seseorang duduk dihadapan ku, aku menurunkan buku fiksi aku yang menghalang pandangan ku untuk melihat siapakah itu
"Haii alya, boleh aku duduk sini?" afifah karina, kenapa lah dia ni suka sangat nak bergaul dengan aku, selalunya kalau ada murid baru masuk nak dekat dengan aku pun tidak ini lagi nak bertegur sapa
Aku hanya memandang ke arahnya dan menyambung membaca buku, suka hati dia lah nak duduk kat mana pun asalkan mulut dia diam
"Kalau diam, tanda setuju lah kan.. okay aku duduk sini, tapi alya kenapa kau duduk belakang sekali tak kena lah kipas.. macam mana lah kau boleh tahan duduk kat belakang ni kipas kadang dapat kadang tak" bebel gadis itu, aku ingatkan kalau dia duduk sini dia faham lah kenapa aku duduk belakang sekali sebab nak suasana yang tak berapa bising, tapi sebaliknya dia yang bising
"kau boleh diam tak?" aku membuka mulut supaya membuatkan dirinya untuk berhenti bercakap
dari raut wajahnya terlihat biasa apabila aku menyuruhnya untuk senyap, uih kental betul budak ni
"yeayy kau bercakap juga ngan aku hehe, aku saja je bebel sebab nak tengok kau bengang ke tak ngan aku, tak de lah kat sini aku rasa kau macam tak de kawan je.. apa kata mulai hari ni kau jadi kawan aku"
offer macam apa ni, masuk sekolah ni tiba-tiba, satu dorm dengan aku, sebelah katil aku lepastu nak jadi kawan aku"asal kau nak kawan dengan aku?"
"Sebab aku tengok kau macam tak banyak cakap, tertutup lagipun aku tak suka kawan yang banyak cakap, aku kawan dengan kau jelah" kata karina kepadaku
"kau sanggup ke nak terima kekurangan aku?" tanya aku lagi
"belum pernah orang tanya aku soalan ni tau, tapi aku sure aku boleh handle kau 100%"
yakin betul lah dia ni, tapi aku tak yakin yang dia nak jadi kawan aku selepas dia tahu apa kekurangan aku
YOU ARE READING
PROJEK : DORM ANGKASA
Horror- feminine readers 🌷🤍 - don't tell any phc actors 🤫 - not a real story‼️ story after projek high council