⎎ BAD IMPRESSION

111 7 12
                                    

"Janji dengan aku, tak kira apa pun yang terjadiー jangan ambil nyawa kau sendiri,"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Janji dengan aku, tak kira apa pun yang terjadiー jangan ambil nyawa kau sendiri,"

Siapa dia untuk berikan arahan sebegitu rupa kepada aku? Siapa dia untuk dia fikir yang aku akan menepati janji yang dibuat?

Ini hidup aku, nyawa aku, badan aku, jiwa dan raga aku. Aku yang berpegang kepada nyawa sendiri. Aku mampu buat apa sahaja kepada diri sendiri. Cederakan diri? Bunuh diri? Aku bebas melakukan apa sahaja.

Tapi dia...

Siapa dia untuk pergi dahulu sebelum aku?

˚𓆩∵𓆪˚

"Apeni? Aku dah kata jangan overwork kan? Kenapa susah sangat nak dengar apa aku cakap. Budak nikan..." Halilintar Echo Alexander, lelaki berambut espresso brown dan mempunyai iris ruby bertonakan apple candy, melepaskan satu keluhan panjang. Tapak tangannya meramas si pemilik rambut hitam dark jet yang meletakkan kepalanya di atas meja.

"Diamlah orang tua. Aku tengah mengantuk ni," Lelaki itu menepis tangan Halilintar dengan kasar.

"Orang tua kau panggil aku?" Akibat rasa geram, Halilintar memicit kepala lelaki itu dengan kuat.

"Argh! Sakitlah pak cik!" Segera lelaki itu membuka matanya lalu menolak tangan Halilintar. Terselah iris royal blue yang bertonakan biru muda miliknya.

"Ice. Kau makan ke tak ubat? Aku tengok keadaan kau makin teruk, bukannya makin baik," Ice Escarcha, lelaki berambut Dark Jet itu mengalihkan pandangan.

"Kau nak sibuk kenapa? Suka hati akulah," Hah, sudah. Halilintar mula hilang sabar dengan perangai tak semegah Ice itu.

"Lantak kaulah. Nanti bila kau dah nak mampus, jangan cari aku,"

"Yada, yada,"

"Ice~ Ice ada tak─ Oh, Ice! Perfecto timing!" Seorang lelaki berambut hitam bertona arang memunculkan kepala dia di sebalik pintu utama bilik itu. Namun, wajah terujanya digantikan dengan wajah gemuruh apabila dia sedar Halilintar juga berada di situ.

"Tuan Alexander... Tuan ada urusan dengan Ice ke?" Jari jemarinya bermain antara satu sama lain. Gemuruh barangkali.

"Hiraukan dia, Thorn. Kau nak apa?" Pantas Halilintar menjeling Ice yang buat tak endah.

"Tuan Glein nak jumpa kita semua,"

"Tuan Glein? Semua orang dah ada kat sana ke?" Lelaki yang bergelar Thorn atau nama penuhnya, Thorn Ruiz Fernandez, mengangguk.

"Baliklah, Hali. Kau menyibuk kat sini buat apa? Aku nak blah dari sini," Halilintar berdecit.

"Kejap lagilah. Aku nak jumpa Tuan Estricto," Ice memandang datar padanya.

"Kenapa kau kacau aku kat sini kalau tujuan kau datang sini nak jumpa Tuan Estricto yang ada kat ibu pejabat?" Halilintar mengangkat bahu bersahaja. Penat juga Ice mahu melayan lelaki berumur tujuh tahun lebih tua daripadanya itu. Dah tua tapi perangai masih kebudak-budakan.

OPPOSITE | BLAZE AND ICEWhere stories live. Discover now