langkahnya laju hendak pergi ke destinasi, setelah nama dipanggil oleh pihak pejabat kini alya sampai di hadapan pejabat nak melihat kahar yang duduk dibangku meja dibawah pokok redang di hadapan pejabat
alya pun berjalan ke arahnya dan menyapa dengan lembut, sejujurnya alya bersyukur kahar datang maybe dia nak bagitau tentang karina ataupun sebab rindu alya 👀
"awak buat apa kat sini?" alya melabuhkan dirinya di atas kerusi berhadapan dengan kahar, kahar melihat ke arah alya dan membetulkan keadaan topinya ke arah hadapan
"karina dah sedar kat hospital"
"yeke??? alhamdulillah syukur, so keadaan dia macam mana sekarang ni?"
"dia okay, cuma doktor kata kena rehat dengan cukup.. ni aku datang pun sebab ada benda aku nak cakap"
alya sedikit hampa dengan cara percakapan kahar terhadapnya, mungkin lepas beberapa dia tak datang melawat okay lah sikit keadaan rupanya masih belum reda lagi
alya cukup membisukan mulut untuk mendengar apa yang ingin diberitahu oleh kahar
"putuskan friendship kau dengan karina"
"maksud awak apa kahar? kenapa pula?"
"aku nak kau datang hospital, cakap dengan karina kau dah tak mahu kawan dia. Kau nak putus kawan"
"tak saya takkan buat benda tu"
"susah sangat ke permintaan aku ni bagi kau? aku suruh tu buat aje lah"
"No, saya takkan buat.. seburuk-buruk saya pun saya takkan putuskan friendship saya dengan karina saya sayang dia"
"aduih susah betullah minah ni, aku cakap tu ikut boleh tak? aku nak kau jauh dari karina supaya dia tak dapat bala dari kau.. aku tahu kau ada saka kan? ish jijik betul"
sampai hati kahar melafazkan perkataan tu pada alya, kalau aku ada dalam cerita ni memang aku cekik kahar tu.. cinta hati tak cinta hati lah
"jijik?""yup, aku jijik dengan kau"
"baru sekarang? baru sekarang nak jijik? kenapa tak dari dulu je? apapun yang awak cakap untuk patahkan semangat saya, saya takkan buat macam tu pada karina.. karina satu-satunya kawan yang paling saya rapat dan awak takde hak nak tentukan nasib kami berdua, awak bukan tuhan"
alya bangun dari tempat duduknya dan mengambil langkah berjalan pergi balik ke dorm nya
"berapa kau nak? aku bayar"
alya membalikkan tubuhnya dan berjalan pantas ke arah kahar, tidak sempat kahar ingin bangun satu tamparan keras kena di mukanya
"awak ingat saya batak duit ke? okay fine kalau awak benci saya just cakap! Kalau saya tahu awak hanya cuba permainkan perasaan saya, cakap je terus! Tak perlu saya nak jatuh cinta dengan awak kahar!"
kahar terdiam sejenak, memegang pipinya yang ditampar oleh alya
"awak tahu tak? saya dah cukup terseksa kat rumah family saya.. cukup itu saja yang buat saya lemah, jangan tambahkan lagi dengan hal bodoh awak tu kahar.. karina kawan pertama yang paling rapat dengan saya, dia nyawa saya! Awak takkan pernah faham apa yang saya rasa.. awak pentingkan diri sendiri.. awak tak kesah pun sebenarnya tentang karina, awak just nak dia lari bala saya tapi perasaan dia? Awak pernah tanya? Siapa dia suka? Siapa dia sayang? Awak abang yang paling teruk saya pernah jumpa.. saya bukan perempuan murah yang awak boleh beli dengan duit, saya ada maruah"
"kalau awak rasa, perasaan saya ni hanyalah mainan.. lebih baik awak tanya diri awak, betul ke awak suka dan cinta kat saya juga macam mana karina cakap dekat saya?"
