Tanpa menghiraukan keadaan di sekelilingnya, Blaze menguap besar sambil berjalan keluar daripada bilik tidurnya. Dia menggaru perut yang diselindungi bajunya. Sejak kebelakangan ini, dia jarang pulang ke rumah agam kepunyaan keluarganya itu.
Entah mengapa badannya sudah pun terbiasa berguling di atas lantai sejuk dan keras beralaskan foto di bilik rehat khas skuadnya. Sedangkan dahulu, dia hanya dapat tidur dengan lena di atas katil empuknya.
Tombol pintu bilik air dipulas. Berus gigi miliknya dicalit ubat gigi sebelum dibasahi dengan air paip. Barisan gigi Blaze digosok kasar supaya penat dan mengantuknya hilang.
"Kau gosok macam nak tercabut gigi tu," Nasib baik Blaze tidak tersedak disebabkan suara Sopan yang tiba-tiba sahaja bergema di ruangan itu. "Pahal dah lama tak balik?"
"...Busy," jawab Blaze sepatah. Sopan dapat merasakan mata kirinya berkedip mendengar alasan asal boleh Blaze.
"Well, excuse me, sir. You cannot depend on me every damn time. Do your freaking job properly. Kau tu asalnya CEO bukannya detektif. Kertas kerja kau dah lama terbiar, kau nak syarikat family kau lingkup ke? Aku ni nak handle rumah ni lagi. Kau sedar tak ada yang ambil kesempatan sebab kau jarang balik? Dah tiba masanya kau kutip assistant baru lepas kau pecat assistant lama mak kau," Kesabaran Sopan juga ada hadnya. Antara ahli Trio S, dia yang bekerja daripada pagi hingga malam tanpa rehat.
"Bagilah alasan logik sikit. Lagi sakit kepala aku kerja sini daripada kerja kat tempat lama aku. Supra tu dah accept tawaran kau untuk kerja kat sini, bagilah dia kerja lain selain terperap dalam bilik bawah tanah," sambungnya. Sudah satu minggu dia tidak cukup tidur. Emosinya boleh terganggu jika ketidakadilan ini diteruskan.
"...Sejak nenek dah tak ada, aku macam tak boleh tidur kat sini. My bad, Sopan. Aku tak berniat nak biar kau tanggung beban," ujar Blaze selepas mulutnya dikumur.
"Aku tak rasa aku ada masa nak cari assistant baru. Bukannya aku nak sangat pecat assistant mak aku. Tapi nenek yang suruh. This may sound inconvenient but... Boleh tak kau uruskan pasal ni?" Blaze tersenyum sumbing. Sopan memeluk erat tubuhnya. Hatinya terasa dicucuk akibat kepercayaan yang ditunjukkan oleh Blaze.
"Kenapa kau percaya sangat pada aku? Walaupun aku setuju untuk kerja sebagai kuli kau, tak bermakna aku takkan khianat kau. Aku, Supra dan Sori ialah bekas pembunuh upahan,"
"Aku nak tengok kalau kau dapat khianat aku. Bunuh aku pun tak boleh apetah lagi nak tikam aku dari belakang," perli Blaze.
"Lagipun, lepas beberapa bulan korang bertiga tinggal sini, aku rasa rumah ni tak jadi tongkang pecah macam sebelum ni. Mungkin korang pun bukannya nak sangat kerja lama korang kan?"
"Sori pernah kata pada kitorang. Dia tak suka kerja tu sebab dia tak bebas. Supra pun. Dia rasa bersalah setiap kali tangan dia berlumuran darah sedangkan dia lagi sanggup main game sampai mampus. Aku bukannya tak suka kerja tu dan aku ni tak berperikemanusiaan sangat. Aku cuma nak hidup dengan aman dengan dorang," ujar Sopan bersama nada perlahan. Tak sangka dia boleh bersikap terbuka seperti ini. Rambutnya yang kemas diramas.
YOU ARE READING
OPPOSITE | BLAZE AND ICE
Fanfiction❪ 𝗢𝗣𝗣𝗢𝗦𝗜𝗧𝗘: BLAZE DAN ICE ❫ aku yang inginkan kehidupan takkan dapat memuaskan dia yang ingin kematian。 ❛ sophisme yang kau katakan, adakah aku berfikiran sama seperti kau kalau aku setuju dengannya ? ❜ Blaze dan Ice bagaikan langit dan bumi...