Mungkin sudah tiba waktunya,
dimana kita harus berakhir tanpa memulai kisah kita.-Nur Rihanna Humaira-
_____________________________William menatap Syella hairan. Sejujurnya dia ragu-ragu untuk membawa gadis satu ini bertemu Rihanna. Tetapi dia bimbang juga jika yang dikatakan Syella ialah niat yang baik dan tulus dari hati.
"Lo beneran mau ketemu dia?" Tanya William sekali lagi buat memastikan.
Dengan semangat Syella menganggukkan kepalanya.
"Iya kak, aku mau minta maaf sama dia. Sumpah aku udah nyesal banget. Aku sadar aku terlalu menyintai orang yang tidak pernah akan cinta sama aku buat kedua kalinya. Dan aku malah menyalahkan orang yang sama sekali engga bersalah."
Syella menundukkan kepalanya. Dia merasa bersalah. Padahal dari dahulu Rihanna memang tidak pernah bersalah. Hanya sahaja rasa iri dan cinta buta pada Zayden membuatkan dirinya melihat Rihanna seolah dia ialah tokoh antagonis didalam sebuah cerita.
"Ikut gua." William terus berjalan menuju ke kereta nya. Begitu juga Syella yang mengikuti langkah lelaki bertubuh tinggi itu.
Sepanjang perjalanan mereka hanya ditemani bunyi muzik dari radio. William sendiri memang tiada topik untuk dibualkan tambahan lagi dia tidak ingat dirinya diganggu ketika lagi fokus memandu.
Syella juga begitu. Matanya hanya setia memandang setiap pemandangan jalan yang dilalui. Sesekali kepalanya terasa pening kerana kereta yang dipandu William bergerak laju.
Setelah 12 minit perjalanan akhirnya mereka sampai ke rumah Rihanna membuat Syella terpinga-pinga.
"Keluar." Perintah William.
Namun tidak diendahkan Syella. Dia malah terpaku melihat rumah besar ibarat istana itu.
"Rumah siapa ini kak?"
"Rihanna."
Syella lantas menutup mulutnya. Dia sampai ternganga dek kerana terlalu takjub. Apa ini rumah? Atau istana?
Apa kalian masih ingat bagaimana bentuk rumah nya di chapter 12?
YOU ARE READING
TEMBOK CINTA [COMPLETED]
Novela Juvenil"Tembok cinta ini terlalu tinggi untuk aku hadapi. Sesukar ini kah perjuangan dalam menyintai makhluk ciptaan mu Tuhan? Salahkah aku menyintai lelaki yang tidak searah dengan ku..? Sesakit ini kah perjalanan cinta ku?" -Nur Rihanna Humaira binti Ism...