⚠️⚠️⚠️
Terdapat kata-kata kasar dan unsur kekerasan!
Diharap readers pintar dalam memilih bahan bacaan!Jangan meniru aksi ini di kehidupan realiti kerana ini hanya fiksi semata!
⚠️⚠️⚠️Ibnu 'Aun berkata:
"Jika hawa nafsu sudah menguasai hati, maka seseorang akan menganggap baik sesuatu yang sebelumnya dia anggap buruk."
-Al-Ibanah ash-Shugra, halaman 232-
_____________________________"Aku hamil anak Zayden."
"Hah?"
"Kurang jelas?"
Rihanna menggelengkan kepalanya. Wajahnya penuh kekecewaan.
"Aku tak percaya." Rihanna cuba mengelak.
"I'm pregnant b*tch !" Aina yang sedang kesal membentak Rihanna.
Rihanna hanya menatap Aina kebingungan dicampur rasa terkejut.
"Apa kau buat Aina? Kau berzina? Jangan menuduh Zayden hanya untuk menanggung masalah kau!"
Aina hanya terkekeh mendengarkan Rihanna membuat Rihanna tergamam. Semakin lama tawanya semakin besar.
"Aku terlanjur. Dan aku ada bukti kalau anak yang aku kandung kan sekarang ni anak Zayden." Ujar Aina sambil mengeluarkan sehelai kertas dan beberapa keping foto dari beg tangannya.
"A-apa ni?" Rihanna cemas namun tangannya masih menyambut surat itu dari tangan lawan bicara.
Rihanna meneliti setiap huruf yang sudah tertulis kemas di surat itu. Hati nya sakit. Dunianya terasa hancur. Ya Rabb.. hatinya ini terlalu rapuh..
Di surat itu sudah tertera menjelaskan DNA bayi yang dikandung Aina ialah sama dengan DNA Zayden. Dan ini bererti itu ialah anak Zayden.
Matanya beralih pada foto-foto tadi yang menunjukkan 'kemesraan' Zayden dan Aina yang baginya sangat menjijikkan.
Tubuh Rihanna terasa lemah. Dia menjatuhkan dirinya ke lantai dan menatap semua tidak percaya. Dia tidak ingin mempercayainya tapi bukti sudah jelas dihadapan mata.
"J-jangan reka cerita Aina.."
Aina membuntangkan matanya. Dia menatap tajam pada Rihanna.
"AKU TAK REKA CERITA ! JANGAN BELA ORANG YANG DAH BUAT AKU HAMIL RIHANNA! JANGAN ANIAYA AKU! AKU HAMIL !"
Aina berteriak histeria dan menarik-narik tudungnya. Rihanna merasa panik cuba menghentikan tindakan Aina yang boleh mengakibatkan kecederaan.
"Stop it Aina!"
Aina cuba menepis namun di akhirnya dia menolak tubuh gadis mungil itu dengan kuat hingga terjatuh.
"Ah!" Rihanna memegang kakinya yang sakit. Dia menatap Aina dengan kecewa.
Berbeza dengan Aina yang melihat Rihanna dengan penuh kebencian di matanya. Dengan penuh kemarahan, dia menghampiri Rihanna.
YOU ARE READING
TEMBOK CINTA [COMPLETED]
Fiksi Remaja"Tembok cinta ini terlalu tinggi untuk aku hadapi. Sesukar ini kah perjuangan dalam menyintai makhluk ciptaan mu Tuhan? Salahkah aku menyintai lelaki yang tidak searah dengan ku..? Sesakit ini kah perjalanan cinta ku?" -Nur Rihanna Humaira binti Ism...