(sehari sebelum cuti sem)
THIRD POV
"weii neesa serius lah kau nak jadikan alya tu kapla? Bukan dulu kau benci ke dengan si alya tu" tanya isya iaitu wakil kapla dorm bintang kepada haneesa
"kau ingat aku ni b0d0h sangat ke nak bagi minah tu posisi ni, heh aku main² je ngan dia.. aku saja gunakan dia untuk buat karina lemah, supaya karina berdendam dengan dia and diaorang gaduh" helah haneesa sangat licik sehingga membuat dua sahabat itu bergaduh bagai puting beliung
"tapi kan haneesa, kau tak rasa ke alya tu macam cabar kau pula? Tak de lah masa dia mula-mula dengan kita haritu, dia ikut je semua cakap kau tapi bila lama dah ni, dia pula yang macam memberontak" kata ilana, wakil kapla dorm bulan
"korang cuba cakap kat aku yang korang takut dia ke apa?? Heh sedar lah, dia tu siapa.. dia tu budak pendiam yang kita jadikan sebagai bahan ujikaji je"
"tapi ada betul juga kata ilana tu neesa.. aku takut alya ambik posisi kapla tu dari kau, kalau dia dapat kalahkan karina" kata fiera, wakil kapla dorm suria
haneesa yang berasa tercabar berdiri di hadapan mereka bertiga dan sedikit meninggikan suara
"Apa kena dengan korang nih?!! Korang cakap camni cuba untuk turunkan martabat aku ke?? Korang dengar sini, dekat sekolah ni hanya kita yang berkuasa.. dan selagi posisi kapla ni aku yang pegang juga korang ahli high council untuk sekolah ni.. aku akan pastikan benda tu takkan berlaku, sedar lah.. bangsa puteri kita punya! Faham?!" tengking haneesa
fiera,ilana dan juga isya yang hanya mendengar tengkingan haneesa hanya mengangguk faham.. mereka tak berani hendak melawan haneesa kerana dia adalah kapla, jawatannya paling tinggi
"dah tidur, esok kita kena bangun awal.. aku ada tugas untuk korang bertiga" kata haneesa, mereka bertiga hanya patuh dan kembali ke katil masing-masing
...
sekarang jam menunjukkan pukul 6.20 pagi, semua pelajar bangsa puteri baru sahaja selesai menunaikan solat subuh di surau, alhamdulillah gangster diaorang ni pun ada lah juga keinsafan tu
kelihatan haneesa yang sedang mencari kelibat seseorang, siapa saja yang tak pergi surau masa-masa macam ni.. hanya mary seorang sahaja
mary sekarang baru sahaja balik dari toilet, semua pelajar islam solat dia pun mandilah.. jadi tak perlu beratur tak kira lah untuk pelajar yang datang bulan
mereka berempat mengekori mary sehingga sampai ke dorm sendiriannya, untung anak cikgu ada personal dorm
mereka hanya menunggu diluar dorm itu sehingga mary keluar, dorm mary jauh dari dorm form 4 tetapi dekat dengan dorm form 5 pelik kan?
selepas setengah jam menunggu, akhirnya pintu bilik mary pun terbuka.. tidak sempat dia melangkah kaki hendak keluar, haneesa dan kroni masuk ke dalam biliknya sambil menutup pintu
"Jadi inilah bilik anak cikgu? Kemas, kecik, selesa.. wow siap ada aircorn. Eh aku nak bilik ni boleh? Come on la kata budak dorm, kena lah rasa pengalaman duduk dorm yang panas tu" kata haneesa kepada mary
"what are you guys doing here?"
"saje, tengok² dorm kau ni.. mesti bestkan jadi anak cikgu" perli haneesa
sementara itu, gengnya pula hanya terduduk santai di atas katil, tilamnya empuk kalau baring pergh terus ke alam mimpi
"I've no time for this, tolong keluar dari bilik saya sekarang.. saya tiada masa untuk melayan tetamu yang tidak diundang"
dengan muka yang tidak puas hati, heneesa memandang ke arah mary dengan pandangan yang tajam tetapi yang dipandang hanya memberi tatapan kosong seperti tidak takut akan haneesa yang kapla itu
YOU ARE READING
PROJEK : DORM ANGKASA
Horror- feminine readers 🌷🤍 - don't tell any phc actors 🤫 - not a real story‼️ story after projek high council