"Awak sayang saya?"
"Hm." William hanya bergumam sebagai jawapan dari soalan Ayana. Entah untuk hari ini sudah berapa kali Ayana bertanya soalan yang sama. Dan William dari awal hanya menjawab sekadarnya.
"Kenapa awak kahwin dengan saya?" Tanya Ayana lagi.
"Cinta." Jawab William tanpa melihat wajah isterinya.
"Tapi awak tak sayang saya..." Wajah wanita itu bertukar muram. Tiada lagi senyuman yang terukir.
William tidak menjawab apa-apa sebaliknya hanya diam.
"Ceraikan saya.." Pinta Ayana.
William memalingkan wajahnya lalu menatap Ayana tajam.
"Awak tak sayang saya untuk apa awak kahwin dengan saya? Tak apa lah.. saya boleh hidup sendiri. Jadi janda pun tak apa. Daripada jadi isteri pada orang yang tak anggap saya isteri dia.." Ayana terus berdiri mengatur langkah meninggalkan William yang duduk di sofa.
Baru beberapa langkah, tangan kekar milik William menahan tangan Ayana lalu melingkarkan tangannya di pinggang ramping Ayana.
Ayana terpaku dan tidak mampu berganjak. William memeluk isterinya dari belakang lebih erat lalu meletakkan dagunya pada bahu Ayana.
"L-lepas!" Ayana terus meronta minta dilepaskan namun apalah daya kudrat seorang William tidak mungkin terkalahkan dengan Ayana yang bertubuh kecil.
"Bisa diem enggak?"
"Tak! Dulu sebelum kahwin boleh pulak sweet ! Dah kahwin macam ni pulak! Benci!" Ayana menghentak-hentak kakinya sebagai tanda protes.
"Aku enggak pernah bilang kalo aku enggak cinta sama kamu. Aku itu cuman malu buat tunjuk rasa sayang aku sama kamu. Enggak semua rasa sayang itu harus diucapin dari bibir. Maaf.. aku enggak bisa menepati ciri suami yang baik buat kamu.." William berbisik dengan suara beratnya yang berhasil membuat Ayana terdiam mematung.
Kata-kata William sangat menusuk kalbu Ayana hingga wanita itu merasa serba salah. Sikapnya terlalu keanak-anakan.
"M-maaf..." Ayana membalikkan tubuhnya supaya boleh berhadapan dengan suami tercinta. Dia sedikit mendongak kerana tubuh William yang tinggi.
"Saya minta maaf.. awak dah banyak jalankan tanggungjawab sebagai suami tapi saya buta.." Ayana menangis lalu memeluk William dengan erat.
William tersenyum lalu mengelus belakang isterinya.
"Aku cuman malu sama kamu sayang.. aku enggak romantis kayak cowok lain. Aku bukan Zayden. Aku bukan Aryan. Aku William.. cowok biasa yang enggak punya apa-apa selain kamu.."
Ayana menatap William dalam.
"Huwaaaaa saya minta maaff!!" Ayana terus merengek seperti bayi.
William tertawa kecil lalu menggendong tubuh isterinya dan mencium seluruh wajah Ayana hingga sang isteri malu-malu meow \(> 3 <)/.
.
.
.
.
."Daddy!" Gadis kecil dengan rambut tocang dua berlari kecil mengejar ayahnya.
"Ayris! Jangan lari lah!" Abang kepada gadis itu turut mengikuti gadis tersebut.
"Daddy.... Air! Air!" Gadis bernama Ayris itu menarik-naik lengan baju William meminta air. Bryan terus terduduk disamping ibunya dengan nafas tercungap.
"Mummy dah pesan jangan lari-lari.. degilnya awak berdua ni.." Ayana menggeleng kepalanya.
"Awas aja kalo jatuh. Daddy sama mummy tinggalin kalian." Ancam William dengan tatapan tajam bak helang yang berhasil membuat adik dan abang itu menelan saliva mereka dengan susah payah.
Muhd Bryan Al-Fakhri, anak pertama mereka yang kini sudah menginjak 11 tahun. Bryan seorang kanak-kanak lelaki yang cergas dan aktif. Tetapi dia memiliki sedikit sikap pendiam dan tidak pandai bercampur dengan teman sekolahnya yang membuat Bryan tidak mempunyai kawan yang ramai.
