EPISOD 9 : KHIANAT (3/3)

248 20 2
                                    

Aku membantumu saat waktu
Memaksamu berlutut lemah
Aku selalu ada saat waktu
Memaksamu berteriak meminta tolong
Aku mengganggapmu sahabatku
Tapi apakah kamu melakukan yang sama?

Kamu menyakitiku dengan hebat
Aku bahkan tidak bisa menggambarkannya
Saat kamu tahu semua rahasiaku
Seakan kamu membawanya dengan bangga
Berlarian ke segala arah
Tawamu yang dulu membuatku senang
Kini menjadi tanda luka terdalam

sakitnya hati seorang sahabat apabila dikhianati oleh sahabat yang paling dipercayai selama ini.. gurau senda yang mereka gelak bersama kini menjadi abu yang ditiup seperti tidak bermakna

sakit kelmarin masih lagi belum sembuh apatah lagi sakit yang akan menimpa dirinya, hanya mampu mengeluh berat apabila mengingat kembali masa lalu

pada pagi ini, semua pelajar bangsa puteri dibenarkan untuk balik ke rumah masing-masing untuk cuti sem

Karina yang sebelum ini hanya mahu duduk di dorm sekolahnya hingga cuti sem tamat berubah menjadi ingin kembali kerumah walaupun seperti neraka

melihat teman katil sebelahnya yang dari tadi asyik mengemas semua barang untuk balik ke rumah cuma dapat menundukkan muka supaya tidak terasa sakit apabila melihatnya

Gila kalau sesiapa menuduh karina tidak menyanyangi alya, dia lah sahabat pertama karina apabila masuk ke sekolah ini.. dialah orang yang pertama buat karina percaya akan persahabatan, dialah yang membuat karina kuat sehingga menentang segala masalah di sekolah ini

Tetapi sekarang hanya pengkhianatan yang dibalas oleh alya, hanya disebabkan posisi kapla itu.. runtuh sebuah persahabatan

"karina, saya balik dulu tau.. bye jumpa minggu depan" kata khayla kepada karina, karina hanya menunjukkan senyuman kecil lalu melambaikan tangan ke arahnya

Sekarang hanya tinggal dia dan alya di dalam dorm itu, semua orang sudahpun keluar.. mungkin ini masa nya untuk dia berbaik dengan alya

hanya tinggal beberapa langkah sahaja alya ingin keluar dari dorm itu tetapi terbatal apabila karina memanggil namanya

"Alya.. "

yang dipanggil menoleh ke arahnya dan memandang karina dengan pandangan yang dingin.. seperti tidak bernyawa apabila dilihat

"aku nak ambil masa ni untuk bagitau kau yang.. aku nak tarik diri dari manifesto tu"

hening..

"aku tahu yang kau nak jadi kapla kan? Jadi untuk tak membebankan urusan kau, aku suruh budak-budak aku sokong kau.. dan kau akan naik jadi kapla"

"apa gunanya aku jadi kapla kalau orang yang sokong aku tu, tak ikhlas apabila menyokong"

karina terkedu

"buang masa aku"

alya yang berasa tidak termakan dengan kata-kata karina memilih untuk tidak memperdulikan karina dan berjalan laju ke arah parking lot sekolah

sakit hati apabila melihat sahabatnya seperti hilang rasa kepercayaan terhadapnya, fikiran yang mulai bercelaru, mulut yang ingin mengumpat, tangan yang ingin melontarkan barang ke seluruh arah kini hampir menguasai karina

kasih sayang, sayangnya karina terhadap alya tetapi dihadiahkan dengan pengkhianatan yang memberi kesan dalam bagi karina

ALYA POV
aku dengan cepat melangkah ke arah parking lot tidak sengaja melihat ke arah seseorang.. seorang lelaki yang tidak sengaja memberi rasa kepada diriku

apa yang membuatkan aku merasa selesa apabila bersama dengannya, cara percakapan yang lembut, pandangan yang mencuri hati, kata-kata yang tidak kasar apabila mendengarnya

PROJEK : DORM ANGKASAWhere stories live. Discover now