-24-

24 5 0
                                    

Terima kasih udah menjadi sebahagian dari kisah ku.

-Zayden De'xiazen Ezhardyn-
_____________________________

"Ngapain ke sini Na? Bareng siapa?" Tanya Zayden.

Entah kebetulan atau takdir. Setelah berminggu mereka dipertemukan lagi di tepi pantai dimana kawasan yang menjadi kesukaan Rihanna untuk menenangkan fikirannya.

"Suka hati saya. Dengan Ayana dan awak tak perlu tahu pun. Pergi lah." Rihanna lantas memalingkan wajahnya dan beredar.

"Kamu benci banget sama aku Na?" Zayden tersenyum tipis.

Rihanna menoleh kan kepalanya.

"Semestinya ya! Untuk tengok muka awak sekarang pun saya rasa benci!" Ujar gadis itu.

Walau begitu hatinya tetap sakit. Dia egois. Dia sendiri tidak tahu mengapa bibirnya lancar sekali melontarkan kata-kata begitu kepada Zayden. Padahal hatinya berkata lain. Dia sayang pada lelaki itu.

"Oh..." Zayden menundukkan kepalanya.

"Emang kamu pernah liat aku Na? Kamu enggak pernah coba liat aku."

"Kerana agama saya. Sebelum ini saya memang berniat untuk tengok muka awak tapi sejak dari hari itu, untuk tengok pun tak sanggup!"

Zayden benar-benar tidak menyangka. Gadis yang selama ini dia kenali lemah lembut bicaranya kini berubah menjadi gadis yang kasar. Rihanna seolah tidak memikirkan perasaan lelaki ini.

"Yasudah deh. Padahal kita sama aja kan? Lo juga murahan." Akhirnya Zayden hilang kesabarannya.

Ayana yang baru sahaja kembali setelah membeli makanan membuntangkan matanya. Bukan niat diri untuk mencuri dengar tetapi tepat waktu dia muncul, Zayden mengatakan itu.

"What the-" Ayana baru sahaja ingin membalas namun ditahan dengan Rihanna.

"Si murahan panggil orang lain murahan, hah lawak." Rihanna memutar bola matanya.

"Lo tau? Lo lebih murah dari gua. Meski itu masa lalu lo tapi lo seenaknya deket-deket sama cowo. Ew gatel! Nyesel deh gua suka sama lo. Lo itu ketutup dengan wajah lo yang kayak malaikat padahal lo itu IBLIS!" Tekan Zayden.

"I still wonder if you are still virgin, Rihanna.." Sambungnya lagi.

Ayana ingin sekali menampar wajah tampan lelaki itu namun Rihanna masih setia menggenggam tangannya.

"Terpulang apa awak mahu cakap Zay. Jangan playvictim. Awak seperti pecundang di mata saya." Sinis Rihanna lalu melangkah kakinya meninggalkan Zayden.

Ayana mengejek nya sebelum berlalu mengikuti langkah Rihanna.

Seketika Zayden merasa kesal dan kecewa. Adakah dia salah bicara? Atau mungkin kah dia terlalu kasar?

Sedangkan Rihanna sedang menahan dirinya dari menangis. Iblis? Seteruk itu kah dirinya dimata Zayden? Lelaki itu terlalu cepat berubah hati. Sudah lah.. dia sudah malas memikirkan lelaki itu lagi. Biarlah dia fokus pada masa yang akan datang.

TEMBOK CINTA [COMPLETED]Where stories live. Discover now