-19-

25 4 0
                                    

⚠️⚠️⚠️
Terdapat adegan kekerasan dibahagian ini!
Diharap pembaca bijak dalam memilih bacaan sesuai umur! Ini hanya fiksi semata!
Dilarang keras meniru adegan ini di realiti!

Vote, jangan jadi silent reader.
Sekurangnya author merasa karya nya dihargai. Terima kasih.
⚠️⚠️⚠️

Hidup sederhana tanpa ada hasrat untuk mencari perhatian dihadapan manusia adalah diantara sebab ketenangan hati dan bahagia.

-Imam Al-Ghazali-
_____________________________

"Hah, k-kenapa ni? Adik kat mana?"

Rihanna yang baru tersedar dari pengsan menjadi panik. Dia melihat sekeliling. Puan Ina cuba menenangkan anak gadisnya ini.

"Adik pengsan tadi. Mengucap... jangan panik okay?" Ujarnya.

Rihanna menatap ibunya kemudian kembali menunduk cuba mengingati skenario yang berlaku semalam.

Gadis itu lantas mengurut dadanya mengatur nafas.

"Astaghfirullah... ujian apa lagi ni Ya Allah.." Gumam Rihanna namun masih dapat didengari oleh Puan Ina.

"Adik kena kuat. Banyak bersabar. Allah uji sebab tahu adik mampu. Banyakkan berdoa sahaja." Puan Ina lantas mengelus kepala Rihanna sembari mengucup dahi gadis itu.

Rihanna tersenyum tipis. Jujur, dia masih trauma akan masa lalu nya yang kelam. Dia tidak mampu menghadapi Eric. Untuk berdiri di hadapan lelaki itu pun sudah cukup membuatkan lututnya bergetar.

"Rihanna okay?" Kini Aryan dan Arfan datang menghampiri adik mereka. Tampak muncul rasa kerisauan di wajah mereka.

Rihanna mengangguk dan memilih untuk diam. Puan Ina memberi isyarat pada si kembar untuk memujuk Rihanna. Tidak lama itu wanita paruh baya itu terus beredar meninggalkan mereka bertiga.

"Rihanna tak boleh lemah. Kene kuat.." Arfan berkata lembut pada Rihanna.

Rihanna tetap diam dan tangannya menggenggam erat selimut yang menutupi kakinya. Dia buntu. Apakah dia harus lari menjauhi Eric? Tapi Rihanna bukan lah orang yang gemar melarikan diri dari masalah.

Mahu tidak mahu dia harus kuat untuk menghadapi nya. Dia tidak mahu menjadi gadis yang lemah. Dia tidak mahu dipandang remeh oleh orang sekeliling.

"Apa Rihanna patut buat sekarang?" Tanya gadis itu kemudian menatap kedua abangnya.

"Maksud Rihanna?" Aryan malah bertanya kembali. Dia dan Arfan saling berpandangan.

Rihanna menghela nafas perlahan lalu tersenyum.

"Beritahu ayah. Jangan laporkan pada polis. Kita rancang sesuatu untuk balas pada Eric." Ujar gadis mungil itu sambil tersenyum manis.

Lagi dan lagi Aryan dan Arfan merasa hairan dengan tingkah gadis itu. Apakah gadis itu telah bertukar roh setelah sedar dari pengsan seperti Drama yang dia lihat di TV?

"Rihanna... nak balas dendam?" Tanya Arfan pula.

"Bukan balas dendam. Hanya melindungi diri hehe. Tunggu serangan selanjutnya baru kita balas." Jelas Rihanna.

TEMBOK CINTA [COMPLETED]Where stories live. Discover now