⎎ THE AZARMEHR

48 6 0
                                    

"Penatnya," Pintu utama rumah agam keluarga Azarmehr terbuka tatkala Blaze turun daripada keretanya sambil meregangkan badan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Penatnya," Pintu utama rumah agam keluarga Azarmehr terbuka tatkala Blaze turun daripada keretanya sambil meregangkan badan.

Sudah beberapa hari dia tidak pulang ke rumah. Blaze terpaksa tidur di dalam bilik skuad Rook bersama rakan sepasukannya disebabkan beberapa kes selepas mereka menguruskan kes yang berkaitan Frostfire dan Gentar. Namun, kepulangannya tidak dinantikan oleh sesiapa yang bekerja di situ. Kelibat batang hidung Blaze sahaja boleh membuatkan bulu roma pekerjanya naik akibat gerun.

Siapa tahu akan nasib mereka pada hari ini? Mungkin dipijak, mungkin juga dipukul atau mungkin diikat pada pokok. Mereka hanya boleh berharap yang majikan tidak siuman mereka itu berasa terlalu penat supaya keamanan rumah itu dijaga.

"Selamat pulang, tuan," Akan tetapi, terdapat seorang lelaki yang berjaya mengatasi kegilaan majikan mereka. Walaupun berkhidmat di rumah itu tidak sampai dua bulan, sekurang-kurangnya lelaki ini dapat menghalang Blaze daripada buat kerja gila terhadap orang bawahannya, Sopan Izel Alheimur.

"Sopan~! Lamanya tak nampak muka kerek kau!" Blaze tersenyum riang sambil mencubit kedua belah pipi lelaki yang berambut emas gangsa, disikat belakang dengan kemas.

"Ha. Ha. Tolong alihkan tangan kau sebelum aku cekik kau," Perlahan Sopan menepis tangan Blaze bersama senyuman yang tidak pernah lengkang dari bibir. Ikhlas atau tidak, biar tuhan sahaja yang tahu. Namanya kedengaran sopan tapi nada suaranya lebih kepada mengugut.

"Ceh. Supra dah makan ke?" Tanpa menghiraukan keadaan di sekelilingnya, Blaze membiarkan beg sandang, cermin mata hitam yang diletakkan di atas kepala, kot hitam serta jam tangan emasnya jatuh ke atas lantai. Sambil tangannya membuka beberapa biji butang pada kemejanya, dia menaiki tangga untuk menuju ke biliknya. Tergesa-gesa semua pekerjanya mengutip barangnya itu.

"Supra tak mahu makan apa yang kami hidangkan. Rasanya mood dia masih tak elok," ujar Sopan, mengekori Blaze dari belakang.

"Hah? Kenapa tak elok lagi? Bukan ke dia dah dapat cincin yang dia nak?" Blaze berdecit mendengarkan khabar pekerja kegemarannya itu.

"Aku... Saya dah cuba tanya tapi dia tak balas. Mungkin tuan kena tanya Supra sendiri," Sopan menggeleng sambil mengeluh. Mereka berdua sebaya namun, perangai Supra yang kebudak-budakan itu lansung tidak meyakinkan dia bahawa mereka dilahirkan pada tahun yang sama.

"Budak ni. Makin dibiarkan, makin naik lemak pulak. Menyesal aku manjakan dia," Blaze meramas rambutnya kasar. Ingatkan bila dia balik rumah, dapatlah dia kacau Supra sampai mood dia hilang. Rupanya, mood lelaki itu memang sudah hilang sebelum ketibaannya.

"Bawak makanan ke bawah. Aku sendiri akan paksa dia makan. Mana boleh otak baru Azarmehr mati awal?"

"Baik, tuan,"

˚𓆩∵𓆪˚

"Oi, Supra. Kenapa kau tak makan? Tak cukup ke lagi Bleu Royal yang aku belikan tu?" Sebaik sahaja pintu bawah tanah terbuka secara automatik, Blaze terus menapakkan kaki ke arah seorang lelaki yang menggigit sebatang lolipop.

OPPOSITE | BLAZE AND ICEWhere stories live. Discover now