EPISOD 10 : SAHABAT (2/2)

209 23 1
                                    

kahar dan hakeem yang baru sahaja sampai di sebuah kedai makan, sedang melilau mencari keberadaan seseorang

"weii kahar, sini"

mereka menoleh ke arah suara itu dan terus bergerak ke sana, melabuhkan dirinya untuk duduk semeja dengan mereka

"haa ada apa panggil aku ngan hakeem datang?" tanya kahar, bukan apa waktu gini memang duduk rumah je siapkan kertas kerja yang abah dia bagi

"sorry lah wei kalau aku panggil korang masa-masa macam ni.. tapi benda yang aku nak cakap ni, melibatkan adik kita" kata naim kepada kahar

"asal dengan karina dan alya?"

"kalau aku cerita ni tolong fikir dengan betul, dan aku harap kita dapat plan elok-elok"

"kau ingat kitaorang ni bengap sangat ke tak leh fikir elok-elok" kata hakeem kepada fakhri

"kau ni dari dulu lah kecoh tak tentu pasal, siku kepala tu nak??" kata fakhri kepada hakeem, yang ditegur hanya senyum seperti kerang busuk

dasar kapla interim Winnie the Pooh

"haa apa dia tu??" tanya kahar, dia sebenarnya curious apa yang jadi kat diaorang berdua. Sampai libatkan adik dia karina pula tu

"dia macam ni.."

...

"aku ngoyak doh ke mu, jange nyusoh kan aku.. aku toksey dengor gapo mu nok.. kalu mu raso mu hebat, teruskan aku toksey tanggungjawab sikit pun"

"jijik sangat ke karina ni pada aboh.. sampai karina nok mintok tolong pun, aboh toksey tolong"

"apo yang aku dapat kalu tolong mu.. kosong ja, jange nyusoh kan aku.. tuh mintok tolong abe mu tu"

tut tut tut

panggilan dimatikan oleh pihak sebelah sana, karina mengeluh berat apabila tidak dapat bantuan dari ayahnya

ayahnya seorang dato yang paling berpengaruh di antara semua pihak alumni, cuma karina bingung apa sebenarnya alumni tu

mungkin dengan cara bantuan ayahnya, semua tradisi di bangsa puteri ini akan terbongkar dan terhapuslah semua kegiatan gelap tradisi di dalamnya

"tapi kalau.. aku bagitau abang kahar, dia nak percaya ke?"

karina kini duduk seorang diri di kaki lima, menyalakan rokoknya yang dari tadi dikemam

tenang

menghembuskan asap rokok ke udara, setelah sekian dia tidak merokok kini dia kembali dengan menenangkan dirinya

"did you know merokok boleh buatkan your paru-paru hitam?"

"kalau ini je cara untuk buat aku tenang, jadi aku pilih untuk cari ketenangan tu"

mary yang melihat karina terus menghisap rokok itu, merampas rokok tersebut dan memijaknya sehingga putungnya tiada api lagi

"rokok aku lah si@l"

"ada cara lain untuk tenang.. rokok ni akan buatkan awak sakit satu hari nanti lagi satu awak perempuan"

Karina memandang ke arah mary dan berkata

"kau ingat lelaki je boleh merokok? perempuan tak boleh? undang-undang mana kau ambik ni? tentang kesihatan aku, aku tahu lah jaga.. kau cukup jadi kawan aku je.. yang dengar luahan aku, jangan nak jadi jugde untuk kehidupan aku"

melangkahkan kaki balik ke dorm meninggalkan mary yang masih berdiri tegak di sana melihat sosok karina menghilangkan diri di balik dinding blok

bagaimana lagi dia mahu menyelamatkan semua pelajar di sekolah yang telah menjadi mangsa tradisi gelap yang menjadikan nya sebagai harta turun-temurun

pening satu hal, nak selamatkan sekolah lagi satu hal.. dia tidak mampu membuat semuanya sendiri tetapi atas utusan yang telah dibuat oleh ayahnya

tiada kata tidak bagi mary untuk tidak menunaikan permintaan ayahnya itu

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

25 Februari 2010 (khamis)
KARINA POV

Seperti biasa, tiada apa yang menarik untuk di ceritakan.. aku melabuhkan diri aku duduk disebelah alya

