-25-

25 6 0
                                    

Malu lah kepada Allah. Kerana disaat kamu melakukan larangannya, Allah masih memberi peluang buat mu untuk terus hidup.

-hamba Allah-
_____________________________

Rihanna fokus meneliti surat yang baru sahaja dia dapat. Senyuman bahagia terukir di bibirnya.

Kepada Nur Rihanna Humaira binti Ismail Fawadz,

Kami mengucapkan tahniah kepada anda kerana permohonan anda untuk masuk ke
'Johorean International University' telah diterima.

Begitu lah kira-kira isi surat yang dia baca. Dia tersenyum girang lalu dengan cepat dia berlari anak mendekati ibu dan ayahnya.

"Ibu! Ayah!" Jerit Rihanna kegirangan.

Lalu dengan cepat dia memeluk Puan Ina. Puan Ina merasa hairan namun tetap membalas pelukan anaknya. Tuan Ismail dan Puan Ina bahkan turut berpandangan.

"Kenapa ni? Gembira semacam je anak ayah ni.." Tanya Tuan Ismail.

"Hehehe ayah dengan ibu tengok ni.." Rihanna menghulurkan surat tadi.

Setelah diteliti, mereka serentak melihat ke arah Rihanna.

"Alhamdulillah anak ibu!!" Ucap Puan Ina yang lantas memeluk Rihanna dengan erat. Begitu juga Tuan Ismail.

"Tak sangka. Belajar rajin-rajin ya adik? Nampaknya adik kena tinggal jauh dari kita la sayang." Ucap Tuan Ismail sendu sambil menatap isterinya.

"Alaa ayah jangan buat adik sedih. In Sha Allah bila-bila ada masa, adik balik jenguk ibu dengan ayah!" Janji Rihanna.

Mereka bertiga kini tersenyum hangat lalu memeluk antara satu sama lain. Bahagia atas hasil pencapaian Rihanna.

Terakhir kali mereka bahagia seperti ini ialah saat Rihanna berjaya mendapatkan 9A untuk ujian SPM.

"Mari lah turun. Ibu nak masak makanan special untuk adik." Kata Puan Ina.

"Untuk adik mesti ada yang special. Untuk bapaknya tak ada pulak." Ujar Tuan Ismail lalu menjuihkan bibirnya.

"Eleh awak tu tak payah mengada sangat ye." Balas Puan Ina.

Rihanna tertawa melihat tingkah kedua ibu bapanya.

.
.
.
.
.

"Oh." William hanya bersikap tidak acuh.

"Oh? Tu je? Aku bagitau pasal Rihanna kau boleh oh je?" Kesal Aryan.

"Ya terus gua harus ngapain? Gua bukan Zayden cok! Lagian gua sama Rihanna enggak ada hubungannya. Ya lo ngapain kasitau gua emang?" William juga dibuat emosi.

"Kau bagitau lah Zayden pasal ni! Hadeh.." Aryan mengurut pelipisnya.

"Hm.. gua emang niatnya mau kasitau tapi mending enggak usah deh."

Aryan yang mendengarkan nya menatap William aneh. William yang tahu apa di fikiran Aryan lantas menjawab.

"Mereka lagi ada konflik. Gua males mau liat reaksi Zayden. Soalnya anak itu egois. Lo enggak tahu? Kemarin Zayden ngatain hal yang buruk pada Rihanna. Ceritanya lagi ketemu, kerana kesal dia malah bilang Rihanna iblis bahkan murahan. Pengen gua kasi cabe mulutnya."

TEMBOK CINTA [COMPLETED]Where stories live. Discover now