Aryan menggendong bayi kecilnya dengan berhati-hati. Dia memberi kecupan lembut pada dahi bayi lelaki itu dengan pandangan penuh sayu.
"Papa..."
Meera yang sudah menginjak umur 7 tahun menghampiri ayahnya. Aryan tersenyum tipis lalu meletakkan bayi lelaki itu dengan berhati-hati. Sementelah itu, dia mengelus rambut anak perempuan nya yang masih setia berdiri di sisi.
Meera menautkan jemari kecilnya di tangan kanan Aryan. Meera menatap sang ayah dengan senyuman manis yang tidak pernah lekang dari bibir. Aryan membalas senyuman dari Meera. Namun perlahan senyuman manis tadi bertukar menjadi senyum yang tipis dengan penuh rasa sakit dan hiba. Bibirnya bergetar. Dia cuba kuatkan diri namun sukar.
Tanpa dipinta, air matanya mengalir di pipi. Bibir Aryan terus bergetar hebat. Lelaki yang sudah bergelar ayah ini jatuh terduduk lalu memeluk anak perempuannya erat. Dan entah mengapa Meera seolah memahami rasa sakit yang dialami Aryan. Gadis kecil itu turut menangis dalam dakapan sang ayah.
FLASHBACK ON..
"Doktor! Bagaimana keadaan isteri saya? Anak saya?!" Aryan mendekati doktor perempuan itu dengan wajah pucat lesi. Meski ini kali kedua Syella melahirkan tetapi rasa takut kehilangan isterinya tetap ada. Jikalau boleh, mahu sahaja dia terus mendampingi sang isteri namun apakan daya. Dia terlalu cepat panik sampai doktor terpaksa meminta Aryan untuk menunggu diluar.
"Keadaan isteri awak sudah stabil dan selamat melahirkan bayi lelaki. Alhamdulillah dan tahniah pada encik." Ucap doktor tadi.
Aryan segera pergi mencari isterinya. Tidak lupa ucapan terima kasih pada doktor tadi.
"Sayang!"
Syella melirik ke arah suami tercinta lalu tersenyum manis.
"Assalammualaikum suami.."
"W-waalaikumussalam isteri.." Aryan melangkah maju mendekati isterinya. Dia tidak sabar ingin menyentuh Syella. Dia merindui isterinya.
"Anak kita sayang.. anak aku sama kamu.." Syella menunjukkan bayi lelaki yang berada didalam gendongannya.
"Muhammad Arsyel Zaquan.." Syella menjawab tanpa perlu ditanya oleh Aryan.
Mendengarkan itu Aryan tersenyum bahagia.
"MasyaAllah.. pandainya isteri saya pilih nama." Aryan mencium lembut pipi Syella membuat Syella tersenyum simpul.
"Bentar lagi Meera bakal punya temen.."
Aryan mengangguk mendengarkan isterinya.
"Sayang.."
Aryan memandang Syella setelah dipanggil dengan lembut.
"Ya?" Aryan menunggu Syella membuka suaranya.
"Makasih udah jadi suami yang baik ya. Makasih udah jadi ayah yang terbaik buat anak kita. Aku bersyukur bisa ketemu kamu. Wallahi, Allah baik banget atur jalan hidup aku yang dulunya berantakan lalu disusun rapi oleh kamu. Kamu itu anugerah Allah yang paling bermakna buat aku. Aku sayang kamu. Aku mencintai kamu sampe habis nafasku.." Ucap Syella dengan nada berbisik.
Dup
Entah mengapa Aryan merasa tidak sedap hati tapi berkali dia beristighfar dan mengatakan ini bakal baik-baik sahaja.
"Terima kasih juga sebab dah jadi isteri yang baik. Terima kasih sebab dah jadi ibu yang baik hatinya. Saya pun bersyukur kenal awak, sayang. Hanya Allah yang tahu betapa bersyukurnya saya saat awak hadir di dalam hidup saya. Awak anugerah yang paling bermakna setelah ibu dan adik saya. Dan saya juga cinta kan awak hingga akhir hayat saya. Saya tak akan pernah menduakan awak." Ucap Aryan dan dengan tiba-tiba air matanya mengalir.
Dengan lembut tangan Syella menyeka air mata Aryan dan menggeleng perlahan sebagai isyarat menyuruh suami nya untuk tidak menangis.
Syella menyandarkan kepalanya pada dada bidang Aryan dan memejam matanya perlahan. Aryan mendakap erat sang isteri dan menatap dalam wajah Syella.
Cantik.
Syella selalu terlihat cantik di matanya tetapi pada saat ini wanita itu terlihat berbeza. Wajahnya terlihat bercahaya. Auranya membuat Aryan merasa kagum.
"Beneran enggak bakal nikah lagi? Nanti pas aku udah enggak ada, awas aja kalo aku tau kamu nikah. Nanti aku jadi kuntilanak." Syella berbicara kecil dengan matanya yang terus terpejam.
"Janji. Saya tak akan menikah lagi. Tanpa diminta untuk berjanji juga saya sudah lama menutup hati untuk mana-mana perempuan selain isteri tercinta saya ini." Aryan tersenyum tipis.
"Lucu banget suami aku. Padahal aku cuman bercanda.. sayang, aku ngantuk banget. Pengen tidur.." Gumam Syella.
"Hmm?" Aryan semakin tidak keruan. Jantungnya berdegup kencang.
"Sayang.. jantung kamu berisik.. tenang aja.." Bisik Syella.
"Aku pengen tidur.. selamanya.. halalkan makan minum aku.." Sambung Syella.
"Awak cakap apa sayang.. hey.." Aryan mulai gelisah. Keringat mulai membasahi dahinya.
"Ikhlasin ya? Apa yang datang dari Allah bakal pulang pada Allah kembali. Aku pengen istirahat.." Ucap Syella.
Air mata Aryan mengalir. Arsyel masih berada dalam dakapan Syella. Aryan takut tapi jika ini takdir yang sudah tertulis, dia redha.
"asyhadu an la ilaha illallah, wa asyhadu anna muhammadar rasulullah..."
Aryan mengajar Syella untuk mengikut kembali kata-katanya. Suaranya bergetar hebat. Jemarinya menggigil. Dia mengelus pipi dam pucuk kepala Syella.
"asyhadu an la ...ilaha illallah, wa asyhadu anna ...muhammadar rasulullah." Syella mengikut kembali dengan suara yang mulai lemah. Dadanya turun naik.
Aryan mengeratkan dakapannya. Dia menangis atas pemergian sang isteri. Cinta pertama dan terakhirnya.. kini sudah pulang pada Sang Ilahi.
"Ya Allah.. Ya Rabbi.." Aryan terus menangis menahan sesak di hatinya.
Tiada pun yang menyangka isteri kesayangannya bakal pergi secepat ini. Aryan benar-benar tertampar akan pemergian Syella. Syella pergi dengan menitipkan bayi lelaki sebagai hadiah dan amanah untuk dijaga.
Aryan memberi ciuman lembut berkali-kali pada wajah Syella. Rasa sayangnya pada Syella tidak akan pernah habis.
.
.
.
.
.
YOU ARE READING
TEMBOK CINTA [COMPLETED]
Teen Fiction"Tembok cinta ini terlalu tinggi untuk aku hadapi. Sesukar ini kah perjuangan dalam menyintai makhluk ciptaan mu Tuhan? Salahkah aku menyintai lelaki yang tidak searah dengan ku..? Sesakit ini kah perjalanan cinta ku?" -Nur Rihanna Humaira binti Ism...