طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيْضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ"Tolabul ilmi faridhotun ala kulli muslimin wa Muslimah."
Artinya: "Menuntut ilmu wajib bagi tiap muslim dan Muslimah,"
(HR. Ibnu Majah).
_____________________________
BUGH!
"Akhhh!" Darah mulai keluar dari mulut Zayden.
Empat orang lelaki misteri itu terus memukul Zayden tanpa belas kasihan. Lebih menyedihkan, salah seorang dari mereka tidak henti menendang perut Zayden.
Zayden cuba melawan, tapi tidak mampu. Kekuatannya tidak sebanding dengan empat orang lelaki itu.
"L-lepasin.. Kalo mau u-uang, be-berhenti.." Zayden sukar bercakap kerana tubuhnya yang terasa remuk akibat ulah mereka. Untuk bangun sahaja tidak sanggup. Alhasil dia hanya berbaring meringis kesakitan menahan rasa sakit yang menjalar ke tubuh.
Mendengarkan ucapan Zayden, ke empat lelaki itu berhenti dan berpandangan antara satu sama lain. Mereka kebingungan dan tidak berkomunikasi dengan berbicara. Sebaliknya hanya dengan bahasa isyarat yang tidak dimengerti oleh Zayden.
Akhirnya salah seorang dari mereka mengambil sebatang kayu berukuran besar lalu menghentakkannya dengan kuat di kaki kanan Zayden.
"ARGHH! C-cukup!" Dengan sedikit tenaga yang ada, Zayden menendang lelaki itu menggunakan kaki kirinya.
Ketiga lelaki itu serentak berlari mendapatkan teman mereka yang terjatuh akibat tendangan kuat dari Zayden.
Dengan adanya peluang ini, Zayden berinsiatif untuk melarikan diri.
Tetapi apakan daya. Rasa sakit yang dialami pada kaki kanan Zayden merencatkan usaha nya. Dia jatuh berkali dan akhirnya diheret oleh empat lelaki itu kembali.
"Berhenti!"
Suara William bergema di kawasan sunyi itu dan berhasil membuat Zayden dan empat lelaki tadi menoleh.
Sudah tentu William tidak keseorangan. Dibelakangnya ada Aryan, Arfan dan Umar sedang berdiri dengan menatap tajam bak helang pada empat lelaki itu.
"A-apa kita nak buat?" Bisik salah seorang dari empat lelaki misteri tadi.
"Buat apa lagi!? CABUT!"
Mereka terus memecut laju melarikan diri. Sedangkan William, Aryan, Arfan dan Umar mengejar mereka dari belakang.
Hidup mereka bakal berakhir. William dan yang lain dengan mudah menangkap mereka. Ketangkasan mereka tidak usah diragukan lagi apatah lagi Aryan yang kita ketahui sebagai seseorang yang mahir dalam dunia persilatan.
"Gua ditinggalin sama William and friends.." Gumam Zayden yang berusaha berdiri sendiri.
Setelah selesai menguruskan empat lelaki tadi, William and friends kembali pada Zayden dan membantu lelaki itu.
YOU ARE READING
TEMBOK CINTA [COMPLETED]
Novela Juvenil"Tembok cinta ini terlalu tinggi untuk aku hadapi. Sesukar ini kah perjuangan dalam menyintai makhluk ciptaan mu Tuhan? Salahkah aku menyintai lelaki yang tidak searah dengan ku..? Sesakit ini kah perjalanan cinta ku?" -Nur Rihanna Humaira binti Ism...