EPISOD 9 : KHIANAT (1/3)

237 24 4
                                    

KARINA POV

sekarang ni aku berada dalam kelas macam biasa untuk kelas mr.samuel, dah lebih 2 minggu aku langsung tak bertegur sapa dengan alya

bukan lah aku nak cakap aku taknak langsung bertegur sapa dengan dia tapi aku nampak dia selalu lepak dengan haneesa sejak kejadian tu

aku terkesan juga dengan apa yang dia buat haritu, tapi aku sumpah rasa macam haneesa yang paksa dia, alya ni jenis tak reti nak cover muka dia bila dia tengah sedih ke gembira ke

Nampak sangat dia kena paksa, tapi sekarang ni aku nak tengok berapa lama haneesa tu boleh control alya, haneesa kau memang tak pandai jaga alya tu.. hanya aku sorang je yang boleh control dia

walaupun kitaorang tak bertegur sapa tapi aku ada juga ambik tanggungjawab aku jaga alya, setiap hari abang alya yang fakhri tu call aku tanya khabar alya macam mana

Untuk tak buatkan dia risau, aku just berlakon lah yang kami ni masih lagi bercakap dengan satu sama lain, still rapat.. dari suara dia aku dah tau dia risaukan adik dia

Tapi dia tak tau apa adik dia dah buat, aku tak marah dia sumpah aku tak marah langsung tapi apa yang buatkan dia sampai nak khianat aku?

Tiba-tiba aku terasa orang menepuk bahu aku, aku melihat ke belah tepi aku, alya tepuk bahu aku dan menunjukkan ke arah hadapan.. aku terus menoleh ke arah yang dia tunjuk

"karina are you okay? dari tadi saya panggil awak kenapa awak tak jawab?" kata mr.samuel, aduh aku bukan apa aku melamun banyak sangat ni

"sorry mr.samuel, saya cuma tak cukup tidur hari ni itu saya melamun tu sebab nak hilangkan rasa mengantuk ni kan alya?" aku cuba untuk yakinkan mr.samuel dengan pertolongan alya

mr.samuel pula memandang ke arah alya yang sedang sibuk membaca buku, dengan cepat alya mengangguk.. alhamdulillah nasib la dia tolong even kitaorang tak bercakap lama dah

"okayy i trust you, so class i want to introduce you my daughter.. her name is mary, today she will be in this class... Okay mary have a seat there"

Jadi ada murid baru? Lepastu dia anak mr.samuel? Bagus lagi huru hara lah sekolah ni nanti kalau mr.samuel tahu, aku kena dapatkan posisi kapla tu dengan cepat.. aku akan tamatkan semua benda ni

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

macam biasa aku duduk kat meja kat dewan makan, selalunya aku duduk dengan alya tapi sekarang ni aku rehat dengan budak-budak yang sokong aku je.. sekarang lebih kurang 97 orang juga lah sokong aku

Aku sekarang ni panas je tengok alya duduk dengan haneesa, aku tak tau nak express macam mana perasaan aku ni.. tiba-tiba pula aku rasa jealous bila haneesa pegang bahu alya

aku bangun dan menghentak tangan aku di atas meja, terkejut semua pelajar di dewan makan itu, sontak haneesa dan alya memandang ke arah ku

aku berjalan keluar dari dewan makan selepas menjeling ke arah mereka, aku jealous dia dekat dengan alya sepatutnya alya dengan aku sekarang ni bukan dengan rambut meggi tu

ALYA POV
terkejut aku bila karina tiba-tiba hentak tangan dia dekat meja, tak apa masalah minah ni tiba-tiba je.. aku nampak dia jealous bila aku dengan haneesa, aku duduk kat meja ni pun kena paksa kalau boleh aku nak duduk dengan karina

"aku nak kau cabar lagi kesabaran karina, buat dia rasa tercabar.. kau faham?"

aku tahu, lagi aku cabar karina.. dia takkan mengendahkan aku, dia akan buat-buat tak nampak je.. haneesa ingat dia pandai, padahal semua idea dia tak boleh pakai.. susah sangat biar aku je yang plan

PROJEK : DORM ANGKASAWhere stories live. Discover now