EPISOD 3 : KEBENARAN (1/2)

349 25 2
                                    

5 Januari 2010 (Selasa)

8.30 PAGI
KARINA POV
hari pertama aku untuk ke sekolah dan mengenali para guru, aku sekarang dekat kelas 4 neuron.. uih kelas depan ni budak-budak pandai je, and mesti korang teka aku duduk dengan siapa.. aku duduk dengan alya

Sekarang ni kelas matematik tambahan sedang bermula, kalau tak silap nama guru ni mr.samuel

"okay class, today I will teach you all about additional math formulas, maybe if you understand really quick.. you can easily solve the question by using the formula" jelas mr.samuel, aduh aku dah lah lemah matematik ni, kalau kelas depan matematik fail buat malu je

Aku melirik ke sebelah kanan ku, alya terlihat sangat fokus apabila mr.samuel menerangkan tentang formula matematik tambahan.. betullah khayla cakap alya ni memang budak pandai

"so the fundamental if indices.. from the zero index the formula are a⁰ = 1, negative index are a-¹ = ¹/ a and last one fractional index are a¹/n = n√a,
a m/n = n√a m" aduh lagi blur aku kat sini, satu jadah apa pun aku tak faham.. aku pandang alya kat tepi, semua formula matematik tambahan dia dah habis tulis, sekarang ni alya ni manusia ke google pandai betul dia ni, tak silap pilih kawan lah aku ni

"Karina?"

"y-yes mr.samuel?"

"can you answer this question? If you don't mind"

bagusnya lah dalam masa-masa macam ni suruh aku jawab soalan yang sah-sah aku tak tau apa benda jawapan dia, aku terpinga-pinga kat depan mr.samuel tapi alya bergerak ke arah mr.samuel dan jawabkan untuk...... AKU??

ALYA POV
aku diam-diam pandang karina dah terpinga-pinga tak tahu macam mana nak jawab jadi aku terus berjalan ke hadapan dan tulis jawapan dia whiteboard, aku tak nak lah classmate kitaorang gelakkan dia jadi aku volunteer untuk jawabkan, sekurang-kurangnya malu tu boleh lah tertampung sikit

Lepas aku dah habis jawab, aku letak balik marker pen kat tepi whiteboard dan duduk balik kat tempat aku, terdengar suara bertepuk tangan menandakan jawapan aku betul

"good job alya, you're the one who always answer my question.. I'll give you more marks in your exam paper" kata mr.samuel dengan bangga kepadaku, aku mengangguk kan kepala dan terus menulis semua formula matematik tambahan tadi

"weh hebat do kau alya, thank you tolong aku tadi.. aku tak tahu apa jawapan dia, tapi lepasni boleh lah kau tolong aku buat homework kan.. tolong menolong kan" bisik karina kepadaku

aku memandang ke arahnya dan berkata
"Itupun kalau kau tak banyak cakap" aku bukan apa karina ni kalau tak bebel sehari memang tak sah, tapi aku tak tahu kenapa aku rasa selesa kawan dengan dia walaupun aku tak berapa nak setuju dia kawan dengan aku, macam ni ke rasa ada kawan

Selama ni aku takde kawan, takde sape yang nak kawan dengan aku.. semua pelajar kat sini semua ada kawan masing-masing, kalau teman satu dorm tu setakat bertegur sapa je bukan duduk kat kelas sekali, makan kat kantin sekali.. kadangkala aku bersyukur karina ni datang

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

10.00 PAGI (waktu rehat)
KARINA POV
sekarang ni aku dan alya kat dewan makan, inilah waktunya untuk aku kenal alya ni lebih mendalam

"wei alya, kau tak nak ke cite kat aku pasal kau.. dari semalam kau diam je bukan nak cite apa-apa kat aku tentang diri kau, kau sendiri cakap aku boleh tak handle kau" aku memulakan perbualan sambil menyuap kuih seri muka ke mulutku

"masa makan, makan jangan bercakap"

tersedak aku bila dia cakap macam tu, cepat-cepat aku ambil air sirap di hadapanku dan minum
"huhhh ya allah tercekik"

"aku dah cakap dah, kau tak nak dengar membebel mengalahkan nenek kebayan" sedap mulut dia je kata aku macam mulut kebayan

"eh hello aku mulut cam nenek kebayan pun, aku berjaya gak buat kau buka mulut bercakap ngan aku.. please lah alya cerita lah tentang kau kat aku" aku merayu kepadanya, aku nak tahu juga alya ni orangnya macam kat rumah, mungkin dia seorang yang banyak bercakap kat rumah tapi kat sekolah je dia pendiam

aku tengok dia diam je, sambil minum air teh limau ais dia tu, ish orang tanya bukannya jawab lagi dia diam adalah

"aku ada dua orang abang"

haaa cakap pun, aku ingat memang nak stay bisu sampai berjanggut aku kat kantin ni

"nama diaorang nor naim dan nor fakhri"

"Diaorang kembar ke?"

"tak, lain.. cuma dorg sama form.. sebab abang fakhri lompat pts jadi dia sama form dengan abang naim.. diaorang ambik spm pun sama-sama"

Ooh begitu pula, aku hanya diam dan mendengar cerita alya

"abang aku dulu sekolah kat kudrat, sekolah yang dulu terkenal dengan kes rogol tu sampai reporter semua datang sekolah" eh jap kudrat? Itu pun dulu sekolah abang aku

"Kudrat? Wei itupun dulu sekolah abang aku, nama dia abdul kahar.. wei abang kita mesti kenal kan, cuma abang aku tua dari abang kau lah" alya memandang ke arah ku dengan pandangan tidak percaya

"mungkin lah, sebab abang aku pun pernah cakap dekat aku tentang kahar tu.. tapi aku tak tahu pula dia abang kau, maksudnya kau anak alumni la kan?"

"Alumni? Apa tuh?" aku bingung kenapa tiba-tiba alya sebut tentang alumni? Alumni tu apa benda si@l?

Sedang alya bercerita tentang latar belakangnya, tiba-tiba ada announcement dari pejabat

"ALYA QISTINA BINTI FIRDAUS ISMET, SILA KE TAMAN LAPANG DI HADAPAN PEJABAT SEGERA !"

aku tengok alya terus bangun dan jalan pergi pejabat, aku hanya memandang dari jauh dan sambung makan

PROJEK : DORM ANGKASAWhere stories live. Discover now