⎎ DEATH THREAT

20 4 3
                                    

"Aik, bang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Aik, bang. Baru masuk bilik, mengeluh kemain panjang," Fang yang baring secara meniarap di atas katil mengangkat pandangannya daripada telefon bimbit kepada Blaze dan Ice yang baru sahaja memasuki ke dalam bilik hinapan kongsi mereka.

"Mestilah. Kau ingat tak penat ke kena soal siasat. Selama ni aku yang menyoal bukan yang disoal," keluh Ice. Malam menjelang, membentangkan selimut hitam menutupi langit. Sungguh dia penat. Kalau boleh mahu dia baring atas lantai balai sahaja tadi.

"Argh!" Jerit Thorn kesakitan apabila Blaze sengaja baring di atas badannya. "Pergilah baring atas katil kau!"

"Penat," jawab Blaze sepatah. Bukannya penat mana pun. Dia cuma ingin mengusik lelaki itu.

"Dah, dah. Jangan bising. Aku nak tidur," Mulut Ice menguap besar.

"Pergi mandi dululah. Busyuk gila. Masyam," ejek Fang, memicit hidung mancungnya. Blaze dan Thorn turut mengikuti usikan Fang itu.

"Aku rasa nak tumbuk orang. Kau tak nampak aku tengah amik tuala ke?" Ice menunjukkan buku limanya pada Fang yang ketawa sambil mengibas tangannya. "Sorry, sorry. Shuh! Pergi mandi,"

Beberapa minit kemudian, Ice keluar daripada bilik air dan mendapati lampu bilik mereka telah ditutup. Nasib baik dia jenis pakai baju dalam bilik air. Tak ke naya nak mencari baju dalam gelap? Tiga orang rakan sekerjanya memang tak ada common sense.

'Hm. Blaze tak mandilah tu agaknya,' omelnya di dalam hati. Ice mengangkat sebotol semburan wangi berjemama Febreeze dan menyembur sebanyak dua kali pada badan Blaze yang tuan empunya sedang tidur nyenyak.

Sejuk. Walaupun kipas berkelajuan tiga sahaja, Ice dapat merasakan tangan dan kakinya sedang beku. Dia mencapai jaket dan menyarungnya pada badan sebelum baring di atas katilnya.

'Tolong. Malam ni jangan bagi aku mimpi perkara yang bukan-bukan,' Ice menutup kedua belah matanya bersama harapan itu.

[Tik. Tok. Tik.]

"Jangan kau berani bergerak atau menjerit," bisikan daripada seorang lelaki yang sedang mengacu pisau di leher Ice dari belakang dipatuhi. Bagaimana perkara ini boleh terjadi? Dia pasti tingkap bilik mereka telah dikunci, begitu juga dengan pintu.

Belum sempat dia dibuai mimpi, tiba-tiba lelaki ini menutup mulutnya. Sedang Ice bergelut ingin pertahankan diri, pisau dikeluarkan untuk mengugutnya.

"Kenapa kau sibuk sangat nak kacau urusan aku? Kenapa kau beria nak tolong Sibella? Kalau Shielda mampus pun, tak beri kesan pun pada stranger macam kau," Nada lelaki itu kedengaran sangat marah. Ice mula mendapat jawapan akan identiti lelaki itu. Inilah pembunuh Shielda petang tadi. Dia nak balas dendam ke?

OPPOSITE | BLAZE AND ICEWhere stories live. Discover now