15 ෆ

75 13 14
                                    

Sudah 3 tahun berlalu. Masa berlalu dengan cepat sekali. Macam tidak percaya , Lee Heemin sudah pun memasuki usia 3 tahun.

Tetapi ayahnya ? Begitu sahajalah. Dari dulu Mark tidak pernah membuka matanya. Chunghee sangat lelah menunggu lelaki itu bangun. Tapi tak apa , dia tetap akan menunggu.

Dan dia berharap bahawa 3 tahun yang di tunggunya itu tidak sia sia.

" Ma , ila kita nak umpa papa ? " tanya Heemin membuatkan Chunghee tersedar dari lamunannya.

Chunghee tersenyum tipis sebelum menjawab.
" Hee nak jumpa papa sekarang ke ? "

Heemin mengangguk laju.

" Tapi , nak umpa addy dulu oleh ? " tanyanya lagi.

Haechan meminta Heemin memanggilnya daddy tanpa sebab yang jelas .

" Okay jom ! "

───※ ·❆· ※───

" Addy !!! " jerit Heemin , keriangan.

" Eh ? Heemin ada ? " Haechan mengusap lembut pipi Heemin.

" Iya lah , abistu apa ? Ngat ni antu ke ? " Heemin mencebik kan bibirnya.

" Eh mana ada lah " Haechan tersenyum riang melihat Heemin.

Erghh , pasti comel !

" Kau tak nak tengok Mark ? " tanya Haechan tiba tiba.

Chunghee mengangguk
" Tapi budak ni nak jumpa kau dulu " terangnya.

Wajarlah jika Heemin rapat dengan Haechan , lelaki itu telah menjaganya dari kecil sehingga sekarang. Layanannya kepada Heemin ialah seperti layanan seorang ayah.

Haechan tahu , Heemin memerlukan kasih sayang seorang ayah untuk membesar. Tapi apakan daya , Haechan hanya mampu untuk mengganti tempat Mark tetapi dia tidak akan pernah mempunyai tempat di dalam hati Chunghee dan Heemin.

Tapi tak mengapa , dia hanya ada satu misi , iaitu membuat mereka berdua nyaman. Dia berharap , 3 tahun yang ditunggu mereka bukan sia sia.

───※ ·❆· ※───

" Mark ... Bila kau nak bangun ? Dah 3 tahun. Kau tak penat ke ? Aku yang penat tau asyik tunggu kau aje. Kau mimpi apa lama lama sangat sampai taknak bangun. Taknak jumpa anak kau ? " gumam Chunghee pelan.

Heemin melihat ibunya itu dengan pandangan sayu. Seolah olah kanak kanak berusia 3 tahun itu faham dengan keadaan ibunya.

" Pa .. ila pa nak angun ? Hee ari ari engok mama angis. Ian mama tau " ucap Heemin. Chunghee tergelak kecil.

Haechan yang berada di belakang Chunghee itu menghela nafas berat.

Chunghee menggenggam tangan Mark lalu menangis. Dia menangis lagi dan lagi. Membuatkan anak perempuannya turut menangis juga.

Samar samar dapat Chunghee rasakan bahawa ada orang yang menggenggam tangannya. Dia mendongak , tangan Mark menggenggam tangannya !

Chunghee memandang Haechan.
" Haechan , Mark .. panggil doktor ! " pintanya. Haechan mengangguk laju

───※ ·❆· ※───

neighbour . markWhere stories live. Discover now