10 pagi
Mary,karina dan alya baru sahaja tiba di sekolah mereka, macam biasa ikut pagar belakang sampai lah dekat dorm f4 angkasa
mary meminta diri untuk balik kat dorm dia sendiri, yang dua orang ni lagi sampai je kat dorm, letak barang landing atas katil tapi memang tak boleh lari lah dari pertanyaan dari khayla
"weii, korang gi mana malam semalam dengan baldi, dengan beg besar-besar ni.. fly eh?"
"kitaorang pergi berkhemah dekat hutan kudrat"
"Berkhemah??!"
dengan cepat, alya dan karina bangun dari katil mereka dan menutup mulut khayla dengan rapat
Nasib mereka bertiga je ada kat situ kalau tak nanti kantoi kat telinga kapla tu, khayla jenis yang suka cakap loudspeaker kalau boleh satu sekolah boleh dengar suara dia
"jangan lah bising sangat khayla oi, nanti kantoi kitaorang keluar dari dorm"
kata karina, mereka berdua melepaskan tangan dari mulut khayla. Yang di tegur hanya tersenyum, nasib lah budak ni innocent sikit kalau dak mesti kecoh
"kitaorang bukan fly pun, saja nak berkhemah kat sana alah bekas sekolah abang kitaorang an.. rileks lah khayla"
"hm mesti best kan? kenapa tak ajak aku??"
"bukan tak nak ajak, masalahnya kau dah tido dulu. Kitaorang malas nak kejut"
khayla memuncungkan mulut tanda merajuk dan mengundang gelak tawa dua sahabat di hadapannya
"Korang tahu tak tadi haneesa kata pukul 4 petang nanti dia nak jumpa kita semua kat dewan besar.. semua form 4 kena pergi"
"okay so?"
"hah?"
"buat apa bagitahu kitaorang, patutnya kau bagitahu kat semua form 4 tak payah pergi.. buang masa je pun"
ternganga khayla kat situ lepas dengar apa alya cakap, biar betul alya ni tak takut ke kena buli ngan haneesa, karina pun mengikut je alya
"bagitau diaorang tak payah pergi, kalau haneesa tanya kenapa cakap je alya and karina suruh. Kitaorang pergi settle nanti"
"okayy"
khayla berlari pergi bagitau semua form 4 supaya tak payah datang, yang calon kapla pun ikut. Yelah time cuti orang nak cuti boleh pula buat roll call petang
nasiblah budak form 5 yang lain terkecuali dari high council ni buat tak tahu je, diaorang semua tak macam haneesa ngan geng dia tu.. diaorang lagi suka buat palatau pastu study untuk SPM
Cari pasal dengan haneesa memang silap lah, tapi kalau cari pasal ngan karina and alya lagi silap besar kau nak buat
"apa yang kau cuba buat ni alya? Karina?"
sofia qamilea, calon kapla dorm suria melangkah masuk ke dalam dorm mereka, alya dan karina tidak tinggal diam melainkan berjalan mendekati dirinya
"apa maksud kau?"
"projek apa yang kau nak buat ni hm? Projek dorm angkasa?"
"kalau itu projek kitaorang, patut ke kau tahu?"
sofia mengangguk tanda betul, dia harus tahu kerana dia juga berhak untuk ketahui apa yang sedang berlaku.. sofia jenis yang lagi pentingkan sekolah daripada jawatan, haluan mereka sama. Ingin hancurkan tradisi high council
"kau nak rebel? aku join"
"hah?"
"aku nak join projek dorm angkasa kau tu, aku nak bubarkan semua benda ni. Benda ni semua dah melarat, lagi lama kita biarkan lagi menjadi-jadi nanti"
YOU ARE READING
PROJEK : DORM ANGKASA
Horror- feminine readers 🌷🤍 - don't tell any phc actors 🤫 - not a real story‼️ story after projek high council