"...Kenapa kau pulak yang angkut dorang balik? Mana Hali?" Soal Ice sebaik sahaja kelibat Kira'na bersama Atlas dan Ava muncul di hadapan pintunya. Segera Atlas dan Ava berebut memeluk kedua belah lengan Ice, menjeling sesama sendiri.
"Oh, Halilintar tak bagitahu kau ke? Dia sibuk so, dia paksa aku amik budak-budak ni. Aku dengar daripada dia, kau baru balik rumah. Mana buah tangan aku?" Tapak tangan Kira'na sudah ditadah tanpa rasa malu.
"Aku bukan pergi tempat lain untuk bercuti. Nak buat apa aku bawak balik buah tangan? Atlas, Ava. Ucap terima kasih," Ice memutarkan bebola matanya.
"Terima kasih, mak cik!"
"Mak cik kau panggil aku?" Kira'na menyilangkan lengan pada dadanya, tidak berpuas hati dengan panggilan mereka berdua untuknya.
"Dengan budak pun kau nak bergaduh. Korang berdua pergi masuk dalam. Belum makan lagi kan? Makanan ada kat atas meja," arah Ice. Dia menolak lembut belakang badan Atlas dan Ava supaya mereka melepaskan lengannya.
"Halilintar tak cakap apa-apa pada kau ke?" Kira'na menyoal apabila Atlas dan Ava hilang daripada pandangan mereka.
"Cakap apa?"
"Aku tak pastilah kalau Halilintar pernah dengar tapi... Masa aku amik dorang, aku ada dengar budak-budak sekeliling panggil dorang dengan panggilan tak elok,"
"Macam?"
"Pencuri,"
Pantas jantung Ice mengepam darah ke seluruh badannya mendengar apa yang dikatakan oleh Kira'na. Pencuri? Kenapa?
"Aku tak tahu apa dah jadi tapi rasanya lebih baik kau tanya keadaan budak-budak tu," Kira'na memberikan senyuman kelat dan meminta diri.
˚𓆩∵𓆪˚
"Sedap makan? Duduk depan aku cepat," Atlas dan Ava memandang sesama sendiri. Mereka akur dan bersimpuh di atas lantai, menghadap Ice yang duduk di atas sofa.
"Aku nak tanya ni. Baik korang jujur. Kira'na kata kat aku yang budak-budak kat sekolah panggil korang dengan nama bukan-bukan jadi, maksudnya, korang berdua kena buli. Betul ke?" Soalan Ice bernadakan lebih serius berbanding sebelum ini.
Ava tidak berani mengangkat wajahnya. Pada ketika itu, karpet yang berada di bawahnya kelihatan sangat menarik. Atlas pula mencebik. Dia mengenggamkan buku limanya dan memandang tepat ke arah anak mata Ice.
"Ya, sebab dorang masih fikir Atlas yang curi dompet perempuan tua tu,"
"Woi! Kau dah janji takkan bagitahu Ice kan?" Ava menepuk peha Atlas. Biar betul lelaki ni tak kotakan janji yang dia buat?
YOU ARE READING
OPPOSITE | BLAZE AND ICE
Fanfiction❪ 𝗢𝗣𝗣𝗢𝗦𝗜𝗧𝗘: BLAZE DAN ICE ❫ aku yang inginkan kehidupan takkan dapat memuaskan dia yang ingin kematian。 ❛ sophisme yang kau katakan, adakah aku berfikiran sama seperti kau kalau aku setuju dengannya ? ❜ Blaze dan Ice bagaikan langit dan bumi...