" MARK ?! CHUNGHEE ?! "
Mark dan Chunghee yang tidur nyenyak tadi tersedar kerana mereka mendengar ada orang menjerit nama mereka.
Chunghee membulatkan matanya apabila dia melihat Mark disebelahnya dan ibunya yang menjerit tadi.
" Korang buat apa ni ?! " Ibunya menyoal.
" Tak tak , kitaorang tak buat apa apa pun eomma " Chunghee membuat kenyataan.
" B─betul tu aunty , semalam saya tolong Chunghee buat kerja sekolah l─lepastu saya terlelap dekat sebelah Chunghee. Percayalah kitaorang tak buat apa apa. " kata Mark.
" MARK AUNTY AKAN BERITAHU IBU KAMU PASAL NI "
Mark membulatkan matanya tatkala mendengar ayat dari Puan Kang tadi.
" Aunty please don't─ " kata Mark. Puan Kang berjalan keluar dari bilik Chunghee.
" Macam mana kau boleh ada dekat sebelah aku gila ?! "
" Aku terlelap semalam " jawab Mark
" Terlelap sebelah aku ? Kau biar betul ? " Chunghee masih tidak percaya.
" YA BETUL AKU TAK TIPU KAU "
" MARK ! CHUNGHEE ! "
Mereka berdua mendengar ada orang memanggil mereka dari bawah.
Mark dan Chunghee saling berpandangan.
" Mampus kita kalini "
───※ ·❆· ※───
Chunghee Point Of View ::
Hari ini adalah hari yang malang untuk kami berdua. Sekolah ? Ibu aku cakap dekat saem yang aku sakit. Mark pun sama.
" Ada apa apa yang perlu dijelaskan ? " soal Puan Lee. Matanya tidak lari dari memandang aku dan Mark
" Eomma , Mark tak buat semua ni. Mark cuma terlelap di sebelah Chunghee itu saja tak lebih " ujar Mark.
" Macam mana Mark boleh ada dekat rumah Chunghee ? " soal Puan Lee.
Kami memandang sesama sendiri.
" Semalam , Chunghee mesej Mark dia kata dia tak faham nak buat soalan math so Mark panjat koridor. Bilik dia dengan bilik Mark kan dekat " ujar Mark lagi.
Aku mengangguk laju dan menunjukkan mesej semalam.
" Tolong aunty , maafkan kitaorang " ujar aku. Ibuku dan Ibu Mark bertatapan.
" Boleh , dengan satu syarat " kata ibuku.
" Apa syarat pun boleh asalkan kami dimaafkan " kata aku dan mendapat anggukan dari Mark
" Kamu berdua perlu berkahwin "
🤍
❝ Kau adalah suatu kehadiran yang tak pernah aku sangkakan dan kau adalah suatu kebahagiaan yang tidak pernah aku bayangkan ❞
- Mark Lee
YOU ARE READING
neighbour . mark
Romancekalau semuanya akan menjadi indah , lalu kenapa pada akhirnya , semua itu langsung tidak menjadi indah ? © chaexluv_ 2023 [ End / Complete ]