⎎ FIRST MISSION ( PT.2 )

48 5 7
                                    

"Apa main culik-culik anak orang ni? Ada crush pada saya ke? Malulah gini," Blaze mengangkat-angkat keningnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Apa main culik-culik anak orang ni? Ada crush pada saya ke? Malulah gini," Blaze mengangkat-angkat keningnya.

Adakah tangannya dililit ke belakang? Ya.

Adakah badannya diikat dengan tali pada kerusi? Ya.

Adakah kedua belah matanya ditutup dengan sehelai kain? Ya.

Adakah kakinya juga diikat bersama? Ya.

Adakah dia masih ingin melakukan lawak bodohnya di saat dia sendiri tidak tahu jika nyawanya dalam bahaya atau tidak?

Sudah tentu, ya.

Blaze. Kau memang gila.

"Diam. Jangan sampai mulut kau kena ikat," Pemilik suara yang tidak dikenalinya bukanlah satu halangan untuk dia terus berkelakuan orang gila sebagaimana Ice memanggil dirinya.

Entah berapa kali dia dipanggil gila di sepanjang empat bab buku ini.

"Janganlah begitu, bang. Saya tak minatlah benda-benda macam tu," Blaze memuncungkan bibirnya, seolah-olah dia sedang merajuk.

"Kau─"

"Daniel," Suara orang pertama sebentar tadi dipotong dengan suara lain. Hati Blaze terasa gelisah sedikit akibat pandangannya ditutup sepenuhnya.

Namun, rungutan monolog dalamannya seperti didengari oleh mereka yang berada di hadapannya tatkala pelitup matanya direntap kasar sehingga rambutnya bersepah. Hujung matanya juga terasa pedih kerana geseran daripada kain itu pada kulitnya yang laju.

"Ini ke orang yang pecah masuk rumah kau? Lepas tu dia suruh kau bawak dia jumpa aku? The audacity..." Barulah dia nampak terdapat dua orang lelaki di situ. Salah satu daripada mereka ialah Daniel Fritzgerald dan dia tidak pasti siapa seorang lagi.

"Hai, abang. Nak berkenalan boleh?" Blaze mengenyitkan matanya.

"Maaf tapi aku bukan gay,"

"Tak apa, bang. Saya boleh ajar macam mana nak bergay ni," Serta-merta Blaze menerima pandangan jijik daripada dua orang lelaki itu.

"Enough talking. Kenapa kau nak jumpa aku?"

"Tak sangka mudah nak jumpa dengan abang. Ingatkan kena buat temu janji awal. Lelaki ni mesti orang bawahan kegemaran abang kan?" Blaze mengukir senyuman mengejek.

Mereka berdua mendiamkan diri. Blaze belum cukup bodoh untuk sengaja biarkan dirinya ditangkap seperti ini oleh seseorang yang hanya dianggap orang bawahan biasa seperti yang Ice beritahu.

"Aku tak tahu siapa kau dan apa tujuan kau tapi aku yakin yang kau sedar kau tak akan dapat keluar daripada sini hidup-hidup," Lelaki itu menarik rambut Blaze ke belakang. Blaze mengetap giginya, menahan sakit.

"Ada satu cara je untuk kau keluar dari sini tanpa nyawa kau melayang. Masuk dalam kumpulan aku sebagai supplier. Kau akan jadi kaya-raya dalam sekelip mata," Dia tersenyum sinis.

OPPOSITE | BLAZE AND ICEWhere stories live. Discover now