"selamat pagi semua pelajar, pada bulan Januari haritu saya ada bagi tugasan kan? sesiapa nak hantar tugasan lapang boleh beri sebelum 29 Februari ya.. saya bangga dengan alya kerana dia adalah orang pertama yang hantar pada saya jadi saya nak kamu semua contohi dia"

aku menoleh ke arah alya yang sedang sibuk memikirkan sesuatu, berkerut sangat dah dahi tu stress sangat aku tengok dia ni

kalau aku tegur nanti mau kena sound, aku tak nak besarkan masalah jadi aku just duduk diam sambung fokus dalam kelas

...

"terima kasih semua, jadi jangan lupa tugasan lapang tu ya kalau tidak saya akan terus bagi markah awak kosong.. semua boleh pergi rehat" puan harlina melangkah kaki keluar dari bilik darjah kami dan semua pelajar di dalam kelas aku laju keluar dari kelas untuk ke kantin

tetapi aku masih bingung melihat alya yang masih setia duduk di tempat duduknya, apa yang difikirkan pun aku tak tau

tetapi tidak boleh berterusan begini, aku memberanikan diri untuk menyapa alya

"wei alya, kau okay ak?"

alya menoleh ke arahku, aku terkejut.. matanya berwarna hitam, seluruh matanya yang berwarna hitam legam tiada kesan putih

alya berdiri menghadap diriku, aku mengundurkan diri untuk tidak dekat dengan alya, kenapa mata dia macam tu

"alya.. dengar kan aku, kau kenapa ni?" tiba-tiba aku serasa susah untuk bernafas, alya mencekik leherku dengan kuat

Kaki ku tidak lagi menapak di atas lantai melainkan badanku terasa bagai diangkat ke udara

aku memukul tangan alya supaya melepaskan leherku tetapi semakin aku pukul, semakin kuat cengkamannya

"a-alya.. lepa-skan aku.."

"jauhkan diri kau dari alya, disebabkan kau lah alya tak lagi layan aku macam dulu.. alya lah satu-satunya pewaris turun-temurun sebagai tuan aku!"

ini bukan alya, bahkan ini bukan suara alya.. suaranya garau, dalam.. suara alya lembut, lantang apabila didengari

"kau s-siapa si@l?"

"lupakan niat kau untuk tolong alya pulih dari trauma dia, aku akan terus menghatui dia jika kau turut menolongnya untuk lepas dari cengkaman aku?!"

penglihatan aku mulai kabur, nafas aku makin susah untuk bernafas.. makin kuat cengkamannya pada leher aku

"yarghhh!"

aku terjatuh ke atas lantai dengan tercungap-cungap mengambil udara untuk bernafas, aku ternampak alya yang juga jatuh ke lantai tidak menyedarkan diri

aku melihat ke arah orang yang menjerit tadi, mary.. dia memegang buku tebal, mungkin dia pukul alya sebab nak selamatkan aku

dengan cepat, aku meluru ke arah alya dan menggoyang sedikit badannya agar sedar

"alya, wei bangun.. alyaaa..?"

"she's fainted.. let's go bawak dia pergi klinik sekolah"
aku hanya mengangguk dan mengangkat alya meletakkan tangannya di bahu ku

mary melakukan sesuatu yang sama dan kami berjaln ke klinik sekolah sebelum waktu rehat habis

...

"kawan kamu ni pengsan, mungkin kejap lagi bangun lah gamaknya.. kamu berdua boleh pergi masuk kelas dulu, nanti kalau dia dah sedar.. cikgu panggil kamu okay?"

"baik cikgu" Jawab aku dan mary serentak, kami berdua berjalan keluar dari klinik sekolah dan berjalan masuk ke kelas

harapnya alya tak de apa-apa lah, yang kena cekik aku tapi aku kesian kat alya

PROJEK : DORM ANGKASAWhere stories live. Discover now