"ooh ye karina, ni cikgu lily panggil kamu dekat klinik sekolah. Sila pergi segera ya"
"baik cikgu.."
...
"ye cikgu? kenapa?"
"ha karina, ni alya dah sedar kat dalam tu. Boleh lah kamu jumpa dia sebab cikgu ada kelas sekarang ni"
karina memberikan laluan untuk cikgu lily keluar dari klinik sekolah, mungkin kali ini agak berbeza dengan keadaan yang lalu
mungkin kali ni alya dah elok sikit dari yang sebelumnya
"alya?"
melihat sahabatnya terduduk menatap luar tingkap di sebelah katil di ruang sakit klinik sekolah mereka berdua
"kau tak payah takut.. ni aku alya" menolehkan kepalanya ke arah karina, syukur itu alya
kenapa karina yakin tu alya, tengok mata dah tahu tapi setan ni kadang-kadang mata tu macam alat mainan boleh tukar-tukar tapi kali ni karina yakin tu alya
"kau okay alya? apa jadi tadi? kau ada kho-"
"khodam"
terdiam karina di situ apabila mendengar kata-kata alya
"ni warisan nenek aku kepada papa tapi papa taknak jadi papa pilih aku.. kenapa bukan abang-abang aku sebab kudrat diaorang kuat.. cuma aku je lemah semangat jadi khodam tu jadi milik aku sebab tulah aku kuat"
"entahlah karina, aku tak tau nak pilih mana jalan yang terbaik untuk diri aku sekarang ni.. aku mundar-mandir tak tentu arah nak cari jalan buang khodam ni tapi benda ni kuat melekat dekat aku"
"kau tak try jumpa ustaz?"
"aku pun kalah.. apalagi kalau ustaz"
suara alya menunjukkan dia betul-betul lemah untuk melawan harta perwarisan turun-temurun dari neneknya itu, apa kena mengena dengan busut?
busut tulah tempat bertapa khodam yang alya pegang tu, nenek dia cuba tanam khodam tu dalam busut buat selamanya tetapi nyawa nenek dia tak lama
senjata makan tuan
khodam tu bunuh nenek alya, lepas tu dia pergi dekat papa alya tapi papa dia taknak.. papa alya dah bincang dengan mama dia untuk pilih salah seorang dari anak mereka untuk warisi benda ni atau kejadian yang sama akan berlaku
cuba dekat naim, khodam tu sakit.. cuba dekat fakhri, khodam tu tak sedap badan. Last try dekat alya barulah dia suka
naim dengan fakhri kesian dekat alya, sebab tu tiap minggu diaorang akan pergi Bangsa Puteri tengok alya.. untuk pastikan dia okay, untuk pastikan khodam tu tak makan alya pula
mula-mula diaorang tak percaya benda-benda macam ni tapi bila dah dengar cerita dari nenek dan nenek meninggal barulah diaorang mula percaya
"aku dah penat ikut kehendak khodam ni.. tiba masa aku buang benda ni"
karina memegang tangan alya, dia tahu proses buang benda ni buka senang.. kadangkala melibatkan nyawa. Karina tak nak kehilangan satu-satunya kawan yang dia dah anggap macam family sendiri
"kau tahu kan, risiko dia macam mana?"
alya mengangguk, dia tak de pilihan lain.. sama ada stay macam ni hingga akhir hayat atau dia kena ikut semua kehendak khodam dia
"Rina.. aku minta maaf untuk semua benda aku buat kat kau.. maafkan aku ye?"
rina
nama panggilan yang tak pernah ada orang panggil dia selain daripada kahar, alya lah orang pertama panggil dia dengan nama tu
YOU ARE READING
PROJEK : DORM ANGKASA
Horror- feminine readers 🌷🤍 - don't tell any phc actors 🤫 - not a real story‼️ story after projek high council