"Kira'na..."
"Oh, Ice! Welcome back. I've been waiting for you. Jemputlah duduk," Setiap helaian rambut yang ikal mayang dan berwarna burgundy miliknya itu diikat kuda dengan kemas. Bibirnya yang dicalit gincu ceri tersenyum manis bersama nada mesranya menyambut kedatangan Ice dengan hati yang terbuka.
Atau mungkin semuanya hanya lakonan semata-mata. Fikiran Ice bukannya betul. Ada sahaja cara untuk membuat sesuatu yang positif menjadi negatif. Itulah sebab mengapa dia menjejakkan kaki di situ, berjumpa dengan wanita di hadapannya yang bergelar pakar psikiatri.
"How was your day? Since kita dah tak jumpa dua minggu, ada apa-apa yang interesting ke nak cerita pada I?" Kirana mengangkat kening berkali-kali. Wanita itu menuangkan air teh yang baru dibancuh ke dalam sebiji cawan.
"I tak tahu nak cerita apa pada You," Ice menjawab malas. Dia bersandar pada kerusi dan membiarkan badannya relaks. "Kan I dah bagitahu. I tak minum teh,"
"Malas nak layan perangai memilih kau. Okay, how about...that new guy? Apa nama dia? Blaze, kan?" Ice mengangkat kening. Bagaimana Kira'na boleh tahu akan rakan sekerjanya itu? Setahunya, belum pernah lagi dia menyebut nama Blaze di hadapan Karina.
"Mesti Hali yang bukak mulut kan? Pakcik tu tak reti nak diam ke?" Ice memutarkan bebola matanya. Walapun dia merungut tadi, air teh yang dihidangkan oleh Kira'na itu dihirupnya.
"Dengar daripada Hali, lelaki tu macam pelik. Apa kata kau bawak dia jumpa aku?" Kirana memberi cadangan. Kadang Ice pun pelik dengan Kirana. Sekejap pakai 'I, You', sekejap pakai 'Aku, Kau'.
"Aku risau makin teruk je dia nanti kau kerjakan," Ice mendengus lalu mencebik.
Himeno Kira'na. Pakar psikiatri yang dikenalkan oleh Halilintar kepada Ice sejak dua tahun yang lepas. Keadaan mentaliti dan fizikal Ice yang turun secara mendadak selepas kematian abangnya membuatkan Halilintar yang berasa sangat risau mencari alternatif supaya sekurang-kurangnya dapat membantu Ice daripada terus mencederakan dirinya.
Jangan terpedaya. Wanita ini sebenarnya lebih tua daripada apa yang anda sangkakan.
"...Sejak dua menjak ni, aku kerap dapat mimpi yang sama," Selepas beberapa minit, akhirnya Ice bersedia untuk meluahkan apa yang terpendam di dalam hati.
"Mimpi apa?" Kira'na mencapai sebatang pen dan bermain dengannya di antara jari jemari runcingnya.
"Aku capai tangan dia. Aku dapat rasa hangat kulit dia. Macam...dia masih hidup lagi. Tapi bila aku cuba tarik dia, tangan dia akan jadi debu atau cecair tiba-tiba. Aku tak dapat nak genggam dengan lama," Ice menatap kedua belah tapak tangannya. Deria sentuhannya masih ingat bagaimana kulitnya menyentuh tangan seorang lelaki yang selalu muncul di dalam mimpinya sejak kebelakangan ini.
"Kau ingat tak keadaan sekeliling kau?"
"Tak... Tempat tu gelap. Aku tak nampak apa-apa selain dia tapi... Aku rasa nostalgia kat situ. Aku yakin...itu lorong kejadian. Aku tak suka mimpi tu. Aku..." Kirana segera menekan loceng di hujung mejanya.
YOU ARE READING
OPPOSITE | BLAZE AND ICE
Fanfiction❪ 𝗢𝗣𝗣𝗢𝗦𝗜𝗧𝗘: BLAZE DAN ICE ❫ aku yang inginkan kehidupan takkan dapat memuaskan dia yang ingin kematian。 ❛ sophisme yang kau katakan, adakah aku berfikiran sama seperti kau kalau aku setuju dengannya ? ❜ Blaze dan Ice bagaikan langit dan bumi...