Nur Ayris Alfathunissa, anak kedua yang berumur 9 tahun. Ayris ialah gadis yang sangat aktif dan sedikit nakal sehingga membuat kedua ibu bapanya sering pening kepala untuk menguruskannya. Tetapi kenakalan Ayris bukanlah terlalu parah, tetapi gadis kecil ini suka mengusik orang sekeliling nya dan membuat mereka tertawa akan tingkahnya.
"Alaaa mummy, daddy.. jangan tinggalkan kami.." Ayris merayu sambil mengguncang lengan William.
"Makanya dengerin mummy jangan bandel. Kasian sama mummy capek harus ngurusin kalian." William memberi nasihat lalu mengelus kepala kedua anak nya. Ayana yang setia di samping sang suami tersenyum manis melihat pemandangan bermakna yang selalu dia syukuri.
Ayris dan Bryan serentak menganggukkan kepala mereka.
"Daddy! Nanti kita jumpa kak Meera boleh?" Ucap Ayris girang lalu disambut anggukan dari William.
"Hmm boleh juga.. Mummy kesian dengan dia..pada umur yang muda dia sudah kehilangan ibu. Apatah lagi Zaquan... dia tidak sempat melihat wajah ibu." Ayana mula terkenangkan arwah Syella.
Dia, Syella dan Rihanna sangat rapat. Persahabatan mereka bertiga seolah sudah lama dirancang oleh Yang Maha Esa. Kerana pertemuan mereka terlalu mustahil untuk ditakdirkan menjadi sahabat pada suatu hari nanti.
Persahabatan mereka semakin kuat setelah menikah. Tetapi 5 tahun yang lalu, Syella meninggal dunia kerana kekurangan darah akibat melahirkan Arsyel Zaquan. Alhasil Zaquan menjadi seorang anak lelaki yang paling pendiam kerana beranggapan dirinya punca sang ibu meninggal dunia.
Rihanna dan Ayana sering bertemu Zaquan dan Meera untuk memberi kasih sayang mereka seperti seorang ibu agar mereka dapat merasai bagaimana cinta ibu kepada anaknya. Meera tumbuh menjadi gadis yang berfikiran matang. Walau pada saat ini dia masih berumur 11 tahun tetapi fikirannya seperti remaja.
"Mummy? Kenapa mummy termenung?" Bryan menggenggam jemari Ayana membuat Ayana tersedar dari lamunannya.
William turut melirik ke arah isteri tercinta kerana risau akan keadaan Ayana yang terus melamun.
"Maaf sayang... Mummy teringat Mama Syella." Jawab Ayana sambil mengukir senyuman manis miliknya. William menyedari betapa sedihnya hati isterinya lalu merangkul bahu Ayana.
"Kita doakan Mama Syella dari sini ya mummy? Mama Syella ada dekat syurga.." Ucap Bryan lalu memeluk Ayana. Ayris juga tidak tinggal diam. Dia mengikuti perbuatan abangnya dengan menerpa ke dalam pelukan Ayana.
Ayana membalas pelukan mereka. Dia terharu dan bersyukur kerana dikurniakan anak yang baik. Sebagai seorang ibu, dia merasa sudah berjaya mendidik anak-anaknya. Begitu juga William.
"Didikan gua mah emang." Batin William berbicara.
.
.
.
.
.Cieee mesti ada yang terfikir kemana kah lelaki bernama Arfan.
Alhamdulillah dia sudah menikah guys🧍🏻♀️ dia dah nikah dengan author.
GURAU.
Tak beberapa lama setelah Aryan menikah, akhirnya Arfan juga memilih untuk menamatkan zaman bujangnya dengan menikahi dengan seorang gadis kampung yang diberi nama Nur Aylana Syakila.
Rumah tangga mereka semakin sempurna saat Aylana melahirkan sepasang kembar lelaki-perempuan.
Muhammad Ardani Syakeel dan Nur Ardini Syakeela.
Akhirnya mereka hidup bahagia tanpa ada konflik serumit kisah cinta Zayden dan Rihanna~
.
.
.
.
.
YOU ARE READING
TEMBOK CINTA [COMPLETED]
Teen Fiction"Tembok cinta ini terlalu tinggi untuk aku hadapi. Sesukar ini kah perjuangan dalam menyintai makhluk ciptaan mu Tuhan? Salahkah aku menyintai lelaki yang tidak searah dengan ku..? Sesakit ini kah perjalanan cinta ku?" -Nur Rihanna Humaira binti Ism...