7 Januari 2010 (khamis)
KARINA POV
haih aku sebenarnya nak ponteng je hari ni sebab hari ni pengetua kata semua guru ada mesyuarat, tapi apa function untuk kitaorang semua pergi sekolah sedangkan takde cikgu mengajar.. bUt0 kan?"alya kau tak bosan ke, cikgu bukan ada pun nak mengajar ni pula kena suruh datang sekolah.. aku malas lah, patut aku mc je hari ni"
aku sumpah tengah malas nak pergi sekolah even aku budak baru, ah lantaklah bukan aku kesah pun
"kau ni dari tadi asyik bebel, merungut tak tentu pasal.. kan cikgu ada bagi homework bahasa melayu dengan homework sains tulen buat lah kerja tu" alya punya sembang memang padu, dia bolehlah cakap macam tu sebab otak dia berfungsi waktu-waktu macam ni, harapkan aku huh blur memanjang aku dalam kelas
"Karina? Kau dengar tak aku cakap nih?" tanya alya kepadaku, ya allah aku dengar bukannya aku pekak adui
"Ye aku dengar lah, ish tapi kau tolong la aku.. kau kan pandai" aku mengelipkan mata aku untuk kelihatan comel di hadapannya, apa yang aku dapat adalah muka yang tiada perasaan
Haih susah betullah nak buat si alya ni senyum, muka dia tu dah boleh buat ais batu campur dah letak sirap kat atas pastu susu pergh mantap
"Tapi kan alya, aku nak tanya lah.. geng budak perempuan yang haritu, yang konon nak dekat dengan abang kau tu siapa?"
"diaorang senior form 5 atau diaorang gelar diri mereka senior dorm, yang bercakap dengan abang aku semalam tu haneeesa nama dia.. dia lah kapla"
"Aku ingat kat kudrat je ada kapla, kat sini pun ada uwahh.. dia dorm mana?"
"Haneeesa senior dorm kita, dorm angkasa" terkejut aku dibuatnya, kenapa lah dalam banyak-banyak dorm kat sekolah ni dorm kitaorang juga haih.. jadi lah kapla dorm suria ke, dorm bintang ke, dorm bulan ke.. why dorm angkasa???
"Tahun ni diaorang nak cari kapla baru untuk dorm masing-masing sesi 2011 tahun hadapan, dan secara tak langsung calon-calon kapla kena masuk manifesto"
"Maniretro?"
"Manifesto lah"
Ooh manifesto, aku ingat maniretro.. aku yang pekak ke suara dia yang perlahan sangat, huh tapi aku tak faham apa benda manifesto semua ni.. haih macam-macam lah
"Habistu semua dorm dah ada calon ke?"
"Dorm suria, kelas 4 elektron.. nama dia Sofia qamilea... Untuk dorm bintang pula budak kelas kita, kau kenal kan Aleesya Afrina?"
aku mengangguk, gila tak kenal itu kan penolong ketua pengawas sekolah ni
"Tapi Aleesya tu kan penolong ketua pengawas kalau dia naik jadi kapla, mesti dia pun naik jadi ketua pengawas kan?"
"Tak semudah tu, calon ketua pengawas banyak saingan dia.. ketua pengawas hanya dipilih oleh cikgu dan tak de kena mengena dengan manifesto kapla dorm, jadi kalau dia kapla sekalipun dia tetap penolong ketua pengawas" jelas alya, wah lagi complicated aku nak faham manifesto semua ni
"Dorm bulan dengan dorm kita siapa calon?" Aku ni kalau tak bercampur dengan perasaan ingin tahu aku tak sah, even satu habuk jadah pun aku tak faham tapi aku still nak tahu
"Dorm bulan pula, budak 4 cekal kelas kedua paling bawah, nama dia putri afiyah.. tapi aku dengar dorm kita takde calon sebab haneesa tu bukan senang-senang nak bagi jawatan kapla dia tu kat budak dorm kita"
"Asal pula?" Semua dorm dah ada calon asal dorm kitaorang takde calon? Dasar gila kuasa lah haneesa tu
"Budak dorm kita semua lemah-lemah, takde yang brutal macam calon lain.. macam mana nak manifesto"
YOU ARE READING
PROJEK : DORM ANGKASA
Horror- feminine readers 🌷🤍 - don't tell any phc actors 🤫 - not a real story‼️ story after projek high council