Alya melepaskan rantai pemberian dari kahar, alya masih sayang akan rantai itu.. dia jaga elok-elok, sampai karina nak pegang pun dia tak kasi.. alya meletakkan rantai itu di atas tangan kahar
"saya harap, awak boleh bagi rantai tu pada orang yang betul-betul awak sayang dan cinta.. rantai tu bukan milik saya"
selepas panjang berbicara, alya akhirnya pergi meninggalkan kahar yang masih diam tidak berganjak di tempat duduknya
kau memang buat kesilapan besar dalam hidup kau kahar, jangan main-main dengan tawar hati seorang perempuan. Sekali kau sakiti dia, sampai mati dia ingat
kahar melihat kembali rantai yang dia beri kepada alya pada bulan lepas, kahar tidak berani menatap kepergian sosok yang dia sebenarnya betul-betul cintakan
tapi disebabkan ego, kahar langsung buta dengan cinta.. kata-kata yang dilepaskan dari mulutnya langsung tiada tapis
air mata jatuh di atas rantai itu, kahar nangis?
apehal pula kau nak nangis kahar? bukan ke kau memang nak sangat benda ni jadi? kau nak alya bencikan kau sebab kau tak nak dia sakit tapi last-last kenapa kau pula yang sakit?
haritu kau dah halau dia tak cukup macam tu hari ni kau hina dia, kata dia jijik.. lelaki jenis apa kau ni hah??
...
alya kembali ke dorm nya dan terus menyelubungi dirinya dengan kain selimut, menangis dalam diam itu perit apatah lagi disebabkan cinta
apa yang alya nak hanyalah kebahagiaan, susah sangat ke dunia ni nak berlaku adil terhadapnya? salah satu benda yang sekarang ini alya fikirkan adalah "SUICIDE"
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
."terima kasih lah lawat adik aku, keadaan dia pun dah semakin baik.. aku harap esok atau lusa boleh lah keluar"
fakhri dan naim hanya mengangguk kata benar, manakala karina hanya berdiam diri tidak dapat berjumpa sahabat baiknya, bak kata naim tadi alya tak dapat datang sebab dia sibuk
padahal baru je kena marah dengan kahar, lepastu plot twist kahar yang nangis.. kahar sama sekali langsung tidak tahu menyembunyikan perasaan nya terhadap alya, fakhri sendiri lihat keadaan kahar yang kusut dengan fikirannya
naim, fakhri dan kahar berjalan keluar dari bilik wad karina dan sedikit membuka topik tentang alya
"Kahar, sejahat mana pun adik aku.. aku tahu hati dia ikhlas nak berkawan dengan adik kau.. tapi bila kau tinggi suara dengan dia cakap dia bukan², kau ingat aku boleh diam ke? jangan sampai dendam aku yang dulu aku bawa balik pada masa sekarang! kau boleh fikir tak perasaan dia?? kau buta eh??"
naim menahan badan fakhri daripada melakukan pergaduhan haram di dalam hospital itu dengan kahar, kahar sedikit mengundurkan diri ke belakang kerana dalam berani dia ada juga takut dengan fakhri
"4 hari lepas, adik aku mengamuk dalam bilik sebab benda ni lah.. dan juga sebab papa kitaorang, kau takkan nampak sakit dia sebab kau nampak hanya butuk dia, jijik sangat ke adik aku kahar? sampai kau layan dia macam anjing! kau tolak adik aku!!"
"a-aku.."
"EH KAU DIAM LAH SIAL!!"
"wei² fakhri asal ni? relax lah hospital ni.. tak malu ke orang tengok"
kata hakeem yang baru sahaja sampai disusuli oleh zahrin yang membawa makanan untuk kahar dan karina, hakeem sajalah yang mampu meredakan keadaan.. kalau takde dia tadi bertumbuk dah fakhri ngan kahar
"kau minta maaf dengan adik aku, kalau tak pecah muka kau aku kerjakan"
Fakhri berjalan keluar dari hospital dengan perasaan yang marah, naim hanya mampu meminta maaf terhadap perangai fakhri dan berlari mengikuti adiknya itu
hakeem bertanya kan tentang keadaan kahar sementara kahar hanya mengangguk mengatakan dirinya okay padahal tidak, dia sangat hancur selepas apa yang dia buat pada alya sedemikian
(SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI SWEETHEART!! SEMOGA HARI RAYA ANDA CERIA SELALU<33.. YANG OTW BALIK KG TU HATI-HATI DIJALANAN, YANG DAH SAMPAI TU TIDO AWAL ESOK RAYA SUDAHH HEHE.. MAAFKAN AUTHOR KALAU KECEWAKAN KORANG DENGAN STORYLINE YG TAK BERAPA GEMPAK NI.. ENJOY YOUR EID GUYS 💕💕, DUIT RAYA MINTA KAT SUAMI AUTHOR OKAY SI AMIR TU HA 😭😂.. OKAY BUBYEEE SEMUA MUAHH💋)
YOU ARE READING
PROJEK : DORM ANGKASA
Horror- feminine readers 🌷🤍 - don't tell any phc actors 🤫 - not a real story‼️ story after projek high council