-18-

42 4 0
                                    

Aku tak sebaik yang kau kira, dan aku juga tak seburuk apa yang terlintas di hati mu.

-Saidina Ali bin Abi Thalib-
_____________________________

Seminggu berlalu. Selama seminggu juga lah Rihanna dan Zayden tidak bertemu. Tiada juga khabar antara mereka.

Zayden kini berbaring di tilam empuk miliknya dan masih setia memeluk bantal peluk. Matanya masih terpejam rapat.

"Gilaaak! Jam segini masih tidur lo? Bangun woy!" William menggoncangkan bahu Zayden.

Zayden malah menepis tangan sepupunya. Sambil menutup mata dia berkata

"Tunduh euy..(ngantuk ih).. gua engga ada kegiatan.. mau lanjut bobo.."

William ternganga mendengar nya. Dia tahu Zayden masih tidak mahu bertemu Rihanna. Padahal hari ini Zayden harus pergi ke kelas belajar agama tetapi dia terus menerus mengelak.

"Oalah yasudah. Biar gua yang datang. Mau ketemu Rihanna yang cantik~ Boleh ya ya ya ya? Gua pengen nikah sama dia." Ucap William hingga tertawa kecil.

Dengan pantas Zayden membuka mata lalu bangun menahan tubuh William.

"LAH KOK BANGUN SIH!?" William meninggikan suaranya. Sebenarnya lelaki itu terkejut kerana sepupunya tiba-tiba bangun dan kini menghalang jalannya.

"Duduk sono." Zayden menyuruh William untuk duduk dahulu.

William hanya menurut. Dihatinya sedang tertawa mengejek Zayden yang kini secara automatis terlihat segar setelah mendengar nama Rihanna.

"Gua bingung harus ngapain. Gua mau minta maaf. Tapi gua gengsi." Ujar Zayden.

Plak!

Secara tiba-tiba tamparan dari William hinggap di pipi Zayden. Zayden memegang pipinya lalu memandang William tidak percaya.

"KOK TAMPAR GUA?!"

"Ya lo yang salah kok jadi gengsi sih!? Harusnye lo minta maaf . Ga usah gengsi segala!"

(Note : gengsi itu seolah ego atau sifat yang ingin menolak seperti contoh Zayden yang tahu salah tapi tidak mahu mengaku salah)

Zayden terdiam. Dia gengsi. Dan besar lagi rasa takut. Takut jika Rihanna kini tidak mahu bertemu dengannya lagi. Kata-kata yang telah dia lemparkan terlalu sakit dan tajam bagi gadis mungil itu.

"Gua takut dia engga bakal maafin gua." Sayu lelaki itu berkata.

"Emang lo udah coba minta maaf? Mending lo coba dulu deh. Kata yang baik-baik. Gua yakin dia bakal maafin lo."

Zayden menatap wajah sepupunya sekilas kemudian menunduk kembali. Dia tertarik ingin mengetahui sejauh mana hubungan Eric dan Rihanna dahulu. Tapi dia takut. Takut gadis itu tidak ingin berbicara soal Eric.

Kerana Zayden masih ingat. Saat dia menunjukkan gambar tersebut pada Rihanna, tubuh gadis itu menggeletar hebat.

Bahkan sewaktu sekolah dahulu, Rihanna seringkali mengelak dari dekat dengan Eric. Ya sememangnya gadis itu menjauhkan diri dari semua lelaki. Cuma jarak nya dan Eric sangat jauh dan itu membuatkan Zayden merasa aneh.

TEMBOK CINTA [COMPLETED]Where stories live. Discover now