13

53 14 11
                                    

7 bulan kemudian ...

Kandungan Chunghee sudah pun memasuki usia 7 bulan. Kini dia berada di rumah hendak menyediakan makanan tengahari buat dirinya. Mark sudah keluar dari rumah awal pagi tadi.

Tapi entah mengapa , hatinya berasa tidak aman sekali hari ini. Kebiasaannya tidak pula begini.

I got no time to lose─

Lagu dari kumpulan K-pop , New Jeans berkumandang di udara. Segera Chunghee mengangkat telefon itu.

" Helo ? "

" Helo ? Ini Puan Chunghee ya ? "

" Ya , ya saya. Kenapa ya ? "

" Begini , suami puan  , terlibat di dalam kemalangan jalan raya tadi. Sekarang dia berada di hospital untuk rawatan lanjut

Puan boleh ke Seoul University Hospital dengan kadar yang segera , Terima kasih "

" B─baik "

Talian itu dimatikan.

Hati Chunghee seakan akan melayang sekarang. Kemalangan ? Dugaan apa lagi ini ya tuhan.

Siapa yang dia mahu minta tolong ? Keretanya berada di bengkel kereta sekarang.

Areum dan Renjun ? Tidak keduanya sedang ada kelas sekarang.

Haechan ? Ya lelaki itu sahaja yang muncul di kotak fikirannya sekarang.

" Haechan .. "

" Ya ya , kenapa ? "

" Tolong ambil aku di rumah .. Mark accident "

" Accident ?! Baik baik aku ambil kau. Kau tunggu sahaja di rumah. Aku gerak sekarang "

Talian telefon itu dimatikan oleh Haechan.

───※ ·❆· ※───

Sudah 2 jam mereka menunggu di luar dan sudah 2 jam jugalah Mark di dalam bilik pembedahan .

Chunghee risau hatinya runsing memikirkan keadaan Mark di dalam. Tolonglah jangan berlaku apa apa pada dia.

Dan di dalam kesempatan itu , Haechan teringat sesuatu.

" Kalau apa apa yang terjadi pada aku nanti , tolong jagakan Chunghee buat aku ya ? " Suara Mark muncul di gegendang telinganya.

Klek

Kedengaran pintu bilik pembedahan dibuka. Chunghee memandang doktor yang baru keluar dari bilik itu.

" Awak .. isteri tuan Minhyung ya ? " doktor yang diberikan nama Haerin itu bertanya.

Chunghee diam sejenak. Sudah lama dia tidak mendengar nama itu.

" Ya saya doktor "

" Boleh saya bercakap dengan awak sebentar ? " pinta doktor itu. Chunghee kemudiannya mengagahkan dirinya untuk bangun lalu menuju ke arah doktor Haerin.

" Begini , puan tahu yang tuan Minhyung ada tumor otak ? " soal doktor Haerin. Chunghee menggeleng sambil menahan esaknya.

" Tumor otak pada tuan Minhyung sudah mencapai tahap 3 tapi syukur sahaja tumor nya tidak besar. Tetapi disebabkan kemalangan tu , tumornya membesar dengan cepat kerana hentakan yang kuat di kepala. Tetapi tuan Minhyung bernasib baik kerana , saraf tunjangnya tidak terputus dari otak. " ucap doktor itu panjang lebar. Chunghee mencuba seupayanya untuk menghadam kata kata doktor itu.

" Cuma .. dia disahkan koma " gumam doktor Haerin. Cukup 4 huruf itu boleh membuat tubuh Chunghee bergetar hebat.

" Doktor .. ni bukan gurauan kan ? koma tu lama , kan ? " ucapnya seraya menahan air matanya untuk mengalir.

" Kau tidak seharusnya menahan air mata kau untuk turun. Kau layak untuk menangis semahu kau " ayat Mark seperti terdengar kembali di gegendang telinganya.

Tangis Chunghee pecah begitu saja.

" Mungkin. Biasanya akan ambil masa berbulan tapi boleh jadi bertahun " terang Doktor itu. Setelah itu , doktor tersebut berpamitan untuk pergi.

Dada Chunghee terasa sebak. Dia kembali duduk di sebelah Haechan. Lelaki yang berada di sebelahnya itu mencuba yang terbaik untuk memujuk Chunghee. Tetapi gadis itu tetap sahaja menangis.

───※ ·❆· ※───

" Sampai hati kau Mark "

" Kau dah janji tak nak tinggalkan aku. Tapi ni apa ? Apa semua ni ? A─aku tak sangka kau sanggup tipu aku. Berjanji tanpa pasti adalah perjudian yang melukakan kau tahu itu kan ? Tapi mengapa kau masih berjanji jika kau tak pasti ? " lirih wanita itu.

" Siapa yang nak teman aku melahirkan anak kau jika bukan kau nanti ? Bagaimana kalau waktu aku nak bersalin , kau masih terbaring lemah disini " lirihnya lagi. Sekali sekala dia akan mengusap perutnya yang semakin lama semakin membesar itu.

Embrio yang duduk di dalam Uterus wanita itu menendang.  Seakan akan faham dengan maksud ibunya.

Haechan menahan sebak di dadanya melihat keadaan Chunghee seperti itu. Dia merenung badan Mark yang terbaring lemah di katil hospital.

Tiba tiba telefon milik Mark yang dipegangnya berbunyi.

Whatsapp :
( Moomin ✨ ) : Bila kau mahu bagitahu mereka tentang penyakit kau tu ?
reply     .       mark as read.       .       more..

Haechan mengerutkan dahinya. Dia lalu mengetik keyboard di telefon itu , mengajak Renjun berjumpa

🤍

Benarlah , jangan berekspektasi pada manusia , kerana ia akan berakhir kecewa ❞

- Kang Chunghee

Amacam ? 😘

neighbour . markWhere stories live. Discover now