selepas 5 hari bercuti, alya menjejakkan kembali kakinya di sekolah. Semua orang melihatnya, ada sesetengah yang seperti memandang serong terhadap alya, ada yang memandang dengan perasaan simpati, ada yang memandang dengan perasaan benci
ketiga-tiga calon kapla termasuk mary dengan pantas berlari ke arah alya dan memeluk dirinya, mereka tahu apa yang alya sedang fikir dan rasakan sekarang ini. Dengan cara ini mungkin alya berasa sedikit lega ada yang masih prihatin terhadapnya
alya membalas pelukan mereka berempat, sesungguhnya alya merasa kehilangan lepas kejadian tersebut, apatah lagi nak pergi melawat pun ada orang halang
"alya, aku faham perasaan kau sekarang ni.. kita redha sama-sama, kita doa yang baik-baik semoga karina cepat sembuh tau? jangan sedih kitaorang kan ada untuk kau tak kira apapun jadi.. kitaorang akan jaga kau" kata aleesya kepada alya
alya adalah yang paling muda diantara mereka berempat termasuk karina, jadi mungkin dari sini mereka menitikberatkan tentang faktor umur. Mereka anggap alya adalah permata yang harus dijaga dengan baik kalau tidak, sudah buruk kejadiannya nanti
"ada apa-apa tindakan yang dikenakan atas kita semua ke? disebabkan malam tu?"
"takde"
"apa??? macam mana boleh takde? karina tu dah terlantar kat hospital takde satu cikgu pun yang ambil tahu tentang benda ni??"
"itulah aku pun pelik, kenapa takde sorang cikgu pun yang tahu tentang benda ni.. malam haritu yang jaga kita mr.samuel, macam mana dia tak tahu??"
semua mata kini memandang ke arah mary, kan mary anak mr.samuel takkan dia tak bagitau mr.samuel yang ada terjadi pergaduhan besar malam tu
"now i wanna tell you guys, i tak jumpa my dad even at his office.. sumpah tak tipu, bila i cari lagi still takde.. how come i nak bagitahu dia apa yang berlaku but kelmarin i told him about this but he told us to shut up and not tell anyone"
semua jadi pelik
asal pula kita nak kena tutup mulut pasal benda ni, benda ni dah mengarut kalau sikit lagi jatuh tu boleh mati karina
"takpe, kejap lagi aku jumpa dia.. aku sendiri akan bagitahu dia"
dari jauh ada mata-mata yang memerhati mereka berlima, siapa lagi kan kalau bukan jahanam² tu semua
"neesa, kau rasa karina okay tak?"
"kesah pula aku pasal betina tu, bagus dia mampus sebab kalau ada polis siasat cakap jelah minah gila kapla tu yang tolak dia dari atas tangga senang kan"
"kau memang brutal lah neesa"
"eh isya, mana fiera ngan ilana?"
"lepas je incident tu diaorang terus jauhkan diri dari kita, kita dah kantoi macam mana ni neesa?"
haneesa mengepal buku limanya dengan kuat, berani kau nak jauhkan diri dari dia? ini haneesa lah satu sekolah kena tunduk dengan dia, jangan pernah berani nak lawan atau kau terima padahnya
...
alya sedang sibuk mengemas loker nya sampai seseorang menyapa nya
"alya?"
alya menoleh ke belakang dan sedikit terkejut melihat ilana dan juga fiera sedikit menangis melihat alya
"kitaorang nak minta maaf dengan kau alya, kitaorang tahu salah kitaorang maafkan kitaorang ye? karina macam mana? dia okay?" Kata ilana
alya hanya berdiam diri dan duduk katilnya sambil memegang baju karina yang masih tersisa di dalam loker
"alya? tolong jawab soalan kitaorang?'
YOU ARE READING
PROJEK : DORM ANGKASA
Kinh dị- feminine readers 🌷🤍 - don't tell any phc actors 🤫 - not a real story‼️ story after projek high council