Breath, Ice, breath.
Sesiapa, tolonglah aku.
Tak kira sebanyak mana aku paksa diri aku, hati aku tak boleh bertenang.
Bagaimana aku mampu bertenang dalam situasi begini. Kedua belah tapak tanganku berlumuran darah. Tubuh badan seorang wanita yang tidak lagi bernafas mahupun bernyawa, dipegang erat olehku.
Darahnya mengalir tanpa henti, seakan-akan hendak memberitahu aku, tiada gunanya untuk aku cuba hentikan pendarahan yang datang daripada kesan tikaman tepat pada jantung wanita itu. Namun, bukan warna merah daripada sel darah tersebut yang menampar aku ke alam realiti.
Tidak lain dan tidak bukan, lelaki yang sedang ketawa sambil melihat ke luar tingkap, Blaze Azarmehr. Tingkah-laku gilanya yang membuatkan aku sedar bahawa bukan semua orang ada sifat empati mahupun simpati.
Dia gelak seperti dia yang membunuh wanita di dalam dakapan aku.
˚𓆩∵𓆪˚
[Beberapa jam yang lalu.]
'Mampuslah,' Ice melepaskan keluhan yang panjang. Fokusnya hilang entah ke mana.
Sejak mereka pulang ke tempat penghinapan malam semalam hingga ke pagi ini, Blaze dan Ice tidak menyapa sesama sendiri. Perut Ice berasa kurang senang. Tidak pernah lagi Blaze berkelakuan begini. Adakah disebabkan kata-katanya di apartmen semalam?
"Fang, Fang," Lengan Fang dicuit perlahan untuk mendapatkan perhatian lelaki itu.
"Apa? Kacaulah kau ni. Tak nampak ke aku tengah betulkan rambut?" Fang berdecit.
"Kau betulkan macam mana pun tetap sama. Aku ada benda lagi penting ni. Fasal Blaze... Ada ke berita tentang ibu dia dulu? Tak pun fasal keluarga dia ke? Blaze kan dari top three keluarga terkaya dalam dunia. Mestilah akan ada berita kan kalau apa-apa jadi pada keluarga dia?"
"Oh, rasanya aku macam pernah jumpa. Kejap," Telefon bimbit dikeluarkan. Ibu jari Fang menolak skrin telefonnya, mencari sesuatu.
"Hah, ni. Fasal kematian ibu dia dua tahun lepas. Scarlett Azarmehr ditikam kejam..eh, jap. Kalau macam tu maksudnya dia masuk skuad kita untuk revenge ke?" Bang, yang kau takut sangat kenapa? Fang menggigit kukunya, memandang Ice sambil dahinya berkerut.
"Dia bagitahu aku malam semalam. Kenapa aku tak pernah tahu fasal ni? Kau tu pun. Kenapa kau tak pantas nak sedar fasal perkara ni?" Ice memukul bahu Fang berkali-kali.
"Eh, salah aku pulak! Tapi... Tak apalah. Dia pun selalu kacau kau tentang arwah abang kau kan?" Setepek perut Fang disiku oleh Ice.
"Tapi aku bukannya jenis balas balik apa orang lain buat kat aku... Aku tak suka..."
"Hm. Betul jugak," Fang pula yang runsing.
"Ice, Ice! Mamat ni kata Mountain Chicken tu katak! Nama dia ada perkataan chicken, mestilah ayam kan?" Perbualan 'rahsia' di antara Ice dan Fang tamat apabila Blaze dan Thorn mendekati mereka.
YOU ARE READING
OPPOSITE | BLAZE AND ICE
Fanfiction❪ 𝗢𝗣𝗣𝗢𝗦𝗜𝗧𝗘: BLAZE DAN ICE ❫ aku yang inginkan kehidupan takkan dapat memuaskan dia yang ingin kematian。 ❛ sophisme yang kau katakan, adakah aku berfikiran sama seperti kau kalau aku setuju dengannya ? ❜ Blaze dan Ice bagaikan langit dan bumi...