07

61 14 4
                                    

Malam menjelma , kini di dalam sebuah bilik terdapat sepasang suami isteri.

" Aku nak mandi kejap " ucap Mark. Chunghee yang bermain telefon itu menggangguk.

Chunghee kemudiannya hendak keluar dari bilik tersebut tetapi dia terjumpa sesuatu yang agak tebal.

Chunghee Point Of View ::

Aku jumpa dompet Mark. Dude tebal gila. Aku bukak dompet dia dan terdapat banyak duit. Banyak , banyak sangat.

Terdapat dua keping polaroid didalamnya. Satu daripadanya merupakan polaroid yang aku beri pada dia hari itu.

Satu lagi . . Polaroid aku dengan dia 3 tahun lepas.

 Polaroid aku dengan dia 3 tahun lepas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kau sabar jap aku nak nangis. Tak , gurau.

Aku ingat masa ni. Kitaorang pergi arcade sampai balik tengah malam. Yang ambil gambar ni Haechan. Dia menyibuk nak ikut.

Back then , kitaorang tersangat rapat.

Tanpa aku sedar Mark dah lama siap mandi dan dia nampak aku tenung gambar tu.

" Kau bukan ada juga ke polaroid tu ? " tegur Mark membuatkan aku terperanjat.

" A─ aku punya dah lama hilang entah pergi mana " jawab aku dan Mark menggeleng kepalanya pelan sambil tersenyum.

" Kau ni , dari dulu lagi selalu hilang barang " ujarnya lalu mengusap kepala aku lembut lalu beredar keluar dari bilik aku.

Aku ... shock dia baru je usap kepala aku kan ?

───※ ·❆· ※───

Jam menunjukkan angka 11. Hampir semua sudut di rumah Puan Kang itu gelap termasuklah bilik Chunghee. Tak , bilik Chunghee dan Mark.

Tetapi Chunghee masih tidak boleh menutup matanya walaupun Mark disebelahnya sudah tidur nyenyak. Sebelah , nanti kalau sorang tidur bawah takut kantoi.

Seketika , Chunghee memandang Mark. Kawan rapatnya dulu sekarang sudah menjadi suaminya. Kawan rapat ? Pernah dia tersuka Mark tetapi dipadamnya perasaan itu dan dicampaknya jauh jauh. Dia hanya berharap mereka menjadi kawan rapat sampai bila bila.

Tetapi dia silap , dia tak pernah tahu Mark menyimpan perasaan terhadapnya sudah lama dan Mark berharap mereka menjadi lebih dari kawan.

Berbeza harapan. Tetapi harapan Mark yang menang kali ini.

Tekak Chunghee terasa perit lalu dia turun dari katil nya.

───※ ·❆· ※───

Chunghee membuka peti ais dan mengambil air sejuk lalu menuang air itu ke dalam gelas.

Dalam 3 teguk air itu habis sahaja. Baru sahaja dia hendak melangkah kaki ke biliknya lampu dapur dibuka. Kelihatan Puan Kang disitu.

" Hee tak tidur lagi ? " tegur ibunya. Chunghee menggeleng.

" Tak boleh tidur " jawabnya sambil tersenyum tipis.

" Eomma , macam mana eomma berbaik dengan aunty Lee ? "

Puan Kang memandang anaknya itu. Lalu menceritakan segalanya.

🤍

❝ Berjanji tanpa kepastian adalah perjudian yang melukakan ❞

- Kang Chunghee

neighbour . markWhere stories live. Discover now