⎎ TERRORIST

29 4 0
                                    

FangsueOffline

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Fangsue
Offline

Missed calls (3)
18 minutes ago

WOI

ANGKATLAH CALL

Missed calls (2)
17 minutes ago

Ish budak ni

Balik balai cepat

Ada kes bom

K
Seen

BARANNYA AKU DIA JAWAB K JE

˚𓆩∵𓆪˚

Ice memandang lama skrin telefonnya. Kes bom? Matanya mengerling ke arah seorang manusia berambut reddish brown yang sengaja memijak kaki perompak yang baru sahaja ditangkap oleh mereka.

"Abang ni miskin sangat ke? Saya boleh bagi duit kalau nak. Tak payahlah abang susah-susah nak merompak lagi," Blaze mencangkung di sebelah lelaki itu sambil mencucuk pipinya.

'Tak mungkinlah,' batin Ice. Sudah dua minggu berlalu sejak kes pembunuhan yang melibatkan Frostfire and Gentar, mana mungkin Blaze akan buat masalah lagi.

"Blaze, jom. Ada kes lain," Ice menarik lengan perompak itu untuk bangun dan menolaknya masuk ke dalam tempat duduk belakang keretanya.

"Kes apa lagi?"

"Kes bom,"

"Bukan aku!" Ice memandang Blaze dengan pandangan datar. Laju mamat ni mengaku bukan dia yang buat.

˚𓆩∵𓆪˚

"Terrorist?"

"Sebelum ni, dorang bom balai di Pulau Quabaq dan Bayugan. Pagi tadi, balai di Pulau Ariels pula yang menjadi mangsa," Kaizo menconteng pada papan putih yang ditampal dengan pelbagai gambar. Skuad Rook sedang menjalani mesyuarat di bilik unit mereka sebaik sahaja Blaze dan Ice pulang ke balai.

"Oh, bukan ke Ice bertugas kat Pulau Ariels sebelum dia pindah ke sini?" Celah Yaya.

"Betul. Sebab tulah Inspektor Glein arahkan skuad kita untuk pergi menyiasat. Kita akan bertolak pada pukul dua. Selain skuad kita, Skuad Bishop akan menyusul kemudian untuk bantu kita,"

"Ceh. Gopal lagi," Fang menyilangkan tangannya. Apa yang dia tidak puas hati dengan Gopal tu pun mereka tak tahu.

"Best lah kau, Ice. Dapat balik hometown lama kau," Ying menepuk bahu Ice yang duduk di sebelahnya.

OPPOSITE | BLAZE AND ICEWhere stories live. Discover now