- terima kasih, candraku

411 31 22
                                    

.・。.・゜✭・

"Mungkin ini bukanlah perpisahan yang dikau dan aku inginkan, tetapi perpisahan ini ialah perpisahan yang paling berharga bagi kita, bukan?"

─────────────

-sudikah kau membaca pesanan ringkas dariku, Candra?


Terima kasih atas semua kenangan, Kahar. Aku sangat terharu dengan engkau yang sudi bersiap sedia mendengar segala keluh kesah ku, juga menjadi peneman ku.

Sejujurnya aku tidak menyangka dengan cara ini kita akan berpisah.

Apa kabar duhai, Candra ku? Adakah dikau baik - baik sahaja disana itu?

Aku harap kau akan selalu berjaya menyinari bumantara, duhai bulanku.

Aku mohon maaf atas kerana tidak mampu menemani mu dalam menyinari dunia untuk semua kehidupan.

Itu ialah janjiku yang sayangnya tidak dapat ku tepati.

Sebegitu bencikah semesta akan kisah cinta kita? Sehinggakan ia tidak mahu menyatukan sang bulan dan cantiknya.

Tidakkah ia tahu bahawa bulan yang tugasnya menyinari gelapnya dunia, juga perlukan seseorang untuk menyinari hidupnya?

Tidakkah ia tahu bulan yang selalu bersinar juga, adakalanya akan menjadi suram?

Suram kerana cantiknya tidak lagi berada disampingnya.

Candra, Juita mu ini meminta maaf.

Juita gagal dalam menjaga hati Candra.

Mungkin memang asmara kita hanya mampu untuk diperlihatkan di bimasakti, tidak untuk dibawa pulang ke jumantara.

Kau dan aku bagaikan sebuah sabitah yang saujana. Hanya mampu untuk dilihat dari bumi sahaja, tidak boleh datang mendekati.

Masih ku teringat akan nayanika mu, ianya masih mampu memikat hatiku, membuatku terngiang - ngiang membayangkannya.

Aku sedih, Candra.

Kenapa semesta begitu jahat kepada kita?

Apakah dosa yang diperbuat sehingga ia menghukum kita seperti ini?

Aku tidak masalah ia menghukum ku, tetapi ia turut menghukum mu, Renjana ku.

Apa dosa yang kau perbuat? Kau ialah jejaka yang paling baik pernah ku temui, kerana itu aku sayangkan mu.

Kerana itu kau jadi Candra ku.

Maaf, aku terlalu emosional.
Aku hanya terlalu menyayangimu.

Benar, Kahar. Aku menyukaimu. Aku minta maaf kerana telah membuatmu menunggu begitu lama untuk ku nyatakannya.

Aku tidak tahu apakah kau juga memendam perasaan yang sama atau malah sebaliknya, tetapi aku hanya ingin kau tahu bahawa aku sangat menghargai mu.

Bahagia selalu, bulanku.

Aku akan tetap di sini, melihatmu dengan senyuman yang engkau cintai.

dalam kenangan kamu,
indah juita.

mungkin benar kata mereka,bulan itu memang cantiktetapi kita hanya mampu mengangumi kecantikannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

mungkin benar kata mereka,
bulan itu memang cantik
tetapi kita hanya mampu mengangumi kecantikannya.
tidak mampu untuk lebih mengenalnya.
mendekatinya.
bahkan menyayanginya.
kerana kita akan terluka.
terluka akan fakta bahawa ia tidak akan pernah dapat bersama dengan kita.

.・。.・゜✭・
─────────────

akhir kisah sang candra dan juitanya.
maaf jikalau tidak terasa peritnya itu,
mungkin kena makan rendang banyak - banyak.

- sayang korang, lya.

semesta; a. kahar [✓]Where stories live. Discover now